Sunday, January 23, 2011

Oh!!! Jodoh, dimanakah dikau?

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Apabila sebuat sahaja mengenai jodoh, saya mula tidak senang duduk... Apabila sebut sahaja fasal kahwin, saya mula tidak keruan... Saya pasti dan pasti anda yang di luar sana juga begitu, lagi2 apabila anda seorang wanita dan umur anda sudah melebihi 'jubli perak'... Tertekan memang tertekan, tetapi jodoh itu bukankah rahsia Allah SWT? Allah telah menetapkan bila jodoh kita dan siapakah jodoh kita... Jadi tiada apa2 yang perlu dipertikaikan dan dipersoalkan... Tetapi biasalah manusia, sering inginkan jawapan lantaran daripada penat menanti...

Kadang2 timbul persoalan di benak saya, "kenapa jodoh saya tidak sampai2?" dan "di mana jodoh saya berada?". Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan dipercepatkan jodoh saya... Tetapi itu semua di tangan Allah SWT... Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar dimakbulkan permintaan kita...

Emak pernah bertanyakan kepada saya mengenai teman istimewa tetapi tiada yang bertakhta di hati buat masa ini... Dan Emak pernah cuba untuk menjodohkan saya dengan anak kawan baik dia, tapi saya menolak dengan memberontak... Saya tidak suka apabila Emak cuba mencarikan saya jodoh kerana bagi saya, biarlah saya yang cari sendiri... Kerana saya sangat cerewet! Ya, cerewet!


"Hai, Nadiah... Sayakah 'jodoh' yang awak cari?"


Hari ini (21 Januari 2010, Jumaat), saya telah membaca satu ruangan di Harian Metro yang bertajuk 'Fikrah Dr. Salam'... Saya tertarik dengan satu pertanyaan oleh seorang wanita dari Johor di mana dia bertanyakan mengenai jodoh... Ini kerana, walaupun umurnya sudah mencecah 35 tahun. dia masih belum bertemu dengan jodohnya... Wanita tersebut se-olah2 sudah puus harapan sehinggakan mengeluarkan soalan berbunyi, "Masih ada harapankah bagi wanita seperti saya ini untuk merasai kehidupan berumahtangga seperti insan lain?". Jujur saya simpati dengannya dan berharap ada sinar untuknya berjumpa dengan jodohnya...

Sebagai seorang kaunselor yang bertauliah lagi hebat, Dr. Salam telah menjawab soalan wanita tersebut yang sedikit sebanyak mungkin melegakannya, dan juga saya! Jawab Dr. Salam, "Perkahwinan sebenarnya satu tanggungjawab yang besar... Tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keredhaan Allah dan bukannya mengikut perasaan atau kebiasaan saja yang mana ada yang berkahwin kemudian bercerai... Setiap orang sebenarnya mempunyai jodoh, cuma masanya saja yang belum sampai... Bersedialah terlebih dahulu untuk mendalami ilmu rumahtangga, tanggungjawab seorang isteri serta menjadi ibu yang baik... Hiasilah diri dengan agama sebagaimana yang diingini islam... Nabi pernah bersabda supaya lelaki muslim memilih wanita yang beragama sebagai calon isteri berbanding dengan kriteria lain...".

Ya, setiap orang ada jodohnya, cuma ia datang lambat atau cepat sahaja... Tetapu saya tetap akan risau selagi tidak bertemu 'dengannya'... Ini adalah lumrah apabila kita risau terhadap sesuatu yang tidak kunjung tiba...

Boleh amalkan selalu... (^_____^)V


P/S : Jodoh itu rahsia Allah SWT... (^_____^)V

4 comments:

  1. "moga ayat2 itu adalah benar. janji itu adalah benar. kesungguhan itu adalah benar. doa kamu adalah benar. dan semoga jodoh itu adalah benar".. tak igt petik dr mana

    ReplyDelete
  2. beznyer law kita dah jmpe cpe jdoh kite kan,,huhuhu,,,,:)

    ReplyDelete