Friday, February 1, 2013

Oh!!! Tangisan dalam kemerahan...


Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Tangisan dalam kemerahan? Apakah???

Kelmarin... Ya, peristiwa ini berlaku kelmarin, atau lebih tepatnya, malam semalam... Kemerahan telah menyebabkan tangisan... Oh, ber-kias2 pula Cik Nadiah ni... Sebenarnya, malam tadi office saya telah mengadakan majlis persaraan dan perpisahan untuk dua orang staf... Persaraan untuk Puan Khamilah dan perpisahan untuk Encik Radzi (bos seksyen saya... HukhukFeeling2 sedih)... Tema merah hitam putih...  Hambik kau! Sekali 3 warna... Silakan pilih ikut gerak hati masing2 ya...



Tapi malam tadi, kebanyakannya memilih warna merah... Ya, merah... Merah itu darah... Merah itu amaran... Merah itu berani lagi gagah perkasa... Merah itu bila punch card merah... Haha! Disebabkan majlis bermula pada jam 8 malam, saya dan beberapa staf perempuan telah membuat keputusan paling dramatik iaitu keputusan untuk stay sahaja di office... Dengan erti kata lain, kami sembahyang dan tukar pakaian di office sahaja...

Majlis berjalan dengan sangat lancar dengan keletah MC yang mencuit hati...Tiba part deklamasi sajak, para penyajak tanpa di-sekat2 lagi, laju menitiskan manik2 jernih dari tubir mata mereka... Bagaikan tidak dapat di-tahan2 lagi, sedu sedan mengiringi sajak yang dibaca, ibarat muzik latar...



Acara kemuncak adalah sesi bergambar be-ramai2... Ini merupakan sesi kegemaran saya, tidak kiralah sama ada letika berada di office (kerana adanya apa2 majlis) mahupun ketika berada di kawasan luar... Saya 'kaki gambar'! Hehe! Seawal jam 10 malam, saya pulang ke rumah...

Apa2pun diharapkan ke-dua2 staf yang diraikan diberkati oleh Allah SWT, dan sentiasa di dalam lindungan-Nya... Semoga mereka 'sudi' memahatkan memori dan kenangan sepanjang bertugas ber-sama2 di dalam jabatan ini ke dalam ingatan... Harap ukhuwah yang terjalin tidak akan terputus... Jasa kalian amat dihargai...


P/S : Jangan nangis! (^_____^)V (Hati masih bersedih kerana persitiwa semalam)

No comments: