Friday, November 25, 2011

Oh!!! Bersyukurlah...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Pernah tak korang bersyukur dengan apa yang korang ada sekarang ini? Baguslah kalau korang sentiasa memanjatkan kesyukuran dengan apa yang korang ada dan nikmati sekarang ini... Tetapi, ada juga segelintir umat manusia yang tidak tahu bersyukur... Sudah ada yang terbaik, tapi tidak pernah hendak bersyukur...

Disebabkan itu, mulalah memberikan alasan2 yang bodoh dan tidak boleh diterima pakai... Seandainya perkara terbaik yang diperolehi itu adalah kerana pertolongan seseorang, maka seharusnya kita patut menjaga hati yang menolong... Dan kita juga wajib bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menolong kita untuk meletakkan kita di tempat yang terbaik...

Selalunya orang yang tidak bersyukur ini tidak pernah 'memandang ke bawah'... Tidak pernah melihat kesusahan orang lain yang berhempas pulas dan bersaing di antara satu sama lain untuk meletakkan diri mereka di tempat yang terbaik... Tidak pernah untuk bermuhasabah diri dan merenungi setiap apa yang berlaku di sepanjang 'perjalanan' mereka untuk berada di tahap yang terbaik...

Jadi, sentiasalah bersyukur dengan apa yang diperolehi sekarang ini... Kerana yang terbaik itu tidak sentiasa datang bergolek...



P/S : Syukur Alhamdulillah di atas segalan nikmat yang telah dikecapi selama ini... Amin...

2 comments: