Wednesday, February 11, 2015

Oh!!! Wed Prep #4 : Jalan2 cari makan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

"Nyum nyum nyum... Burpppp! Alhamdulillah..." Kenyang betul dapat makan nasi minyak di majlis kahwin orang... 

Kali ini nak bercerita bab katering pula... Sebenarnya saya tak survey sangat katering yang ada di Johor Bahru kerana ianya diuruskan oleh abah saya... Abah saya urus dan sponsor katering... Alhamdulillah... Emak pula urus dan sponsor goodies...

Walaupun abah yang uruskan katering, tetapi ada sedikit percanggahan pendapat juga antara saya dan abah... Tapi kami tak gaduh... Disebabkan abah malas nak pening2 kepala cari katering, abah menggunakan khidmat katering yang pernah digunakan oleh sepupu saya semasa majlis dia... Dan katering itu pula milik kawan abang dia (sepupu saya jugalah kan)...

Satu kepala dia charge RM14.90 untuk menu yang basic (nasi beriani gam + buah + air dua jenis + dua pencuci mulut + hidangan untuk pengantin)... Bagi saya itu agak mahal tetapi saya lupa nak kira kos penghantaran, para pelayan yang disediakan (seramai 10 orang) dan lain2 kos... Abah turut


At the end, saya dapat tahu Abang Farid (sama nama dengan pemilik bridal yang saya pilih) bagi harga RM12.00 untuk satu kepala... Tapi menu dan lain2 perkara masih sama... Plus dapat TV LED 32" secara percuma... Alhamdulillah... Syukur sangat2... Abah turut order 500 bungkus bontrot (betul ke ejaannya?) Bontrot is makanan yang dibungkus untuk diberikan kepada tetamu yang hadir...

Ramai yang puji makanan yang disediakan sedap... Bila orang tanya katering dari mana, saya jawab dari Batu Pahat... Mereka akan jawab, "Patutlah sedap"... Ya, kalau di Johor, Batu Pahat popular dengan katering yang sedap2... Memang ramai yang puji kalau katering yang diambil adalah dari Batu Pahat...

Layanan para pelayan sangat VVIP... Oh ya... Lupa pula nak perkenalkan nama katering... Saya gunakan khidmat Thaqif Enterprise (TE) Catering Sdn Bhd... Pemiliknya bernama Farid (saya panggil Abang Farid)... Sangat baik dan peramah... Apa sahaja cadangan dan kemahuan tuan empunya majlis dia akan cuba deal sebaik mungkin... Para pelayan juga ramah dan cekap... 



Bab mengemas memang tip top... Saya berada di dewan sehingga jam 5 petang (jamuan makan dari 11 pagi hingga 5 petang)... Selagi belum jam 5 petang, mereka tidak akan kemas dewan walaupun jumlah tetamu yang hadir cuma tinggal 5 orang... Tepat jam 5.15 petang (bila betul2 tiada tetamu) baru meraka start mengemas peralatan katering... 

The next day, Abang Farid hantar TV bersama-sama isteri dan anaknya... Dapat jamu air sahaja sebab rumah masih di dalam keadaan tongkang pecah... Jangan ingat buat majlis di dewan maka rumah akan kelihatan suci bersih ye...


P/S : Masih terasa-rasa lagi masakan Abang Farid and the team... (^_____^)V

1 comment:

Anonymous said... [Reply]

Sis kenapa buat dewan rumah macam tokang pecah jugak? risau ni. sebab saya buat kat dewan xnk sepahkan rumah