Sunday, February 27, 2011

Oh!!!~ 'Kutuk mengutuk' di dunia blog!~

Haish!~ Ada apa pada title di atas? Penting ke? Ini adalah pemerhatian saya dan apa yang dapat saya perhatikan pada hari ini... Mula2 tu agak takut juga jika saya menjadi orang yang di'kutuk'... Tapi saya akan cuba bersiap sesedia mungkin untuk menghadapinya, seperti yang rakyat Palestin lakukan apabila rejim Israel menceroboh tanah mereka dan menindas rakyat mereka... Alangkah kejamnya rejim Israel Laknatullah itu!!!~ Persiapan mental amatlah perlu agar perkara itu tak mengganggu emosi kita kerana itulah realiti dewi dunia blog...

Seperti yang saya dapat fahami di sini, blog adalah satu medan perang bagi para blogger untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, mencoretkan apa yang bermain di fikiran, mengusulkan apa yang bersarang di benak dan menghamburkan segala isi perut buah fikiran mereka sehari-harian... Memang seronok kadang2 apabila dapat membaca coretan2 mereka lagi kalau ianya ada unsur2 humour... Itu akan menjadikan blog seseorang blogger itu menjadi menarik...

Tapi yang menjadikannya tak menarik apabila ada yang mengambil kesempatan di atas kesilapan yang tak pernah dilakukan oleh 'blogger mangsa'... 'Blogger mangsa' tak pernah pun mngusik apatah lagi mencuit 'blogger pemangsa' dengan unsur2 kegansan melampau, tapi tak pasal2 'blogger mangsa' menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis 'blogger pemangsa'...

Actually, tak salah pun kalau nak MENEGUR 'blogger mangsa' ni, tapi biarlah secara berhemah dan bukannya dengan memberikan title yang menjatuhkan maruah seseorang 'blogger mangsa' tu... Saya bukan nak sebelahkan mana2 pihak sebab kadang2 apa yang 'blogger pemangsa' cuba sampaikan adalah benar, tepat, tulus, ikhlas, jujur dan macam2 lagi, cuma caranya yang tak betul... Tak perlu kot nak mention nama 'blogger mangsa' kerana ianya bisa mencacatkan menjatuhkan air muka 'blogger mangsa' yang dimaksudkan... 'Blogger mangsa' juga punya hak untuk ber-blogging kerana itu blog dia!~

Apa yang 'blogger mangsa' cuba sampaikan melalui blog dorang, itu hak mereka... Inikan negara demokrasi, kita bebas bersuara... 'Blogger pemangsa' pun mempunyai hak untuk bersuara, tapi biarlah suara yang cuba disampaikan tu tak membangkitkan kemarahan dan persengketaan sesama blogger di Malaysia ni... Tak elok kot... Nanti dunia blog di Malaysia ni jadi tak best dah... 'Jangan sebab nila setitik, rosak susu secawan sebelanga'... (Ada ke orang yang simpan susu sebelanga? Banyak tu...).

Kesian pada 'blogger mangsa', tak pasal2 jadi mangsa kepada 'blogger pemangsa' tanpa sebab... Malu la 'blogger mangsa' tu... Saya yang hanya memerhati pun dapat rasakan apa yang 'blogger mangsa' rasakan, walaupun kadang2 dorang tak dapat rasakan apa yang saya rasakan... Ataupun, walaupun dorang tak ambil port pun mengenai perkara itu...

Walau apa pun, harap 'blogger mangsa' kuat semangat, jiwa kena kental, hati kena kebal untuk menghadapi perkara2 yang sewaktu dengannya pada masa2 akan datang... Dunia blogger ni ada mcam2 ragam dan fe'elnya... So nak tak nak, kita sebagai blogger kena la siap sedia untuk hadapinya... Bak kata Dewa 19, 'Hadapi Dengan Senyuman Palsu'... Kepada 'blogger pemangsa' pula, ber-hati2 la dalam menaip berbicara kerana setiap apa yang kita cuba sampaikan tu akan menjadi tatapan blogger lain... Baik yang buruk atau yang baik...

So, kepada 'blogger pemangsa' dan 'blogger mangsa' mari kita ber-maaf2an... Sebelum kita menempuh lena yang panjang...  Jangan tunggu Aidilfitri je baru nak ber-maaf2an... (^_____^)V


Alangkah indahnya jika kita saling bermaafan...

Jangan tunggu raya baru nak bermaafan... (^_____^)V


P/S : Dunia blog di Malaysia akan menjadi indah jika blogger di Malaysia mengindahkannya... (^_____^)V



Oh!!!~ Jom "Tweet Tweet"!~

Haa... Tu bukan bunyi suara Tweety Bird yang macam dalam cerita 'Tweety Bird' tu... Korang kenal kan dengan Tweety Bird yang comel tu? Allah, yang selalu kena kejar dengan seekor kucing yang bapak besar yang bernama Sylvester Stallone tu... Err... Ya ya ya, saya tahu Sylvester Stallone tu nama seorang pelakon yang maha seksi sebab mempunyai badan sasa yang ber-ketul2 macam batu bata... Nama kucing tu Sylvester je, takde Stallone mahupun Stonecold pun... Haha!~ Eh, merepek sudah!~

Actually, saya tak nak pun cerita pasal Tweety Bird ke, Sylvester Stallone ke, apatah lagi Stonecold... Yang saya cuba ketengahkan di sini adalah mengenai penggunaan Twitter yang sama popular dengan Facebook walaupun mereka bukanlah adik beradik, seperti yang didakwa oleh Mahatma Gandhi... Saya ada akaun Twitter... Korang ada ke? (Dengan gaya sedikit berlagak dan angkuh).  Saya pasti dan yakin, ada yang ada dan ada yang takde... Bagi yang ada, tahniah saya ucapkan... "Syabas bete!~" Bagi yang takde tu, baik la kome buat cecepat... Sebelum Facebook mengundurkan diri dari dunia siber ni... Haha!~ Untuk makluman, Facebook takkan ditutup!~ Noktah!~

Kalau nak tahu, saya bukannya pandai sangat guna benda alah Twitter tu walaupun dah mempunyai akaunnya sejak tahun 1980... "Nampak sangat kome ni menipu..." (Pastikan korang membaca dialog tu ala2 Usop Hantu Kak Limah tu, ok!~) Saya tak tahu macam mana nak mengomen setiap tweet yang kawan2 saya tweet kan... Nanti kalau salah tekan, malooo... (Perkataan malooo tu ala2 cara si Adnan dalam Adnan Sempit). Yang saya pandai dan expert adalah meng-tweet je di profile sendiri je... Hehe!~

Oleh sebab itu, saya menjadikan Twitter adik saya Cik Wani Muhammad sebagai bahan ujikaji saya... saya cuba klik 'reply' dan 'retweet' pada tweet yang dia tweet kan... Ada faham? Kalau tak faham, sila buka kamus Dewan Bahasa chapter 11 point 6 setengah... Hasil dari 'reply' adalah apa yang saya reply tu terpacul, terpancar, terpampang (dan segala macam 'ter...' lagi) di profile saya... Kenapa ia tak terpampang di profile adik saya? Pelik la... Dia boleh tahu ke kalau saya reply tweet dia kalau macam tu? *curious*

Hasil dari retweet pulak, apa yang adik saya tweet kan tu akan terpampang di profile saya... Kira macam saya copy and paste apa yang dia tweet kan la tu... Itu je la yang saya baru jelajah dan godeh2... Tak tahu la kalau ada function2 yang saya tak tahu yang dikaburi oleh perspektif dan pandangan dari sudut yang berbeza... Err... Saya tak tahu apa yang saya cakapkan... Haha!~


Ini adalah profile Twitter saya... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)



P/S : Malu la pulak dengan bilangan followers kat Twitter yang tak seberapa... Hehe!~ (^_____^)V

Saturday, February 26, 2011

Oh!!!~ Baru saya perasan!~

Ya!!!~ Baru saya perasan yang setiap tajuk entry saya akan ada perkataan 'oh!!!~'... Dan untuk makluman semua, saya tak ada kena mengena langsung dengan pihak Oh! Media ... Sebab saya ber-blogging secara individu dan mereka ber-blogging secara berkumpulan... Hehe!~ Apa2 pun, saya memang peminat Oh! Media... (^_____^)V

Dan 'Oh!!!~ Baru saya perasan!~' yang saya telah biasa dengan gaya penulisan yang formal ini... Dan saya amat2 menyukainya kerana ianya nampak kemas dan sejuk mata memandang... Seperti orang2 di luar sana yang akan merasa sejuk apabila memandang saya kerana muka saya yang penuh dengan nurrrrr... Hehe!~

'Oh!!!~ Baru saya perasan!~' yang kadang2 saya sudah boleh tidur awal... Ini bermakna penyakit insomnia saya sudah berkurangan... Yeay!~ I'm happy with this situation... Satu perkembangan yang menakjubkan dan ianya amat2 la positif bagi saya... Best2!~ Harap2 saya tak kan mengalami insomnia lagi kerana saya amat letih dengan keadaan itu... (-_-")

'Oh!!!~ Baru saya perasan!~' yang saya masih tak ada boyfriend... Huhu!~ Jealousnya bila tengok kawan2 perempuan yang lain happy dengan boyfriend diorang... Pergi tengok wayang sama2, pergi dinner sama2, pergi jogging sama2, pergi tempat2 rekreasi sama2, pergi window shopping sama2... Bila tiba birthday kita, si boyfriend buat surprise untuk kita... Oh!~ Alangkah indahnya semua itu... (-_-")

'Oh!!!~ Baru saya perasan!~' yang saya ni merupakan seorang kakak yang garang... Emm... Actually, bukan garang, tapi tegas... Tegas sebab nak kan yang terbaik untuk adik2 saya... Hehe!~ Talak tipu punya maa... Siap la diorang kalau diorang ada buat something yang tak enak pada pandangan saya mata saya yang cantik ni... Saya akan melepaskan peluru2 berpandu yang ber-das2 sehingga membuatkan telinga diorang bernanah... Hehe!~ Oh!~ Kuat berleter jugak saya ni... (^_____^)V

 
P/S : Oh!~ Saya dah tak ada idea lagi... Hehe!~


Oh!!!~ Sudah cecah angka 100!~

Hari ni, bersamaan 26 Februari 2010, pengikut blog saya telah mencecah angka 100... Teruja tak hengat ni!~ Sebelum ni asyik ter-tunggu2 bila la blog ni nak dapat follower ke-100... And now, nah, hambik ko!~ Haha!~ Tapi, saya tak tahu sejak bila angka yang sebelum ni menunjukkan digit 9 dan 5 bertukar ke digit 1, 0 dan 0 sebab dah 5 hari saya tak buka blog saya ni... Apa2 pun, thanks pada yang sudi menjadi follower blog saya ni. Pada saya bilangan follower yang sedikit atau banyak tak menjadi hal, yang penting, para follower rajin mem-follow dan memberi respon kepada setiap entry yang dihasilkan oleh para blogger... Di situlah terletaknya kualiti setiap blog yang dipunyai oleh blogger2, sebab kuantiti hanyalah nombor...

 Yeay!~ Dah ada 100 follower!~ \0/ (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


 follower ke-100... Clap3!~ (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


P/S : Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi mem-follow blog saya... Diharapkan anda semua tak jemu untuk menyokong dan membaca entry2 di blog saya... (^_____^)V





Tuesday, February 22, 2011

Oh!!!~ Jom dengar cerita hantu...

Hmmm... Mood nak tidur still tak datang2 lagi... So apa yang boleh dibuat untuk mengisi 'masa lapang' adalah dengan ber-blogging... Lagi pun saya nak lepaskan gian sebab dah seminggu tak ber-blogging gara2 CPU masuk ICU... Seperti yang mak sound semalam selepas balik dari shopping dengan abah and adik2, yang menjurus kepada kata2 perlian, "Nak lepas gian la tu..." setelah melihat saya still lagi menghadap komputer. Haha!~ 'Mak, orang rindu sangat nak ber-blogging... Mak pun tahukan anak mak ni gila dengan blog...' jawab saya dalam hati...

Penyakit insomnia ni masih tak pulih2 walaupun keletihan lantaran melakukan sesi jelajah Johor Bahru petang tadi tak hilang lagi... Actually, kepala dah start pening dah ni, tapi nak buat macam manakan... Kalau masuk tidur awal pun bukannya dapat lelap dengan kadar yang segera...  So nak taknak sekarang ni, saya terpaksa mencari hobi baru untuk mengisi 'masa lapang' tersebut... Dan start dari jam 12 tengah malam until 2 pagi, saya akan mendengar 'Misteri Jam 12' di Ria.fm, iaitu radio channel from Singapura... Saya mula mendengar segmen tu sejak dari hari CPU saya sakit... Saya suka dengar segmen tu yang dikendalikan oleh DJ K.C... Memang best la... Bagi mereka yang nak cuba try test dengar, klik sini ---> Live Radio Ria.fm (setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 12 tengah malam sampai 2 pagi)...Tapi make sure korang tak lemah semangat la sebab kadang2 cerita2 tu bisa menggugurkan jantung... Lagi2 ditambah dengan sound effect yang menyeramkan... And almost kisah2 yang diketengahkan berlaku di Singapura... Tapi ada jugak kisah2 tu yang berlaku di Malaysia dan Indonesia... Nama pun berjiran kan...

Sekarang ni pun ada seorang pemanggil wanita Indonesia dari Batam yang call... Dia ceritakan pasal penggunaan mayat bayi untuk tujuan pemujaan... Alamak!~ Sound effect dia dah keluar... Takut!!!~ Niat nak off live radio untuk segmen ni ada, tapi niat nak terus mendengar sangat kuat... Hukhuk!~

Before ni ada pemanggil dan pengomen yang berkongsi pandangan, kalau kita dengar cerita2 hantu secara (kalau guna handphone) atau dengan menggunakan radio, di mana bukan kita seorang yang boleh mendengarnya, ini akan memanggil makhluk tuhan tersebut untuk menghampiri kita... Betul ke? Tapi serius saya cakap, kadang2 saya feel something masa dengar segmen ni sebab saya dengar secara loudspeaker (means guna handphone la tu) sehingga meremangkan bulu kening saya...

Tapi, yang menariknya, lagu2 selingan yang diputarkan untuk segmen ni best2... Kalau korang nak dengar lagu2 hantu yang kelakar, kat sini la tempatnya.... Saya pun tak tahu macam mana Ria.fm boleh dapat lagu2 tu... Memang lawak habis and interesting... Lagu dari seberang Indonesia pun banyak diputarkan... Dan lagu yang paling saya suka DJ K.C putarkan ialah lagu dari penyanyi cilik; Cleopatra Stratan... Tajuk lagu tu 'Zonia Zonia' kalau tak salah...

Haha!~ Baru ada seorang penhantar mesej yang cadangkan 'Misteri Jam 12' dilanjutkan sampai pukul 3 pagi... Saya baru terfikirkan perkara tu... Kalau dorang nak lanjutkan sampai pukul 3 pagi pun saya sanggup dengar sampai habis!~ (^_____^)

Tapi, ada 1 perkara yang ironi mengenai segmen ni... Ada seorang pemanggil tu akan menebusi talian bila nak dekat2 pukul 2 pagi... Kiranya, dia tu sebagai pemanggil penutup la... Tapi setiap hari tau dia dapat tembusi talian... Pak Raden namanya... Pak Raden mengatakan yang dia ader in dengan segmen ni sebab dia seorang pengubat 'penyakit2 kronik' yang disebabkan oleh makhluk tuhan tu, sebab tu dia dapat tembusi talian... Wallahualam...

 Dari kiri : DJ Adi dan DJ K.C.


DJ2 Ria.fm


P/S : Jom dengar 'Misteri Jam 12' dari jam 12 tengah malam sampai 2 pagi... Setiap hari Isnin until Jumaat... Check them out at Facebook ---> Ria.fm




Monday, February 21, 2011

Oh!!!~ Dari Malaysia ke Manchester....

Saya kepenatan sehari ni sebab pergi Manchester, lepas tu balik Malaysia balik dalam masa sehari!!!~ Kenapa, tak percaya ke? Tolong la percaya... Sebab dengan kepercayaan korang tu, akan hilanglah kepenatan yang saya sedang tanggung sekarang ni... Hmmm... Hebat tak saya, balik hari je tu... Gila la!~ Orang gila pun tak kan buat macam ni... Nak tahu kenapa saya ke Manchester? Sebab nak jumpa Wayne Rooney dengan Alex Ferguson!~ Dorang telah menjemput saya untuk makan malam bersama mereka... Oh!~ Indahnya dunia... Haha!~ Berangan je lebih!~

Actually, kepenatan saya bukan la disebabkan travel ke Manchester, tapi disebabkan travel di hutan batu iaitu bandar Johor Bahru... Dari pagi sampai ke petang dok jelajah setiap pelusuk bandar Johor Bahru ni... Permulaan ceritanya begini (macam biasa, sila gunakan teknik imbasan, ok!~)...

Sedang enak saya dibuai mimpi indah, di mana di dalam mimpi tu sayang sedang melangsungkan perkahwinan dengan Putera William yang telah convert ke Islam, tiba2 saya terdengar suara yang bisa meluruhkan jantung saya, "Nadiah, bangun... Ikut abah pergi jumpa Dato' Rahman...". Adoi la!~ Benci betul la... Bukan benci kat abah... Maka saya pun duduk termenung sejenak di atas katil sambil kemas katil, sebelum pergi ke bilik air untuk bersiram... Lepas mandi, terus iron my favourite baju kurung dan ber-siap2... Pukul 12 tengah hari baru gerak ke tempat yang dituju... Mula2 pergi Menara Pelangi (ofis Dato' Rahman) yang terletak di tingkat 16 setengah point 8 kali sepuluh!~ Dah selesai berurusan di ofis beliau, saya dan abah terus ke tingkat 2 untuk berjumpa dengan Puan Suriah, sebab abah nak tanya pasal saham... Perghhhhh!~ My dad main saham tu!~ Dah macam orang korporat pulak...

Then, dah selesai urusan di Menara Pelangi, kami terus ke Pejabat Pos sebab lesen kereta saya dah dua bulan tak renew!~ Haha!~ Abah yang tolong renew kan sebab saya tak ada duit... :( Lepas tu pergi MBJB yang terletak bersebelahan Pejabat Pos sebab abah ada urusan kat situ... Dah tu, kami makan kat kafe MBJB tu... Lepas tu pergi pulak ke Mahkamah Sesyen yang terletak bersebelahan MBJB (main sebelah2 pulak ea mereka bertiga ni)... Abah nak tanya pasal permohonan nak buat praktikal kat situ untuk adik saya... Tapi pihak pentadbiran Mahkamah Sesyen menyuruh kami ke Bangunan Sarawak yang terletak di Stulang Laut... Perghhhhh!~ Tak macam penat pulak saya... Abah saya lagi la penat sebab beliau yang drive...

Dah sampai kat bangunan tu, terus kami ke tingkat 23A... Dah sampai kat tingkat tu, saya tengok ramai public dan lawyers masing2 kat ruang legar tingkat tu... Oh!~ Dorang sedang tunggu giliran untuk dibicarakan!~ "Anda didapati bersalah kerana mengedar dadah seberat 987 gram dan dengan itu mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap anda!~". Ada ciri2 macam hakim tak? Hehe!~ Dah settle urusan kat situ, tengok jam dah pukul 3 petang... Sempat lagi untuk menjelajah... So kami pun pergi Giant dan Mydin sebab nak beli barang sikit... Pergi Giant sebab nak beli box plastik yang untuk isi barang tu... Sekrang ni box plastik tu menjadi kegilaan abah!~ Baru semalam abah beli, hari ni beli lagi!~ 5 pulak tu!~ (-_-") Lepas tu pergi Mydin untuk beli toiletrist di rumah yang hampir habis... Next destination is home sweet home... Sampai kat rumah pukul 4 petang... Apa lagi, cepat2 saya salin baju and cuci muka... Lepas tu terus ambil air sembahyang and sembahyang Zohor... Nasib baik sempat sembahyang... Sekian saja  dari saya untuk kali ni... (^_____^)


P/S : Jelajah, jelajah jugak... Sembahyang jang lupa... (^_____^)V

Sunday, February 20, 2011

Oh!!!~ Saya rindukan zaman study!!!~ (-_-")

Ini adalah kenyataan dan bukannya rekaan... Saya sangat2 rindukan zaman study... Kenapa ianya terjadi? Sebab saya sedang mendengar lagu2 Radja yang sememangnya amat popular masa saya study di salah sebuah universiti awam di utara tanah air... Kalau la masa dapat diputar kembali, saya akan melakukannya tanpa ter-agak2... Serius!!!~ Di bawah ni saya senaraikan perkara2 yang saya rindu masa zaman study...


Oh!!!~ Rindunya dengan kawan2 saya - Nurul, Sarah, Syiffa', Kak Emy, As Shayang, Sha, B-Bank, Syikin, Za, DLL... Maaf lau ada yang tak tertaip namanya...

Oh!!!~ Rindunya dengan para lecturer saya - Encik Bakri (lecturer kesayangan),  Dr. Oemar (sebab beliau mengingatkan saya pada arwah datuk saya)...

Oh!!!~ Rindunya dengan kafe2 di sana - Nongka sudah semestinya, Kafe kolej Petro and Kafe kolej Guthrie...

Oh!!!~ Rindunya nak buat assignment - Group assignment semestinya...

Oh!!!~ Rindunya nak jalan petang2 kat Tasik Guthrie - Selalunya jalan2 masa hari Jumaat dan Sabtu... Duduk2 tepi tasik tu sambil tengok student2 berkayak...

Oh!!!~ Rindunya nak sambut hari Merdeka kat kompleks sukan - Sambil tengok perarakan setiap kolej kediaman dan tunggu keputusan kolej mana yang menang... Lepas tu tengok bunga api... Yuhuu!~ Masa jalan kaki balik ke kolej lam kol 12 lebih tengah malam, mesti budak2 laki akan bawak motor sambil bunyikan hon sambil jerit "Merdeka!!!"...

Oh!!!~ Rindunya nak lawat rusa2 yang pihak universiti bela - Ni pun aktiviti petang Jumaat dan Sabtu kalau tak ada kerja... Sanggup jalan kaki dari kolej kediaman ke Taman Rusa... Ada la dalam 2 KM...

Oh!!!~ Rindunya nak jalan2 kat 'The Mall' - Kedai buku wajib diterjah, ok!~ Lepas tu masuk 'Unimart' and beli apa2 yang patut...

Oh!!!~ Rindunya nak masuk dewan kuliah - Kena swap kad matrik kat pintu masuk... Tapi tak pernah suruh member swap kan, ok!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Rindunya nak lepak2 dalam bilik - Sambil borak2 dengan roommate and member2 lain... Kadang2 kitorang layan movie yang tak merosakkan minda... Yang tak merosakkan minda, ok!~ :D

Oh!!!~ Rindunya nak lepak2 kat library sambil usha mamat2 handsome - Suka cari buku kat library and suka duduk kat library sebab ia sejuk... Hehe!~

Oh!!!~ Rindunya nak buat presentation - Pernah buat presentation in english sorang2 kat depan setelah group member undi saya... Huhu!~

Oh!!!~ Rindunya nak makan 'bakar'2 kat DKG 5 - Makanan terhebat kat UUM... Eh, ter-mention nama U pulak... Hehe!~

Oh!!!~ Rindunya saat2 'percintaan' kat sana - Err.. Ada ke? No komen... Tetttttt...

Oh!!!~ Rindunya nak jalan pergi kuliah sambil pegang payung - Oh!!!~ Saya la 'gadis payung' abad itu... Itu trademark saya!~ Orang kenal saya sebab payung yang saya bawak... Gothic la katakan... (^_____^)V

Oh!!!~ Rindunya nak ambil exam - Rindu nak buat 'karangan' panjang2... Elaboration tu penting, ok!~ Make sure point2 yang dihuraikan tu panjang ber-jela2... 1 point, 1 muka surat!~

Oh!!!~ Rindunya nak makan kat Subaidah sambil usha mamat2 foreigner - Ni port foreigner... Dorang suka makan kat situ... Saya pun tak tahu kenapa...

Oh!!!~ Rindunya nak jalan2 pergi bilik lecturer di fakulti saya yang ibarat 'jalan sesat' - Student boleh sesat di fakulti saya tu... Serius!~

Oh!!!~ Rindunya nak pergi expo konvo sambil tengok artis buat persembahan - Ella pernah, Too Phat pernah, Yasin pernah, Zamani pernah... Siapa lagi ye?

Oh!!!~ Rindunya nak panjat Puncak Vista sambil jerit kat atas tu - pernah kena sound dengan budak laki yang ada sekali kat atas tu sebab jerit lepas geram kat situ...

Oh!!!~ Rindunya nak ber-dinner blok - Pernah jadi Naib Pengerusi dan AJK cenderamata, ok!~

Oh!!!~ Rindunya saat2 orientasi!~ - Kenangan terindah, ok!~ Love at a first sight!~ Haha!~

~Kat dalam dewan kuliah... DKG 5...~


 ~Kat Tasik Guthrie...~


 ~Kat depan Library...~


 ~Ni kat puncak gunung tertinggi kat UUM; Puncak Vista....~


 ~Kat Kompleks Sukan...~

 
 ~Masa dinner blok yang terakhir...~


P/S : Harap2 malam ni dapat mimpi kenangan masa study... Indah sangat2!~

Oh!!!~ Rindunya pada blog saya!!!!!!!!!!!!!!!!~

Serius!~ Saya memang rindu yang amat pada blog saya ni setelah seminggu tak dapat online... Rasa macam nak cium2 je blog saya ni... Nak timang2, nak peluk2... Tak tahu macam mana nak gambarkan kerinduan saya pada blog saya ni... YaALLAH.....

Kenapa saya tak dapat online? Sebab CPU saya telah dikuarantin di satu tempat yang amat jauh, yang saya sendiri pun tak pasti di mana lokasi proses kuarantin tu berjalan... Huhu!~ Actually, CPU saya msuk ICU disebabkan virus2 benci yang menguasainya... Kenapa virus benci? Sebab virus tu dengki bila tengok saya asyik online 24 jam... Virus benci tu bukannya apa, dia sayang kat saya, so dia tak nak saya abaikan kesihatan saya sebab mengadap komputer 24 jam... Saya ni kalau dah online, makan minum saya dah tak terurus... Pastu tidur pun dah tak terjaga...  Hanya stop bila nak sembahyang je... Kronik kan??? Nasib baik ada encik virus yang membantu... Tapi seminggu je la... Sekarang ni nampaknya kekronikkan saya akan bermula lagi... Huhu!~


P/S : "Oh blogku, sesungguhnya aku rindukan kamu!~"



Wednesday, February 9, 2011

Oh!!!~ Saya alami INSOMNIA!!!~

Apa tu insmonia? Insomnia adalah nama seorang gadis yang sangat hodoh di muka Bumi ni dan dia mengeluarkan bau yang amat busuk, lebih busuk dari bangkai!~ Itu la insomnia... Percaya atau tak, korang tetap kena percaya sebab itulah maksud insomnia yang se-benar2nya... Haish!~ Mangkuk ayun betul la siapa yang percaya!~ Haha!~ Takkan tak tahu kot apa tu insomnia? Ok2... Meh saya cerita sikit pasal insomnia...

Insomnia ni nama saintifik bagi satu penyakit yang amat digeruni oleh jin2 ifrit iaitu penyakit tak boleh tidur... Bukan tak boleh tidur waktu siang, ok!~ Kalau tidur siang tu namanya pemalas!~ Ni penyakit tak boleh tidur di malam hari... Bagi mereka yang mengalami insomnia selalunya dorang akan merungut sebab tak boleh nak lelapkan mata... Merungut kat siapa? Merungut pada bantal, pada selimut, pada katil, pada tilam dan yang sewaktu dengannya... Biasalah, tidur kan waktu untuk kita merehatkan minda dan kalau tak boleh tidur, minda boleh terganggu... Begitu jugak dengan emosi... Macam saya la!~ Grrrrr!!!~

Antara punca berlakunya insomnia ni adalah sebab ketakutan yang melampau (terhadap bayang2 sendiri), kerungsingan yang berlebihan (terhadap kematian yang bakal menjelma), tekanan (air yang rendah di rumah), ubat (yang tak sedap diberi oleh doktor), kandungan kafein yang berlebihan dalam badan dan kemurungan (sebab tak dapat mengahwini Putera William). Kadang2 ada sesetengah kes di mana ia berlaku tanpa sebab yang pasti!~ Macam saya la!~ Grrrrr!!!~ Minda dan fizikal yang aktif jugak boleh menyebabkan penyakit insomnia ni...

Kenapa saya cerita pasal insomnia? Takkan tak baca title for this entry kot? Huhu!~ Saya rasa macam nak nangis je ni sebab tak boleh nak tidur... Dan semalam baru saya menangis sebab penyakit ni... Ada la dalam pukul 2 lebih pagi macam tu... Dan termasuk semalam, dah dua kali saya menangis sebab penyakit ni... Serius saya sangat stress dengan penyakit ni... T_____T Saya mula hidapi penyakit ni dari bulan 12 tahun lepas (2010). Saya pernah masuk tidur pukul 11 malam, tapi pukul 2 lebih pagi baru boleh tidur... Betapa tertekannya saya masa tu... Lepas tu boleh pulak kawan saya mesej saya dalam pukul 3 pagi... Baru nak nyenyak wei!!!~ Tak pasal2, terus tak boleh tidur!~ Grrrrr!!!~

Antara sebab saya mendapat penyakit ni, setelah di buat research dengan Albert Einstein, kami berdua sepakat mengatakan bahawa ini semua berlaku kerana saya tidak lagi bekerja... Biasa la kalau dah tak bekerja, tidur pun lewat sebab asyik online je... (-_-") Tapi, before tu saya selalu jugak tidur lewat, tak jadi pulak masalah susah tidur ni... Hmmmmm... Mesti ada sebab lain ni.... Nampaknya terpaksa la saya melakukan research terhadap masalah saya ni untuk kali kedua, tapi bukan dengan Albert Einstein... Kali ni saya nak berkolaborasi dengan Amy Search pulak... Feewitt!!!~

Insomnia telah menyebabkan mata saya yang sangat cantik ni jadi sekadar cantik je... Habis bengkak2 bawah mata ni sebab eyebag... Apa tu eyebag? Eyebag tu macam beg udara yang ada pada stereng kereta untuk menyelamatkan pemandu tu apabila berlaku kemalangan... Ada faham??? Lepas ni kena la saya guna petua lama untuk menghilangkannya iaitu dengan meletakkan timun kat mata saya yang cantik ni... Nak guna petua moden, tak mampu nak beli... Mahal tu bebola mata Garnier... Huhu!~

Actually, saya risau kalau insomnia ni akan beri efek buruk pada saya... Bukan efek untuk memburukkan muka saya, ok!~ Takut la... Serius!~ Ni pun mata dah rasa letih sangat2, tapi tetap tak boleh nak tidur... Hmmmmm... Nak buat apa lagi ye???


Ni keadaan mata saya sebelum berpenyakit...

 
Ni keadaan mata saya bila dah berpenyakit... 


So, nak tak nak kenalah saya lekapkan timun kat mata saya ni...




P/S : Ok la... Saya nak pergi minum ubat batuk sebotol sampai habis... Nak tengok berksean ke tak... Harap2 saya boleh tidur... (^_____^)V



Oh!!!~ Saya rindukan Kiki Lulu... :(

Kiki Lulu... Kiki Lulu kat mana sekarang? Balik la... Tak rindu dengan famili ke? kitorang semua rindukan Kiki Lulu... Tak kesian ke dengan Aiman? Hari2 dia tanya pasal Kiki Lulu kat mak... Kami ada buat salah ke? Kalau ada, maafkan la kami... Sesungguhnya apa yang kami buat secara sengaja atau tak, yang mengecilkan hati, menyakitkan hati atau menyedihkan hati Kiki Lulu, kami minta maaf... Sudah2 la tu membawa diri... Pulang la... ;(

Siapa tu Kiki Lulu? Kucing famili saya la... Dah lama dah dia hilang... Dari bulan 12 tahun lepas lagi... Sebelum tu dia pernah hilang... Hilang 2 hari, lepas tu jumpa balik... Adik laki saya, Iwan, yang bawak dia balik... Iwan kata masa dia main badminton, tiba2 Kiki Lulu datang kat dia... Lepas tu dia terus ikut Iwan balik rumah... Agaknya dah bosan duduk kat rumah, dia pun cuba 'merantau' lagi sekali... Kali ni tak balik langsung... Mungkin dia ada balik masa kami di kampung... Disebabkan tak ada orang kat rumah, dia pun terus membawa diri dan tak pulang2... Hmmm... Kat mana la dia sekarang ni...

Mesti korang tertanyakan kenapa nama dia Kiki Lulu... Haha!~ Actually, saya pun tak tahu nama sebenar dia yang mana satu sebab ada yang panggil Kiki dan ada yang panggil Lulu... So, nak menyenangkan saya menghasilkan entry ni, saya gelarkan dia Kiki Lulu, gabungan daripada ke-dua2 nama tu... Kitorang start membelanya awal bulan 12 tahun lepas... Aiman (adik saya yang bongsu) yang menemukan kami dengannya... Macam ni ceritanya... Pada suatu petang tu, Aiman ada balik rumah lepas bermain dengan kawan2 dia... Balik2 je, dia terus menerpa ke arah mak da berkata, "Mak, ada kucing kat tepi blok... Ambik la dia mak...". Tapi sungguh kasihan dengan Aiman sebab mak buat tak peduli je... Then, esoknya, pagi2 tu lepas bangun dari tidur, Aiman tak putus asa lalu mengusulkan cadangan dia yang semalamnya tu kat emak untuk kali kedua... "Mak, kucing tu ada lagi... Ambik la dia...". Last2, mak pun ikut kemahuan dia...

First time saya tengok Kiki Lulu, masa saya nak mandi... Saya nampak mak tengah dukung Kiki Lulu, lalu secara spontan saya berkata, "Mak!~ Cantiknya bulu dia...". Sumpah!~ Saya tak tipu...Bulu Kiki Lulu sangat cantik, macam ada orang yang jaga... Masa mula2 nak bela Kiki Lulu tu, saya tanya pada emak, "Tak ada orang punya ke mak? Bulu cantik semacam je...". Lantas mak pun menjawab, "Kalau ada orang bela, takkan dia duduk tepi blok sampai 2 hari... Mesti dia dah balik rumah tuan dia...". Saya pun mengiakan jawapan mak...

Kehadiran Kiki Lulu menyerikan lagi hidup kami sebab dia sangat aktif... Asyik melompat ke sana ke mari, dan berlari ke sana ke mari... Mak pun dengan excitednya membelikan sangkar, makanan dan pasir untuk Kiki Lulu... Serius Kiki Lulu menceriakan hidup kami satu famili... Dia sangat aktif!~ Kadang2 tak larat nak marah2 dia sebab keaktifan dia... Tapi, sekarang ni dia dah tak ada... Hanya sangkar kosong yang ada sebagai pengubat rindu... Dan juga gamabr2 dia yang saya simpan dalam handphone tak canggih saya!~ Mana la dia pergi... Rindu sangat ni... :(


 Comel sangat2!~


Kiki Lulu tengah tidur... Shhh!~


P/S : Kalau Kiki Lulu baca entry ni, harap Kiki Lulu balik la... Kami betul2 rindukan Kiki Lulu... ;(

Monday, February 7, 2011

Oh!!!~ Isbal itu hukumnya berdosa besar!!!~

Korang tahu tak apa tu ISBAL? Yang pastinya, ianya bukan la nama seorang pemain trumpet ataupun nama sejnis kuih...

Isbal (اَْلاِسْبَالُ) bermaksud melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali... Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret... Isbal ini sering berlaku di dalam solat bagi kaum lelaki, dan perlakuan isbal ini menunjukkan se-olah2 yang seorang lelaki itu melakukan solat dengan perasaan sombong atau bongkak...

Dari Abu Hurairah R.A, dia berkata :
Ketika ada seorang lelaki yang solat dengan mengenakan pakaian secara isbal, Rasulullah S.A.W. berkata kepada lelaki itu, "Pergilah dan ambillah wudhu'!~". Lelaki itu pun pergi dan berwudhu' semula... Kemudian dia kembali dan  Rasulullah S.A.W berkata lagi padanya, "Pergilah dan ambillah wudhu'!~". Kemudian  datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Rasulullah, mengapa kamu menyruhnya mengambil wudhu' semula?". Baginda untuk beberapa ketika dan kemudian berkata, "Sesungguhnya tadi dia melakukan solat, sedangkan dia memakai pakaian dengan isbal... Sesungguhnya ALLAH SWT tak akan menerima solat seseorang lelaki yang memakai pakaian dengan isbal...". (Hadis Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)








Kalau dialog kartun kurang jelas, sila klik pada gambar tersebut... :)


P/S : Dari saya dan Profesor Izi, "Renung2 kan dan selamat beramal..." (^_____^)V

Oh!!!~Apabila 'U' bertukar menjadi 'O'... (-_-")

Korang pernah tak perasan perkara tu? Seperti yang tertera dengan merah menyalanya pada tajuk untuk entry ni... Mesti korang tak fahamkan apa yang saya cuba sampaikan? Hahahaha!~ Macam ni la ye... Saya bukan nak cari gaduh, tapi saya cuma nak menghibur... Tiba2 je kan... Ok2... Sekian saja entry saya untuk kali ni... Jumpa di entry seterusnya...

Assalamualaikum pembuka bicara... Relaks2, saya baru nak buka bicara ni... Hehe!~ Ok2... Tak nak main2 dah... Macam ni, saya nak cuba ketengahkan tentang penggunaanya huruf  'U' pada ejaan yang telah bertukar menjadi huruf 'O' pada sebutan... Seperti kereta kuning bertukar menjadi Bumblebee dalam cerita 'Tranformers', seperti manusia bertukar menjadi Ultraman dalam cerita 'Ultraman Seven', 'Ultraman Dyna', 'Ultraman Tiga', 'Ultraman Gaia', 'Ultraman Taro' dan macam2 Ultraman lagi... Begitulah penukaran yang terjadi pada huruf 'U' apabila ia disebut seperti ejaannya menggunakan huruf 'O'...

Korang perasan tak, apabila huruf 'U' berada pada suku kata terakhir dan berada di antara dua huruf konsonen di dalam setiap ejaan, secara automatik sebutan huruf 'U' tu akan bertukar menjadi huruf 'O'... Kenapa ye? Adakah orang Melayu tak pandai mengeja? Atau adakah itu yang dinamakan 'bahasa pasar'? Di bawah ni saya berikan contoh2nya... Selamat menghayati...

  • Betul ---> Betol
  • Mampus ---> Mampos
  • Kasut ---> Kasot
  • Ketul ---> Ketol
  • Lambung ---> Lambong
  • Terjun ---> Terjon
  • Telur ---> Telor
  • Jemur ---> Jemor

Ini adalah sebahagian je... Tapi tak semua perkataan kot yang bertukar... Macam busuk, orang still menyebut busuk, dan bukannya busok... Hehe!~ Sesungguhnya rakyat Malaysia suka mempelbagaikan sebutan sesuatu perkataan tu... Tapi itulah yang indahnya Malaysia... (^_____^)V


P/S : Cuba korang sebut perkataan yang bertukar tu mengikut ejaannye yang proper... Macam telur, disebut juga telur dan bukannya telor... Haha!~ Kelakar!~ Selamat mencuba ya!~ (^_____^)

Sunday, February 6, 2011

Oh!!!~ Kisah binatang tahap 18SG...

Ini adalah kisah binatang yang berunsurkan keganasan... Jadi budak2 under age adalah dicadangkan untuk tidak membacanya... Pengawasan ibu bapa adalah diperlukan... Kekuatan iman juga amat diperlukan kerana unsur ganas yang terlampau!~

Badak dan monyet (sape lagi bijak dan kejam??!). Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet... Mereka ni memang tak pernah baik, selalu je bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib... Dipendekkan cerita, setelah digosok, keluarlah seekor jin... Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu...

Permintaan 1 Badak : Saya mahu semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya... Hehe!~

Permintaan 1 Monyet : Saya mahu sebuah motor Harley Davidson...

Jin tu kelip mata, bling... Semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...

Permintaan 2 badak : Saya mahu semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya... Hehe!~

Permintaan 2 monyet : Saya mahu jaket kulit hitam dengan helmet Shoei...

Jin tu kelip mata lagi, bling... Semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, fikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata, "Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... Kecuali saya...".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... Maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh...

"Hah monyet, awak nak apa pulak... Kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mahu badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya... "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... Ish... Tak kuaassa nyah"

Moral: Jangan kawan dengan monyet


P/S : Tapi jadi la sebijak monyet... Kerana monyet itu sangat bijak!!!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Siapakah pemilik suara azan itu?

Setiap kali waktu solat tiba, azan akan berkemundang dari surau yang terletak lebih kurang 300 meter dari rumah saya... Dan setiap kali azan, saya akan menghayati suara siapa yang mana sedang melaungkan azan sebab surau taman perumahan saya ni ada dua orang tukang azan a.k.a muazzin... Satu tu suara ala2 pakcik, dan satu lagi suara orang muda yang sangat sedap lunak merdu... Dan suara si pemuda itulah yang saya tunggu2 dan saya sering ter-tanya2 di dalam hati, siapakah pemilik suara itu? Siapakah muazzin itu? Benarkah dia seorang pemuda, ataupun sebenarnya dia juga seorang pakcik yang mempunyai suara seperti orang muda?

Bercakap mengenai suara lunak merdu milik 'geng surau', ingatan saya terimbas kembali saat saya belajar di sebuah kolej milik Kemeneterian Pelajaran Malaysia... Setiap hari Khamis kami, para pelajar diwajibkan untuk ke surau untuk melakukan sembahyang maghrib, isya' dan solat sunat hajat secara berjemaah selain membuat bacaan yassin... Itu sudah menjadi rutin kami setiap hari Khamis malam Jumaat... Setiap kali mengimarahkan surau, saya sering menghayati suara siapakah yang mengimamkan kami, dan sesungguhnya saya telah terpikat dengan suara salah seorang imam, yang juga merupakan student di kolej tersebut... Sangat merdu hingga bisa meruntunkan jiwa saya... Serius!~ Sehinggakan saya berusaha untuk mengetahui siapakah pemilik suara tersebut dengan mendapatkan bantuan seorang rakan perempuan yang juga coursemate saya...

Setiap kali melakukan Qiamullail, dia sering menjadi imam kami... Dan sesungguhnya saya tak pernah terlepas untuk melakukan Qiamullail (kecuali ketika keuzuran) kerana selain untuk melakukan ibadat, saya ingin mendengar suara 'dia'... Oh, berdosakah saya di situ? Tetapi saya benar2 telah terpaut dengan suara 'dia'... Ya, suara 'dia' yang saya tidak ketahui identitinya... Akhirnya, nak dekat2 hujung semester 2, iaitu semester terakhir kami, saya tahu jugak siapakah gerangan pemilik suara itu... Sememangnya 'dia' seorang yang manis... Wajahnya menunjukkan keluhuran dan kesucian dia... Oh... Pakej yang lengkap benar2 ada pada 'dia'... Saya tak berpeluang untuk mengenali 'dia' dengan lebih dekat...
 
Tetapi, dengan kuasa ALLAH, kami bertemu di kampus berikutnya (salah sebuah universiti milik Kementerian Pengajian Tinggi)... Melanjutkan pengajian di kampus yang sama... Dan kami telah dipertemukan secara face to face oleh salah seorang rakan kami (perempuan) di library kampus itu, pada minggu pertama selepas orientasi... Jujur saya teruja... Kami sempat berbual sekejap kerana saya ada kuliah yang perlu dihadiri... Dan peristiwa itu menjadi kenangan terindah sebagai pembukaan cerita saya sebagai student universiti...

Sesungguhnya, saya sering mencari suara2 merdu 'geng surau', tak kiralah sama ada dia seorang bilal atau imam... Saya ingin bertemu dengan Bilal Bin Rabah, seorang muazzin yang sangat terkenal di zaman Rasulullah kerana kelunakan, kemerduan, dan kelantangan suara beliau... Saya ingin menghayati suara beliau... Serius!~ Moga ALLAH pertemukan kami di alam akhirat nanti... Amin...



P/S : Setiap kali saya berada di tempat yang tak pernah dikunjungi, saya akan mendengar dan menghayati  suara muazzin di kawasan tersebut... Seeungguhnya saya suka dengar suara 'geng surau' yang merdu dan lunak... (^_____^)V

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Hehe!~ Muka beliau lagi... Kenapa, tak percaya? Kalau muka beliau ada dalam entry saya, korang patut dah boleh duga apa yang sedang saya lakukan... Hehe!~ Ya, saya sedang menyertai segmen beliau, untuk kali yang kedua... Nak tahu segmen apa? Boleh baca tajuk entry ni, tak pun klik Segmen Abg Ben Ashaari...

Actually, sejak berkecimpung dengan dunia blog ni, saya memang sokong dunia blog dan berharap dunia blog di Malaysia akan terus maju dan maju... Saya mula diperkenalkan dengan dunia blog oleh kawan saya, Cik Lynn pada awal tahun lepas, tapi saya mula aktif ber-blogging sejak bulan 12 tahun lepas (2010)... Mula2, saya tak berapa faham dengan benda alah blog ni, tapi setelah di-godeh2 sambil merujuk kepada blog2 para blogger di Malaysia ni, saya mula menyayangi blog.... Cewah!!!~ Eh, terberceloteh pulak... Huhu!~
Kepada yang lain, silalah join segmen beliau...


P/S : Abg Ben memang hebat!~ (^_____^)V

Saturday, February 5, 2011

Oh!!!~ Budak kecik tu buat aksi lucah yang terlampau!!!~

Ni anak siapa la yang buat aksi lucah ni??? Ish!~ Mana mak bapak dia? Parents dia tak ajar ke? Ke cikgu sekolah dia yang tidur? Tapi, ni semua bukan salah ibu mengandung atau cikgu yang mengajar kerana tindakan yang dilakukan oleh budak itu tidak ada kena mengena dengan parents atau cikgu dia... Mesti korang ter-tanya2 kan apa yang budak kecik tu dah buat? Meh nak story, tapi serius cerita ini ada unsur2 lucah sebab budak tu buat aksi lucah... So saya nak cerita kelucahan yang budak kecik tu dah buat... Maaf ye, siapa2 yang under age, sila baca entry lain... Takut korang terangsang!~ Erk!~

Ok2... Saya nak mulakan cerita ni... Harap korang kuat iman untuk membaca entry ni... Macam ni ceritanya... Petang tadi, saya dan famili keluar ber-siar2 sambil menikmati hutan batu Johor Bahru... Actually, bukan ber-siar2 pun, sebab tujuan kitorang keluar tu pun sebab nak beli barang2 adik saya yang sedang bercuti... Esok dia dah nak balik kampus semula... Suka buat kerja last minute!~ Huh!~

Mula2 kitorang pergi Pasar Taman Dahlia dulu dan kejadian kelucahan terlampau tu berlaku kat situ... Berlaku di kawasan kedai area belakang... Masa saya tengah syok2 menikmati pemandangan di dalam setiap kedai dengan memerhatikan susun atur perabot di dalam setiap kedai, tiba2 mata saya terpana kat seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 7 atau 8 tahun... Dia sedang berdiri di hadapan sebuah kedai dan korang nak tahu apa yang dia sedang buat??? Dia sedang memancutkan sesuatu dari alat sulit dia!!!~ Lupa nak beritahu bahawasanya budak kecik tu berjantikan lelaki... Perghhhh!!!~ Agak2 la adik, ramai orang lalu lalang kot kat situ... Setahu saya, kat situ ada tandas dan tandas tu tak dikenakan bayaran pun... Saya ingatkan saya seorang je yang perasan, rupa2nya adik saya yang duduk kat belakang dan mak yang duduk kat depan pun perasan... Alahai!!!~ Tak pasal2 hari ni mata kami dah buat dosa yang tak disengajakan... Huhu!~

Kepada adik yang menjadi pelakon utama dalam cerita di atas, akak bukan nak malukan adik, ok... Akak harap adik tak baca entry akak ni dan akak tahu adik tak akan baca sebab adik tak ada blog... Lagipun rumah adik kan tak ada internet... Hehe!~ Jangan buat aksi macam tu lagi ye...


P/S : Kalau buang air kat hutan, kena cakap, "Atok, nenek, moyang, pakcik, makcik, saya nak tumpang buang air... Tolong jangan tunjukkan diri ye, nanti saya pengsan... Kalau saya pengsan, siapa nak hantar saya pergi hospital? Takkan atok, nenek, moyang, pakcik atau makcik yang nak hantarkan? Nanti semua orang kat hospital tu pengsan, termasuklah para doktor dan jururawat... Tak Pasal2 tak ada siapa2 nak rawat semua yang pengsan tu...". Sekian!~ (^_____^)V

Friday, February 4, 2011

Oh!!!~ Pergolakan di Mesir, apakah nasib rakyat kita?

Ish!~ Macam2 perkara yang saya dengar dan saya baca mengenai keadaan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir... Saya semakin risau dan khuatir akan keadaan mereka, walaupun saya tak mempunyai kenalan atau saudara yang berada di sana... Kerisauan ini timbul kerana mereka adalah saudara saya yang seagama dan senegara... Kalau saya yang tidak mempunyai kenalan atau saudara risaukan mereka, apatah lagi ibu bapa dan sanak saudara mereka...

Berita terbaru yang saya perolehi menyatakan yang penerbangan dari Kaherah ke Kuala Lumpur ditukar ke Jeddah... (Boleh rujuk di sini "Pertukaran Penerbangan"). Oh, diharapkan Jeddah tak akan terkena tempias pergolakan di Mesir kerana khuatir rakyat kita terancam lagi sekali seperti yang mereka rasai di Mesir... Saya pasti dan pasti yang mereka, terutamanya para pelajar Malaysia yang belajar di Mesir sudah tidak sanggup untuk melalui perkara ini... Mereka ke sana atas tuntutan untuk menimba ilmu, tapi berlaku pula perkara sebegini yang mungkin mematahkan semangat mereka untuk meneruskan pengajian mereka di sana... Saya harap mereka tak akan menjadikan peristiwa ini sebagai penghalang untuk mereka menggapai cita2 mereka, selain tidak menghampakan keluarga mereka...

Sepengetahuan saya, seramai 14 000 orang rakyat Malaysia berada di Mesir yang terdiri dari golongan pelajar dan pekerja (termasuk para diplomat)... Ada di antara mereka yang sudah selamat berada di Malaysia kerana mereka mengambil tindakan awal untuk pulang ke tanah air... Selebihnya, masih berada di sana dan akan dipindahkan secara ber-peringkat2 ke Jeddah melalui laluan udara, iaitu dengan menggunakan pesawat milik Malaysia; MAS, AirAsia dan TUDM (C-130)... Diharapkan semua operasi tersebut berjalan dengan lancar...

Mengenai pergolakan di Mesir, lantaran daripada peristiwa itu, ber-macam2 perkara telah berlaku dan kebanyakannya adalah menjurus kepada perkara negatif... Dari perkara yang kecil sehinggalah yang besar... 
  1. Para banduan yang terlepas dari tahanan, mula menyamar sebagai anggota polis dengan tujuan untuk merompak owang awam terutamanya orang luar...
  2. Harga makanan mula naik secara mendadak; roti sekeping berharga RM30...
  3. Berlakunya jenayah curi dan pecah masuk kedai dan kediaman orang awam...
  4. Ada orang awam yang terkena tembakan dan seorang rakyat Malaysia turut menjadi mangsa di mana dia terkena peluru getah yang dilepaskan dan mengenai matanya....
  5. Catuan bekalan air dan elektrik....
  6. Pemotongan khidmat talian telefon dan internet (menyebabkan kesukaran rakyat Malaysia untuk berhubung dengan keluarga mereka)...
  7. Rakyat Malaysia semakin kekurangan bekalan makanan lantaran dari penutupan kedai2 dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan kerana jenayah yang semakin berleluasa (mereka tak dapat untuk keluar dari kediaman)...
  8. Banyak penerbangan yang dibatalkan dan menyebabkan kebanjiran lautan manusia di lapangan terbang Kaherah...
Diharapkan rakyat Malaysia semua berada di dalam keadaan selamat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT... Moga2 mereka mendapat bantuan untuk berpindah secepat yang mungkin kerana tidak mustahil keadaan di Mesir akan menjadi lebih buruk dan rakyat kita akan terkena tempiasnya... Jadi, kita yang berada jauh dan hanya mampu melihat serta membaca sama2lah doakan yang terbaik untuk mereka... Diharapkan juga keluarga mereka yang berada di Malaysia senrtiasa tabah dan teruskan untuk mendapatkan update mengenai ahli keluarga mereka yang berada di sana...

Moga2 pergolakan di Mesir akan beransur pulih untuk membolehkan rakyatnya dan orang luar hidup dalam keadaan aman dan menjalankan aktiviti seperti biasa...


P/S : Let's pray for them!!!~

Wednesday, February 2, 2011

Oh!!!~ Saya rasa macam nak demam!!!~

Sekarang ni saya sedang rasa seram sejuk je... Dari petang tadi... Rasa macam tak sedap badan la... Senang cerita, rasa macam nak demam... Tapi sempat lagi nak berblog... Hehe!~ Kalau dah addict, apa pun bisa ku redah!~ Cewah!~ Tapi, serius saya cakap yang saya dah addict dengan blog... Menulis blog ni ibarat macam mengambil dadah bagi saya... Kalau tak tulis, jadi gian... Silap2, 'mati' la saya... Wah!~ Sampai begitu sekali ye penangan blog dalam hidup saya... Ish3!~ (-_-")

Ok... Berbalik kepada tajuk di atas, saya memang rasa macam nak demam... Tapi kalau saya demam, macam mana saya nak kutip angpow esok??? Saya ni dah la mata $$$... Nak makan/kumpul limau lagi... Esokkan 'Chinese New Year'!~ Sebelum saya terlupa, saya nak wish "Happy CHinese New Year buat para blogger yang berbangsa Cina dan buat rakyat Malaysia yang berbangsa Cina... 1 Malaysia!!!"

Mungkin saya tak dapat nak update blog saya ni buat beberapa hari kalau kesihatan saya tak mengizinkan... Oh!!!~ I will miss my blog!~ Tapi kalau tiba2 korang ternampak update dari blog saya, that's mean saya dah sihat... Tak pun mungkin sebab saya dah ketagih dengan blog dan tak boleh tinggalkannya tanpa update2 terbaru (kalau saya masih tak sihat)!~ "Nadiah, kamu ni dah teruk ni!~ Buat2 la berehat...". Ish!~ Sibuk je la my twin ni... Huh!~

Ok la... Nak rehat sambil tengok tv... Lepas tu boleh ambil ubat dan tidur!~ Malam ni ada cerita best kat tv3!~ 'IP Man'!!!~ Masa keluar kat wayang tahun lepas, tak dapat nak tengok... So, bila dah keluar kat tv secara percuma, takkan nak lepaskan??? Hehe!~ Ok la... Chow Chin Chow!!!~ (^_____^)V


P/S : Selamat Tahun Baru Cina buat David Teoh sekeluarga... Hehe!~

Tuesday, February 1, 2011

Oh!!!~ This is really not me!!!~

Ok2... Jangan gelabah tak tentu pasal... Actually, saya cuba untuk 'menyahut' seruan kawan2 a.k.a komen kawan2 yang mengatakan mereka pening bila baca style tulisan saya kat blog saya ni yang kejap kecik kejap besar... Dan saya sedang mengambil tindakan ala2 menyahut komen2 dorang dengan cuba menaip blog saya ni secara normal... Tapi serius saya katakan yang SAYA TAK BIASA!!!~ Oh... Saya rasa macam orang cacat je bila menaip tanpa menekan 'shift' button.... Hukhuk!~

Kalau nak tahu, format tulisan yang kecik besar kecik besar tu memang trademark saya... Saya mula menaip macam tu sejak 2008 lagi... Kat Facebook ke, kat MySpace ke, kat Friendster ke, kat Twitter ke, memang macam tu la gaya penulisan saya... So, memang dah terbiasa dan tak boleh nak ubah dah... Taipan saya rasa macam kurang lancar je bila tak tekan butang 'shift' tu...

Memang la kalau menaip seperti yang saya sedang lakukan ni nampak kemas, tersusun, rapi, cantik, bergaya, menarik dan memang da bomb la senang cerita... Tapi gaya tulisan kecik besar kecik besar tu membuatkan blog saya nampak unik, menarik, sebab lain dari yang lain... Ada tak blogger atau pemilik laman web sosial yang lain yang mempunyai gaya penulisan macam saya? *wondering*

Ok la... Saya nak tanya pendapat para pembaca blog saya ni, korang selesa tak dengan gaya penulisan saya yang kecik besar kecik besar tu? Ada siapa2 yang rasa terganggu tak? Sebab serius saya tak biasa nak menaip secara tulisan normal... So saya nak minta pendapat korang la... Mana la tahu ramai yang tak selesa, so saya akan cuba perbaiki a.k.a menukar gaya penulisan saya kepada format yang normal macam ni...

Saya tengah sedih ni... Takut ramai yang tak selesa je coz saya tak sanggup nak tinggalkan gaya penulisan kecik besar kecik besar saya tu... T_____T

Tapi kan, tiba2 je saya terfikir, ''Pedulikan sama peng-kritik2 tu... Ini blog saya, so suka hati sayalah!~". Tapi bila fikir2 balik, kalau ianya menyusahkan para pembaca blog saya ni, mesti dorang dah tak nak baca blog saya lagi!~ Oh!!!~ Sesungguhnya saya dalam dilema!!!!!!!!!!!~




P/S : Saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan entry ini kerana ketidakbiasaan saya tu... (-_-")