Friday, December 14, 2012

Oh!!! Perlawanan yang penuh emosi!

Assalamualaikum semua! (^____^)V

Siapa yang tidak puas hati menonton perlawanan di antara Malaysia dan Thailand malam tadi??? Saya pasti ramai yang menahan marah dan geram sepanjang perlawanan berlangsung... Ramai yang tidak berpuashati dengan corak pengadilan oleh pengadil dari Korea, Lee Min Hu... Pengadil tersebut se-olah2 'buta' apabila kerapkali mengambil sikap menutup mata apabila pemain Malaysia dikasari...

Dan apa yang lebih mengejutkan apabila Fadhli Shas menerima layang kad kuning kedua pada minit ke-44 semasa dia cuba mendapatkan keadilan akibat dikasari oleh pemain Thailand, Datsakon... Lantaran daripada insiden itu, Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain berbalas 11 + 1 (Lee Min Hu sebagai 'pemain' tambahan)...

Saat2 Fadhli Shas dilayangkan kad kuning kedua...


Akibatnya, pada separuh masa kedua, Thailand berjaya membolosi gawang Malaysia hasil dari jaringan Teerasil pada minit ke-61 dan Theerathon pada minit ke-63... Bahagian pertahanan tampak sedikit goyah sehingga menyebabkan Thailand berjaya menyumbatkan dua gol berselang seminit...

Dari sudut lain pula, formasi 4-5-1 yang cuba diterapkan oleh jurulatih Malaysia, Dato' K Rajagobal dilihat tidak berkesan apabila meletakkan Mat Yo berseorangan sebagai penyerang tanpa gandingan Safee Sali pada babak pertama perlawanan... Ini membuatkan Mat Yo terpaksa bertindak berseorangan apabila bola berjaya dihantar ke kawasan pihak lawan, sehinggakan Mat Yo terpaksa menentang 3 pemain pihak lawan sekaligus...

Dan Malaysia terpaksa akur dengan keputusan kosong berbalas dua apabila wisel penamat dibunyikan... Nampaknya misi Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan pada musim 2010 terkubur apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012...

Tetapi tidak mengapa... 2014 menanti... InsyaAllah, kita akan menjadi juara!


P/S : Selamanya Harimau Malaya! (^_____^)V

2 comments:

Umi Nazrah said... [Reply]

semalam memang menyampah tengok ref korea tu. nasib baik aku tak minat kpop -_-

SiS NaD said... [Reply]

Kan... Huhu! Menyakitkan hati sangat2... Rasa macam nak tumbuk2 televisyen... >_____<