Assalamualaikum semua! (^_____^)V
"Pin pin... Pin pin... Posto! Posto!"
"Nadiah... Bila nak bagi kad?"... " Nadiah, nak kad".. Itu adalah antara soalan2 dan permintaan2 yang saya sering terima dari kawan2 selagi mereka belum dapat kad undangan saya... Cerita bab kad undangan ini, ada cerita sadis lagi sedih disebaliknya... Sebenarnya tak adalah sedih manapun, tapi lebih kepada menguji tahap kesabaran saya... Ya, saya benar2 teruji!
Tiga bulan sebelum majlis saya telah pergi untuk menempah kad... Saya tahu mengenai kedai tersebut pun melalui kad jemputan yang tuan saya dapat... Saya tertarik dengan design kad tersebut yang menepati tema majlis perkahwinan saya... Tanpa berlengah, saya ambil nombor telefon dan page facebook kedai tersebut yang tertera pada kad undangan tersebut...
Minggu yang sama, saya telah terjah kedai tersebut bersama Emak saya... Sebelum terjah wajiblah buat temujanji... Saya beritahu dalam jam 5 petang saya sampai kedai... Dia bersetuju... Tepat jam 5 petang saya sampai ke kedai yang dituju... Tetapi pintu pagar berkunci (kedai tersebut terletak di tingkat dua)...
Tik tok... Tik tok... Jam menginjak ke jam 5:30 petang... Mana pula tuan kedai ni tak muncul2, getus hati saya... Saya call tuan kedai, tuan kedai beritahu yang dia on the way... Baiklah... Saya sabar... Tunggu lagi...
Tik tok... Tik tok... Waktu berubah ke jam 6 petang... Haish... Mana pula tuan kedai ni? Saya call lagi... Dia beritahu dia on the way dan said sorry sebab tadi pergi ambil barang... Masa ni dah macam2 sumpah seranah keluar, tapi sekadar di dalam hati... Dengan perut lapar lagi...
Akhirnya jam 6:30 petang baru nampak kelibatnya... Dengan kelam kabut dia keluar dari perut kereta kancil dia dengan berpeluh-peluh, serta-merta kemarahan saya lenyap... Terniat juga nak 'sembur' tapi tak jadi... Maagkan sajalah kata hati saya...
Kemudian kami pun buat perbincangan dan saya memilih pakej yang saya inginkan... Perbincangan berjalan dengan lancar... Alhamdulillah... Pakej yang diesediakan sangat murah... RM520 untuk seribu kad dan sampul, 2 banting, 1 banner, 1000 kalendar mini dan 5 penunjuk arah... Dia janji dalam masa sebulan semua yang saya tempah akan siap... Baiklah, saya percaya...
Setelah sebulan (seperti tarikh yang dijanjikan, full payment pun dah buat), saya call tuan kedai tapi tak berjawab... SMS pun tak berbalas... Apatah lagi whatsapp... Hati mula risau... Kepada Inchik Tunang aduan dibuat... Beberapa hari selepas itu baru dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali... Si isteri tuan kedai yang telefon... Dia beritahu semua belum buat lagi lantaran kilang pemprosesan (HQ) di Melaka mengalami masalah... Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya masa itu... Tetapi si isteri berjanji akan siap dalam masa dua minggu... Baiklah, keimanan dan kesabaran saya cuba tingkatkan ke level yang paling tinggi...
Cukup dua minggu, saya telefon lagi tapi tiada jawapan... Lagi sekali, Inchik Tunang menjadi tempat aduan... Akhirnya Inchik Tunang take an action lantaran bakal isterinya dipermain-mainkan... Dua hari selepas itu, Inchik Tunang pura2 menjadi pelanggan dan ingin menempah kad kahwin... Pelik, panggilan berjawab... Ok, tak mengapa... Saya sabar...
Setelah temujanji dibuat, Inchik Tunang bersemuka dengan tuan kedai... Kalau ikutkan panas baran Inchik Tunang, mahu kedai itu dibakar... Tapi Inchik Tunang telah banyak belajar erti sabar apabila bersama saya... Tuan kedai berjanji dua minggu lagi semuanya siap kerana seperti sebelum ini, semuanya belum siap lagi... Apa yang mampu saya respon bila Inchik Tunang beritahu perkara itu... Airmata sajalah yang mampu diluahkan...
Selepas dua minggu, saya dan Emak pergi ke kedai tersebut untuk mengambil semua barang yang telah ditempah... Alhamdulillah, kali ini semuanya ada di depan mata... Saya berurusan dengan si isteri lantaran tuan kedai sibuk melayani pelanggan lain... Saya siap tolong pegangkan baby mereka yang baru lahir... Sejuk hati melihat wajah suci tersebut + dapat bau syurga...
Akhirnya penantian saya berakhir setelah macam2 perkara berlaku dalam lebih kurang dua bulan tersebut... Inilah hasil saya yang dapat...
Kad Kahwin (Back)
Kad Kahwin (Front)
Kalender Mini (Back)
Kalender Mini (Front)
Penunjuk Arah (Kiri))
Banner
Banner yang telah siap dipasang
P/S : Saya sayang suami saya! (^_____^)V