Thursday, April 21, 2011

Oh!!!~ Kisah Si Emak dan Si Anak Sulung...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Kali ini saya nak cerita kisah Si Emak (Emak saya) dan Si Anak Sulung (saya)... Asyik cerita kisah saya dan adik2 je, sekali sekala nak jugak cerita mengenai saya dan Emak saya... Kisah yang bakal pengantin saya ceritakan ini berlaku pada minggu lepas iaitu pada hari Jumaat yang indah lagi permai bak saujana mata memandang... Dan cerita ini ada sangkut-pautnya dengan kerja saya... Oh... (-_-")

Disebabkan kerja saya sekarang ini memerlukan saya untuk membuat kerja di luar pejabat office dan memerlukan saya untuk keluar jalan2 cari makan dan 'berambus' dari pejabat office seawal pagi yang mungkin, maka ianya membolehkan saya dan rakan2 seperjuangan untuk pulang awal Ashaari ke rumah masing2 apabila kerja selesai... Apabila kerja selesai, ok!~ Disebabkan itu, dalam minggu lepas saya kerap pulang awal ke rumah sehinggakan mewujudkan tanda tanya di dalam benak fikiran Emak saya...

Pada Jumaat lepas, sesampainya saya di rumah dalam lingkungan jam sedetik lebih (tak ingat pukul berapa), Emak terus menyerbu saya dan melontarkan soalan secara ber-tubi2 ibarat Israel menyerang Palestin... Oh, soalan2 Emak sangat menyesakkan dada dan bulu kening saya... Setiap kali balik awal, mesti soalan yang sama yang akan ditanya oleh Emak tanpa rasa jemu... Dan pada hari Jumaat lepas, saya nekad (!), saya nekad untuk menjawab segala pertanyaan Emak seperti berikut...

Emak : Nadiah, kau ni kerja ke tak?

Saya :  Tak kerjalah... Orang dah berhenti...

Emak : Habis tu yang kau keluar pergi kerja pagi2 tu apa?

Saya : Orang berlakon je tu , Mak... (-_-")


Setiap kali balik awal, mesti Emak akan bertanyakan soalan itu... (-_-") (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


"Oh, Emak... Maafkan orang kerana menipu Emak selama ini... Orang hanya berlakon pergi kerja sebab orang tak nak menyusahkan Emak dan Abah dengan menghabiskan beras di dapur, ikan dan ayam di dalam peti ais, maggi di dalam almari, air di dalam water container dan sayur2an di dalam peti ais... Sebab tu orang selalu balik rumah awal... Orang terpaksa ikat perut pagi2 tanpa sarapan dan apabila lapar, orang balik ke rumah... Sebab tu Emak selalu tengok orang balik rumah awal..."


P/S : Buat masa ini saya dan rakan sepejabat office jadi 'minah kilang'... (^_____^)V

8 comments:

mcm ni lah said... [Reply]

alahai sian nye sampai mcm tu yer taknak susahkan mak abah,. dh ade keje buat le keje tetap,. :)

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK 'MaCaM Ni LaH' : HaHa!~KeRJa TeTaP BLuM MeMaNGGiL LaGi La... Nak TaKNaK KeNa BuaT YaNG SaMBiLaN DuLu... (^_____^)V

JebaT said... [Reply]

(^___^)

Sham said... [Reply]

amboi baiknya dia...sapa nama nie...?;P

lady-D said... [Reply]

jujurnye jwpn..hehe..nt adalah tu rezeki..skang ni time x keje, enjoy puas2..nt dh start keje ms terhadla nk kuar jln2, blogging

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JeBaT : (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK SHaM : HaHa!~ BaiKLaH SaNGaT... NGee!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK DiLa : DeaR, SiS DaH KeRJa La... CuMa SKaRaNG SiS KeRJa SaMBiLaN Je... KeRJa SiS SKaRaNG KeNa KeLuaR oFiS Je... HuHu!~ (^_____^)V