Thursday, May 17, 2012

Oh!!! Bangga tapi bengang!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Untuk kali kedua dalam bulan ini, saya menghasilkan entri basi... Basi yang tidak membuatkan perut menjadi sakit, tetapi membuatkan hati dan perasaan menjadi sakit... Merapu sudah... Maafkan saya (ikut stail Zizan)... Baiklah, baiklah... Saya akan teruskan penceritaan berdasarkan tajuk di atas... Macam karangan pula... Maafkan saya (ikut stail Zizan)... Haha!

Cerita pertama mengenai kebanggaan di mana saya amat berbangga dengan kejayaan pemain hoki remaja Malaysia apabila berjaya menjadi juara untuk '7th Men's Junior Asia Cup' di Melaka pada 13 Mei 2012 bersamaan hari Ahad yang lalu... Untuk pengetahuan semua, saya tidak tertinggal walau satu saat untuk mengikuti perlawanan tersebut di kaca televisyen... Malaysia berjaya menewaskan pasukan dari Pakistan yang merupakan pasukan nombor satu dunia... 2-1... Setelah 20 tahun Malaysia menunggu untu menjadi juara, akhirnya kemenangan menjadi milik kita! Kepada yang tidak tahu, pada tahun 1992 Malaysia telah berjaya perlawanan akhir bagi pertandingan yang sama tetapi hanya sekadar meraih tempat kedua... Dan tahun ini skuad hoki remaja Malaysia membuktikan bahawa Malaysia layak untuk memegang takhta juara... Sememangnya saya bangga dengan kejayaan yang diraih Malaysia...

Tahniah skuad hoki remaja Malaysia! (^_____^)V


Cerita kedua mengenai kebengangan... Bengang yang amat sangat apabila Manchester United tidak dapat memepertahankan kejuaraan di Liga EPL... Untuk pengetahuan semua, saya tidak menonton langsung perlawanan di antara Manchester United dan Sunderland yang berlangsung pada hari yang sama berlangsungnya perlawanan hoki remaja Asia di antara Malaysia dan Pakistan... Mungkin kerana saya tidak menonton perlawanan tersebut maka Manchester United mengalami kekalahan... Manchester United hampir2 meraih kejuaraan tetapi Manchester City berjaya merampas takhta yang bakal dimiliki oleh MU hanya kerana masa tambahan! Apa2pun, saya benci Manchester City dan pengadil perlawanan (terutamanya!) pada hari itu sebab meberikan masa tambahan bagi perlawanan antara Manchester City dan Queens Park Rangers (QPR)! Walaupun saya tahu masa tambahan memang wajib ada dalam setiap perlawanan bole sepak!

Menyirap bila tengok gambar ini... Tapi tidak mengapa, Manchester United bagi can... 


P/S : Grrrrrrrr!!!

4 comments:

mIsSz said... [Reply]

padan ngan muke ko... =p

SiS NaD said... [Reply]

Huh!!!!!!

Anonymous said... [Reply]

HEART:

city deserve for win

SiS NaD said... [Reply]

Deserve??? Uhhh! Tak boleh terima! Huhu!