Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Untuk entri kali ini saya nak bercerita mengenai bridal... Kebanyakan bridal yang saya cari adalah melalui Inchik Google... Tak lupa juga pada kawan2 yang telah melangsungkan majlis perkahwinan... Banyak bridal yang saya dapat... Dan setiap bridal tersebut saya senaraikan pakej yang mereka sediakan...
Seawal 6 bulan sebelum majlis saya, saya sudah mengumpulkan beberapa nama bridal sekitar Johor Bahru... Berikut adalah senarai bridal yang saya survey dan pakej2 yang mereka ada... Semua survey saya lakukan melalaui mesej di Facebook... Gunakan teknologi yang ada...
1. Miracle Touch By Nill Abaka
Ok... Ini adalah bridal milik kawan saya... Mula2 haruslah kena support kawan... Kalau tak berkenan bolehlah cari bridal lain... Kan kan kan... Bridal kawan saya ini terletak di Taman Permata, Johor Bahru... Ada seorang kawan kami pernah menggunakan khidmat Nill Abaka ini... Dan hasilnya memang cantik... Tapi saya tak berkenan dengan harga sebab saya nak cari yang lagi murah...
2. Izan Yacob Bridal
Ini merupakan bridal milik sepasang suami isteri... Sebelum ini bridal mereka terletak di Taman Tampoi Indah tetapi sekrang sudah berpindah ke Stulang Baru... Kalau berhubung melalui telefon, kemudian anda tanya' "Boleh saya bercakap dengan Izan?" dan seorang perempuan menjawab "Ya, saya", kemudian hari berikutnya anda telefon lagi dan anda tanya " Boleh saya bercakap dengan Izan?" dan kali ini lelaki pula menjawab "Ya, saya", jangan terkejut pula kerana kebetulan nama pasangan suami isteri ini adalah sama...
Ini merupakan bridal idaman saya... Pernah jadi wedding planner untuk majlis resepsi Mawi dan Ekin di Permas Jaya...
3. Leenz Bridal and Deco House
Bridal ini terletak di Permas Jaya... Good respond bila saya bertanyakan mengenai pakej dewan yang mereka ada... Good respond maksudnya mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan saya... Tetapi disebabkan kedudukan bridal mereka yang agak jauh dari rumah, maka saya putuskan untuk tidak mengambil mereka...
Oh ya, mengenai pakej mereka, harga berbaloi-baloi... Bolehlah follow page mereka di Facebook ataupun instagram mereka...
Oh ya, mengenai pakej mereka, harga berbaloi-baloi... Bolehlah follow page mereka di Facebook ataupun instagram mereka...
Boleh dikatakan bridal ini merupakan bridal yang sangat ekonomi... Bagi mereka yang mahu berjimat tetapi inginkan hasil yang cantik dan sedap mata memandang, bolehlah memilih pakej dari bridal ini... Ala2 kayangan nanti pelamin anganku musnah anda... Yalah, namapun Bridal Kayangan kan... Saya turut menggunakan khidmat bridal ini, bukan untuk dekorasi pelamin tetapi untuk gubahan hantaran... Gubahan hantaran untuk satu dulang bermula dari RM28... Dan haruslah saya ambil pakej paling murah... Walaupun murah tetapi hasilnya memang da bomb!
AZ Bridal ini agak popular... Di mana-mana ada sahaja nama bridal ini... Tapi tak tahulah ianya adalah branch yang sama atau tidak... Di Johor Bahru juga ada, berhadapan dengan Balai Bomba Larkin... Tetapi yang saya jumpa di Facebook adalah yang dari Kluang... Walaupun jauh dari rumah, saya tetap survey pakej yang mereka tawarkan untuk hilangkan kebosanan saya...
Jeng jeng jeng! Inilah bridal rasmi saya... Pakej di dalam kemampuan saya dan hasilnya terbaik... Salah seorang kawan baik saya pernah menggunakan khidmat bridal ini yang diterajui oleh Abang Farid... Sudah lama sebenarnya saya follow page Abang Farid di Facebook... Oh ya... Nama owner bridal adalah Farid... Sangat mesra... Begitu juga dengan pekereja-pekerjanya...
Setiap bulan saya pergi ke butik mereka untuk berbincang mengenai konsep yang saya inginkan... Dan kerjasama yang diberikan amat memuaskan hati... Sebab saya mengambil pakej dari bridal ini adalah kerana bridal ini terletak berhampiran dengan dewan untuk majlis resepsi saya... Dalam 500 meter... Memang dekat sangat2 dan senang kalau saya nak terjah mereka kalau ada problem pada hari kejadian... Hehe!
Ok... Tak mahu cerita panjang lebar... Nantikan entri seterusnya untuk melihat hasilnya...
7. Mega Bridal
Sebenarnya ini juga merupakan bridal yang saya inginkan tetapi apabila tengok harga pakej mereka, telan air liurlah jawabnya... Memang mahal, tetapi hasil memang gempak cantik tertarik kau memang da bomb! Selalunya yang mahallah yang cantik... Tetapi saya ingat salah satu iklan di televisyen yang berbunyi "Yang cantik tak semsetinya mahal, yang mahal tak semestinya cantik"... Untuk sedapkan hati.... Huhu! Kawan sekolah saya pernah ambil bridal ini dan hasilnya memang menjadi pujaan hatiku...
Terletak di Bandar Baru Uda, berhadapan Jalan Skudai, sederet dengan office News Straits Times (NSTP)... Betul2 tepi jalan besar... Dan setiap kali lalu, mesti saya akan pandang bridal tersebut walaupun majlis saya sudah lama berlalu... Huhu!
Terletak di Bandar Baru Uda, berhadapan Jalan Skudai, sederet dengan office News Straits Times (NSTP)... Betul2 tepi jalan besar... Dan setiap kali lalu, mesti saya akan pandang bridal tersebut walaupun majlis saya sudah lama berlalu... Huhu!
Astana Bridal... Nama ala2 bangsawan... Mesti hasilnya pun kebabom... Tengok brochure sahaja pun boleh buatkan hati terpikat apatah lagi kalau tengok hasil dekorasinya... Tapi nak menunggu respond agak lambat sedikit... Mungkin mereka busy...
Harga pakej agak berpatutan... Kalau mahu melihat hasil kerja mereka, bolehlah menjengah ke page mereka...
Harga pakej agak berpatutan... Kalau mahu melihat hasil kerja mereka, bolehlah menjengah ke page mereka...
Ok... Setakat itu sahaja bridal yang sempat saya survey secara online... Terdapat beberapa bridal lain yang boleh anda pilih dan survey sendiri... Saya tak pasti mengenai harga pakej bridal pada tahun ini sama dengan tahun lepas atapun tidak... Tambahan pula dengan GST yang akan dilaksanak pada bulan April ini... Di bawah ini saya senaraikan beberapa bridal lain sekitar Johor Bahru yang boleh di survey.... Selamat memilih...
1) Molly Bridal
2) Adly Glam Bridal
3) Esa Wedding Gallery
4) Rozaini Bridal
5) Seri Delima Bridal
P/S : Sudah hampir sebulan menjadi isteri seseorang... (^_____^)V
2 comments:
byk gak ye survey butik...good...good...hihi..akak hr tu x sempat nk survey.main terjah ja.tunang x smpai 3 bln x sempat nk belek itu ini :p
@Z@i Z@mR33
Terpaksa kak... Duit hantaran bukannya banyak mana... Nak dapatkan bridal paling murah dan berbaloi punya pasal... Hehe!
Post a Comment