Friday, November 4, 2011

Oh!!!~ Gaduh berebutkan JANTAN?

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Semalam tengok satu video mengenai pergaduhan antara dua orang gadis kerana berebutkan lelaki a.k.a jantan... Ish!~ Tak fahamlah dengan budak2 perempuan zaman sekarang... Sanggup bertumbuk tendang sepak terajang se-mata2 nak berebutkan seekor JANTAN!~ Apa kejadahnya dengan jantan2 itu? Hidup masih tunggang langgang, tapi menjadi rebutan para gadis...

Nak ditekankan di sini bahawa gadis2 tersebut dan jantan yang direbutkan masih lagi di bawah umur!~ Di bawah umur!~ Makan pakai minum pun masih ditanggung ibu bapa lagi... Adoila!~ Kalau yang lelaki dipanggil jantan, yang perempuan kena dipanggil betina la ya? Untuk makluman semua, perkataan BETINA di negeri Kelantan merujuk kepada perempuan... Jadi tak salah kot kalau saya nak memanggil gadis2 tersebut sebagai BETINA... Tak mengapalah... Saya guna perkataan yang sopan je...

Sekarang ni kalau nak tengok gadis2 bergaduh sebab lelaki, cari je kat Youtube... Berlambak... Taip je keyword 'Perempuan Gaduh'... Yang saya naik hairan, yang tukang rakam tu tak terasa nak ambil apa2 tindakan ke untuk leraikan pergaduhan gadis yang bergaduh? Oh, mungkin tukang rakam tu tengah syok + menghayati sesi bergaduh + perasaan nak upload video kat Youtube mem-buak2... Dimaafkanlah... Tapi yang menonton tu, tak nak cuba leraikan ke? Makin disorak ada la... Ish!~ Tak fahamlah...

Sudah2lah tu adik2 sekalian... Tak payahlah nak tunjuk kekuatan korang tu demi seorang jantan yang sememangnya ber-sepah2 di jalanan... Tak bawa faedah pun... Yang si lelaki bertepuk tangan melihat korang bertumbuk bertampar demi dorang... Makin naiklah ego mereka... Kalau nak bergaduh sangat, pergi ke gym, ajak pihak lawan sekali, tumbuk je punching bag... Tengok siapa yang paling kuat... Guarantee puas hati... Sihat pun sihat...

Ambil kau!~


P/S : Selalu 'bergaduh' dengan adik2, terutamanya dengan dua orang adik lelaki yang paling kecil!~ (^_____^)V

6 comments:

shafiqabdshukor said... [Reply]

tu la.. kadang2 pelik manusia zaman sekarang ni.. rasa malu makin berkurang..

scrumhalf said... [Reply]

Ish2.. Untung nye jantan tu..hak2. tak ade lah.. Sebenar nya jantan yang direbut tu pon tak semestinya jodoh sampai akhir hayat.. Rugi masa dan tenaga je nak gaduh2 kan.. ^^

Unknown said... [Reply]

tak matang sebenarnya tu ..

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Shafiq ---> Tahu takpe... Manusia akhir zaman... (-_-)

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Scrumhalf ---> Tu la pasal... Semua tu sebab nafsu je... (-_-)

SiS NaD said... [Reply]

Cik Tia ---> You are right dear... (^_____^)V