Saturday, September 8, 2012

Oh!!! Demi prestasi sekolah...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Demi prestasi sekolah, murid kelas belakang (murid2 yang kurang bijak) dianaktirikan... Kenapa saya membuat kenyataan tersebut? Kerana dari penceritaan seseorang kepada saya... Dia kini sedang menjadi guru ganti di sebuah sekolah di Johor Bahru... Sebuah sekolah menengah... Dan dia ditugaskan untuk mengajar murid tingkatan 3, 4 dan 5... Dan lagi satu, dia dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid2 kelas belakang...

Murid2 kelas belakang memang agak nakal dan kadang2 tidak makan nasihat... Kadang2 dia pun penat hendak melayan kerenah anak2 muridnya... Tetapi, dalam masa yang sama, dia turut berasa sebak dengan apa yang 'diterima' oleh anak2 muridnya... Anak2 muridnya kurang diberi perhatian kerana dianggap tidak mampu untuk menjadi yang terbaik... Lantaran daripada itu, apa yang murid2 kelas hadapan 'terima' semasa proses pembelajaran, tidak sama dengan apa yang 'diterima' oleh murid2 kelas belakang...

Dan apa yang membuatkan dia menjadi bertambah sebak adalah kerana murid2 kelas belakang hanya dibenarkan untuk mengambil 6 subjek untuk peperiksaan SPM... BM, BI, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam dan Sains (matapelajatan wajib dan had minimum yang ditetapkan)... Hanya tambah dua subjek dari peperiksaan UPSR dan kurang dua subjek dari peperiksaan PMR... Kenapa ianya beraku? Kerana pihak sekolah ingin menjaga prestasi sekolahnya...




Saya pasti dan pasti ada juga sekolah2 lain yang melakukan perkara yang sama... Tidak salah jika ianya dilakukan setelah melihat tahap pencapaian dan kemampuan pelajar, tetapi jika ianya dilakukan demi untuk menjaga prestasi sekolah, ianya se-olah2 me-rendah2kan murid2 kelas belakang kerana mereka dianggap tidak mampu memberikan prestasi yang baik dalam bidang akademik sesebuah sekolah...

Apa2pun, 'lain padang lain belalang', lain sekolah lain penyelesaian...


P/S : Lepas ni nak buat entri pasal murid2 'nakal'... (^_____^)V

No comments: