Tuesday, January 25, 2011

Oh!!! Ini bukan kesukaan saya, tetapi itu kesukaan saya!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Setiap orang mempunyai benda / perkara yang disukai dan tidak disukai... Maka dengan senang hatinya saya ingin mencanangkan apakah perkara / benda yang saya suka dan tidak suka... Mungkin ada yang akan berkta, "What??? Nadiah tidak suka yang itu?" ataupun "What??? Nadiah suka yang itu?". Tidak perlu hendak terkejut beruk atau ber-what2 sangat... (Tangan di bahu, mata ke atas)...


Ketidaksukaan Saya :

1) Coklat - Per-tama2 adalah benda yang berwarna coklat yang kalau diletakkan di dalam mulut maka ia akan cair.. Oh, saya tidak boleh terima makanan tersebut... Ya, saya memang tidak suka coklat! Kenapa, anda ada masalah dengan itu? Saya akui bahawa kebanyakan wanita menyukai coklat, dan tidak bagi saya... Saya tidak pernah ada sejarah hitam dengan coklat tetapi entah mengapa tekak saya kurang menerima makanan itu... Apabila sebut mengenai coklat (sambil membayangkan ia cair di dalam mulut) pun boleh membuatkan saya pening... Oh ya! Saya ada migrain dan mungkinkah kerana itu saya 'melarikan' diri daripada coklat? Oh tidak! Kawan2 saya memang mengetahui akan perkara ini dan apabila mereka makan makanan yanag berunsurkan coklat mereka akan berkata, "Nadiah, bukan tidak mahu pelawa, tapi awak tidak makan coklatkan?". Oh, saya langsung tidak berkecil hati dengan ayat itu... Tidak langsung! Tetapi, Ferrero Rocher saya makan... Haha!


Oh tidak!!!


2) Katak - Oh, saya ada sejarah hitam dengan katak dan disebabkan itu maka saya dengan ini ingin membuat pengakuan bahawa saya amat bencikan katak sejak peristiwa hitam itu! Saya ingat lagi peristiwa yang berlaku pada malam hari semasa saya belajar di Matrik... Selepas solat Isya', saya ingin ke bilik rakan sekuliah saya yang terletak di blok asrama bersebelahan... Maka saya menuju ke blok bersebelahan dengan penuh keyakinan dan keayuan menghayunkan kaki dengan penuh lemah gemalai di dalam kepekatan malam tanpa cahaya lampu jalan sambil berlagu riang... Dalam pada berjalan itu, tiba2 saya terasa yang kaki saya telah memijak sesuatu yang amat licin dan lembut (walaupun saya memakai selipar)... Naluri berkata bahawa itu adalah katak dan tekaan saya betul apabila binatang itu mengeluarkan bunyi kataknya selepas saya memijaknya...

Kalau 'Crazy Frog' ok lagi... 


3) Pijak benda kotor - Ini lagi satu mengenai pijak memijak... Saya merupakan seorang yang penggeli dan cepat geli dengan benda2 yang melekat pada kaki atau tangan saya walaupun ia hanyalah sehelai tisu atau sehelai rambut... Kalau ada yang melekat pada kaki atau tangan saya, saya akan cepat2 basuh kaki atau tangan saya... kalau berjalan di tempat yang tidak boleh menggunakan kasut atau selipar, maka akan ter-jengkit2lah saya, terutamanya di kawasan dapur!

Please stay away from me!


4) Baju renyuk / kedut - Oh, ini sangat2 menjadi kepantangan saya... Tolong jangan renyukkan baju saya atau saya akan paksa anda seterika balik baju saya itu! Ini adalah satu amaran keras, ok! Disebabkan tidak sukakan kerenyukan, maka saya akan mengambil masa yang lama untuk menyeterika baju saya, sehingga saya puashati dan tiada renyuk / kedut yang kelihatan... Oh, mata saya sangat tajam, ok... Renyuk yang satu garis pun saya boleh nampak... Kadang2, ada juga rakan2 yang tahu kelemahan saya itu dan cuba untuk merenyukkan baju saya... Maka saya akan menjerit secara spontan... Jika ada rakan2 perempuan yang hendak memaut lengan saya, saya akan cepat2 tarik tangan saya, takut baju area lengan akan renyuk... Kalau saya keluar dari rumah dengan keadaan baju yang tidak renyuk, begitu jugalah keadaan baju saya apabila pulang ke rumah semula... Untuk pengetahuan semua, seluar jeans pun saya akan seterika...

5) Hari Ahad - Entah mengapa saya tidak suka hari Ahad... Dari dulu saya memang tidak suka hari Ahad... Bukan kerana esoknya hari Isnin dan saya terpaksa bekerja / bersekolah, tetapi kerana sebab yang tidak pasti... Mungkinkah kerana rancangan di televisyen sangat tidak menarik pada hari Ahad? Dan itulah sebab yang sebenarnya! Lagi satu, saya tidak suka keluar ber-jalan2 pada hari Ahad... Tolong jangan ajak saya keluar pada hari Ahad!


Kesukaan Saya :

1) Dengar lagu - Itu adalah minat saya dulu, kini dan selamanya... Buat kerja dengar lagu, menaip dengar lagu, memasak dengar lagu, basuh baju dengar lagu... Semuanya lagu, lagu dan lagu... Lagu itu menghiburkan, lagu itu menyenangkan tetapi jangan sampai lalai... Eh, terberi nasihat pada diri sendiri pula... Hehe! Kalau dengar lagu, saya suka 'mencari' bunyi drum dan bass... Suka sangat2 dengan bunyi ke-dua2 instrumen itu...

2) Keropok lekor - Ini kegemaran saya! Abah siap gelarkan saya 'hantu keropok lekor'... Kalau Emak dan Abah ambil adik2 balik sekolah pada waktu petang, mereka siap belikan keropok lekor untuk saya... Kalau pergi pasar malam pun macam itu juga... Saya pernah merajuk 14 tahun setengah gara2 Emak tidak membeli keropok lekor semasa dia pergi ke pasar malam... Kalau tidak dapat keropok lekor, memang tidak lena tidur... Mengidam sapai kecur air liur... Uhhh!

 Yummy!


3) Panggil saya 'Nadiah' - Nadiah adalah nama saya dan saya suka apabila orang memanggil saya 'Nadiah'... Nadiah bermaksud pemurah dan apabila orang memanggil saya dengan nama 'Nadiah', ia sedikit sebanyak akan menyedarkan saya akan maksud di sebalik nama saya... Maka dengan itu saya akan sedekahkan RM1        senyuman kepada mereka yang memanggil saya 'Nadiah'... Maka dengan itu, saya telah menjadi seorang yang pemurah kerana ramai yang telah 'mendoakan' saya... Rakan2 pejabat memang memanggil saya dengan nama 'Nadiah', tetapi saya tidak kisah jikalau ada yang memangil saya dengan panggilan 'Nad'... Selagi saya boleh menoleh ke arah pemanggil, ia tidak menjadi masalah... Tetapi kalau ada yang memanggil saya, "Hei, si cantik..." ataupun "Kamu... Ya, kamu yang gorgeous...", pasti dan pasti saya akan menoleh tanpa ragu2 kerana ciri2 tersebut memang ada pada saya... Hehe!




4) Peluk adik saya - Ini memang hobi saya di rumah... Saya suka buat apada adik saya, Amir dan Aiman... Bila saya sedang menonton televisyen, dan adik saya lalu depan saya, saya akan tarik tangan dia dan peluk dia...

5) Kamu - Errr... Kamu? Kamu yang kini hanya tinggal kenangan... Hehe! Hei, kita masih berkawan bukan? :)



P/S : Apa pula kesukaan dan ketidaksukaan anda? (^_____^)V

2 comments:

  1. WAHHHAAA!!!
    ziema sgt suke coklat hihihih...
    well semua org ade taste masing2 kan?? :)

    but euwwww katak pun ziema tak suke!!!!!!!!! disgusting.. yakksss huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. HuHu!~ Tau TaKPe... TaPi, SaYeR BuKaN MeMBeNCi CoKLaT, CuMeR KuRaNG SuKeR NGaN CoKLaT... :D

    KaTaK n HaiWaN2 YanG SWaKtU NGaN NYeR (BeRSiSiK), HuH!~ MiNTaK D JauHKaN La...

    P/S : PeNaH NaK PeNGSaN MSe JMPe BeWoK KaT KaMPuS.. KaT KaMPuS MaNG BanYak BeWoK!~

    ReplyDelete