Monday, September 24, 2012

Oh!!! Jawapan kontroversi 'Kau Yang Terindah' yang......

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Masa episod terakhir 'Kau Yang Terindah', banyak juga komen yang saya dengar dari kawan2... Komen2 mengenai adegan berpegangan tangan dan duduk sebilik yang konon2nya dilakukan di Mekah... Kenapa menjadi isu? Kerana mereka tiada apa2 ikatan yang sah (dan ikatan sah tersebut hanyalah di dalam lakonan) tetapi boleh berpegangan tangan dan duduk sebilik di Tanah Haram...

Dan semalam, Neelofa telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Metro Ahad mengenai kontroversi adegan tersebut... Apa yang pasti, saya tidak berpuashati dengan kenyataan tersebut... Kenapa? Apa2pun, sebelum itu, mari baca dahulu kenyataannya...



"Memang adegan itu sepatutnya dilakukan di Makkah tapi kerana kesuntukan masa, adegan pegang tangan dan dalam bilik dilakukan di Kuala Lumpur"... Maksudnya, seperti apa yang saya faham, disebabkan kesuntukan masa, maka adegan tersebut dilakukan di Kuala Lumpur... Dan jika tidak, adegan tersebut akan dilakukan di Mekah...

Adakah Neelofa tidak faham bahawa kontroversi tersebut adalah mengenai tempat adegan itu dilakukan (keberanian melakukan adegan tersebut di TANAH HARAM) dan bukannya mengenai how dare you do that scene ("Dia melakonkan adegan itu berdasarkan kehendak skrip dan tidak menyangka babak itu menimbulkan kontroversi di kalangan segelintir peminat")...

Betulkan saya kalau saya ada melakukan salah tafsiran... Mungkin tafsiran saya terhadap kenyataan Neelofa amatlah salah... Apa yang saya fikir tidak sama dengan apa yang orang lain fikir...


P/S : Suka menonton lakonan Neelofa... (^_____^)V

No comments: