Friday, December 21, 2012

Oh!!! Kiamat semakin dekat...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari ini, tanggal 21 Disember 2012, heboh satu dunia mengenai kiamat yang akan berlaku... Kiamat yang konon2nya akan berlaku pada hari ini... Mana punya firasat yang mereka dengar entah... Tukang firasat dan tukang hebah sama2 bukan Islam... Ya (!), mereka bukan orang Islam... Seperti yang dapat kita lihat, ada orang2 di luar negara sana yang cuba mempersiapkan diri dengan segala ciri2 keselamatan, siap beli bot... Tidak kiralah alat keselamatan apa dan sekukuh dan sekuat manapun 'perlindungan' yang cuba dibina, kita tidak akan terselamat apabila kiamat melanda...

Sebagai orang Islam, kita tidak harus mempercayai mengenai firasat tersebut, tetapi kita wajib percaya bahawa kiamat itu ada dan akan berlaku... Seperti hari ini, kiamat yang sebenar juga akan berlaku pada hari Jumaat... Ianya adalah seperti sabda Rasulullah SAW : "Se-baik2 hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat... Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya... Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat..." (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa'i serta Tirmidzi).

Kita sebenarnya sedang meniti akhir zaman... Tidak perlu menunggu berlakunya tanda2 kiamat besar baru hendak mempersiapkan diri dengan amalan2 soleh... Karna itu semua percuma aja (slanga Indonesia)... Sedari sekarang kita patut menguatkan iman, mengebalkan jiwa dan memperkukuhkan hati dengan perkara2 kebaikan dan amalan2 soleh...

Sedikit info, antara tanda2 besar Hari Kiamat adalah hijaunya bumi Arafah, runtuhnya Kaabah kerana diserang oleh kaum Habsyah, bermulanya kekuasaan Dajjal, munculnya Imam Mahadi, turunnya Nabi Isa bagi menentang Dajjal dan matahari terbit dari ufuk Barat... Selebihnya anda boleh baca DI SINI...

Apa2pun, mari kita pertingkatkan amal2 soleh kita dengan bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT... Memperbanyakkan amalan2 sunat juga dituntut...




P/S : Movie 'Kiamat Sudah Dekat' memang best! (^_____^)V

2 comments:

Mohd Sabrie said... [Reply]

betol tu,,sokong sgt2.. yg kafir laknatullah masih x sedar lg.. depa igt,depa tau sume..kaji itu kaji ini, kalau berani sgt,kaji al-quran,kompom ramai yg masuk islam..eh! panjang lak komen ni..:)

SHAZRIZAL SHAHMY said... [Reply]

Muhasabah diri...insaf3