Actually, saya tak nak pun cerita pasal Tweety Bird ke, Sylvester Stallone ke, apatah lagi Stonecold... Yang saya cuba ketengahkan di sini adalah mengenai penggunaan Twitter yang sama popular dengan Facebook walaupun mereka bukanlah adik beradik, seperti yang didakwa oleh Mahatma Gandhi... Saya ada akaun Twitter... Korang ada ke? (Dengan gaya sedikit berlagak dan angkuh). Saya pasti dan yakin, ada yang ada dan ada yang takde... Bagi yang ada, tahniah saya ucapkan... "Syabas bete!~" Bagi yang takde tu, baik la kome buat cecepat... Sebelum Facebook mengundurkan diri dari dunia siber ni... Haha!~ Untuk makluman, Facebook takkan ditutup!~ Noktah!~
Kalau nak tahu, saya bukannya pandai sangat guna benda alah Twitter tu walaupun dah mempunyai akaunnya sejak tahun 1980... "Nampak sangat kome ni menipu..." (Pastikan korang membaca dialog tu ala2 Usop Hantu Kak Limah tu, ok!~) Saya tak tahu macam mana nak mengomen setiap tweet yang kawan2 saya tweet kan... Nanti kalau salah tekan, malooo... (Perkataan malooo tu ala2 cara si Adnan dalam Adnan Sempit). Yang saya pandai dan expert adalah meng-tweet je di profile sendiri je... Hehe!~
Oleh sebab itu, saya menjadikan Twitter adik saya Cik Wani Muhammad sebagai bahan ujikaji saya... saya cuba klik 'reply' dan 'retweet' pada tweet yang dia tweet kan... Ada faham? Kalau tak faham, sila buka kamus Dewan Bahasa chapter 11 point 6 setengah... Hasil dari 'reply' adalah apa yang saya reply tu terpacul, terpancar, terpampang (dan segala macam 'ter...' lagi) di profile saya... Kenapa ia tak terpampang di profile adik saya? Pelik la... Dia boleh tahu ke kalau saya reply tweet dia kalau macam tu? *curious*
Hasil dari retweet pulak, apa yang adik saya tweet kan tu akan terpampang di profile saya... Kira macam saya copy and paste apa yang dia tweet kan la tu... Itu je la yang saya baru jelajah dan godeh2... Tak tahu la kalau ada function2 yang saya tak tahu yang dikaburi oleh perspektif dan pandangan dari sudut yang berbeza... Err... Saya tak tahu apa yang saya cakapkan... Haha!~
Ini adalah profile Twitter saya... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)
P/S : Malu la pulak dengan bilangan followers kat Twitter yang tak seberapa... Hehe!~ (^_____^)V
i m not tweetering. sekian =)
ReplyDeleteWoKeY...
ReplyDelete