Monday, February 23, 2015

Oh!!! Wed Prep #5 : My wedding photoghrapher...


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pertama kali saya melihat artwork dari Kidal Art, saya sudah terpikat, terpana, terpaku, tersuka dan macam2 'ter' lagilah... Entah macam mana gambar hasil editing oleh Kidal Art boleh muncul di newsfeed saya... Terus saya 'add friend' profile Kidal Art... Saya perhatikan satu persatu hasil kerja team Kidal Art... Saya baca profile Kidal Art... Based in Kuala Lumpur and Johor Bahru... Yes! Johor Bahru...


Artwork yang muncul di newsfeed saya.... Gila tak terpikat!



Jadi sejurus selepas majlis pertunangan saya pada pertengahan bulan Jun, seawal bulan Julai saya terus menghubungi Kidal Art melalui mesej di Facebook... Dan sepantas kilat saya mendapat respond daripada mereka...

Dari situ terserlah 'kegilaan' mereka... Walaupun tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa, tetapi 'kekamcengan' dapat dilihat... 



Antara conversation saya dengan team Kidal Art.. (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


Antara conversation saya dengan team Kidal Art.. (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


Masa buat photoshoot untuk pre-wedding, agak 'memenatkan' sebab masing-masing 'masuk air'... Dengan tunang saya sekali jadi 'gila'... Photghrapher jangan cakaplah, memang 'gila' sangat2... Ada satu tahap saya 'sound' ketga-tiga (2 photoghrapher + tunang saya) supaya serius sebab saya dah tak larat nak gelak... Memang happening sangat2!

Sebulan kemudian saya dapat hasilnya... Memang puashati sangat... Bila dah puashati, apalagi, terus booking untuk wedding pula...

Antara conversation saya dengan team Kidal Art.. (Sila klik gambar untuk tumbesaran)

Antara conversation saya dengan team Kidal Art.. (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


.
Ok... Malas mahu cerita panjang, silakan baca covesrsation yang saya telah printscreen... Selain Kidal Art, terdapat beberapa lagi wedding photoghrapher yang terdapat di Johor Bahru... Di bawah ini saya list-kan beberapa yang saya tahu... Jadi anda bolehlah survey mana yang berkenan di hati... 






P/S : Selamat melakukan survey... (^_____^)V

Wednesday, February 11, 2015

Oh!!! Wed Prep #4 : Jalan2 cari makan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

"Nyum nyum nyum... Burpppp! Alhamdulillah..." Kenyang betul dapat makan nasi minyak di majlis kahwin orang... 

Kali ini nak bercerita bab katering pula... Sebenarnya saya tak survey sangat katering yang ada di Johor Bahru kerana ianya diuruskan oleh abah saya... Abah saya urus dan sponsor katering... Alhamdulillah... Emak pula urus dan sponsor goodies...

Walaupun abah yang uruskan katering, tetapi ada sedikit percanggahan pendapat juga antara saya dan abah... Tapi kami tak gaduh... Disebabkan abah malas nak pening2 kepala cari katering, abah menggunakan khidmat katering yang pernah digunakan oleh sepupu saya semasa majlis dia... Dan katering itu pula milik kawan abang dia (sepupu saya jugalah kan)...

Satu kepala dia charge RM14.90 untuk menu yang basic (nasi beriani gam + buah + air dua jenis + dua pencuci mulut + hidangan untuk pengantin)... Bagi saya itu agak mahal tetapi saya lupa nak kira kos penghantaran, para pelayan yang disediakan (seramai 10 orang) dan lain2 kos... Abah turut


At the end, saya dapat tahu Abang Farid (sama nama dengan pemilik bridal yang saya pilih) bagi harga RM12.00 untuk satu kepala... Tapi menu dan lain2 perkara masih sama... Plus dapat TV LED 32" secara percuma... Alhamdulillah... Syukur sangat2... Abah turut order 500 bungkus bontrot (betul ke ejaannya?) Bontrot is makanan yang dibungkus untuk diberikan kepada tetamu yang hadir...

Ramai yang puji makanan yang disediakan sedap... Bila orang tanya katering dari mana, saya jawab dari Batu Pahat... Mereka akan jawab, "Patutlah sedap"... Ya, kalau di Johor, Batu Pahat popular dengan katering yang sedap2... Memang ramai yang puji kalau katering yang diambil adalah dari Batu Pahat...

Layanan para pelayan sangat VVIP... Oh ya... Lupa pula nak perkenalkan nama katering... Saya gunakan khidmat Thaqif Enterprise (TE) Catering Sdn Bhd... Pemiliknya bernama Farid (saya panggil Abang Farid)... Sangat baik dan peramah... Apa sahaja cadangan dan kemahuan tuan empunya majlis dia akan cuba deal sebaik mungkin... Para pelayan juga ramah dan cekap... 



Bab mengemas memang tip top... Saya berada di dewan sehingga jam 5 petang (jamuan makan dari 11 pagi hingga 5 petang)... Selagi belum jam 5 petang, mereka tidak akan kemas dewan walaupun jumlah tetamu yang hadir cuma tinggal 5 orang... Tepat jam 5.15 petang (bila betul2 tiada tetamu) baru meraka start mengemas peralatan katering... 

The next day, Abang Farid hantar TV bersama-sama isteri dan anaknya... Dapat jamu air sahaja sebab rumah masih di dalam keadaan tongkang pecah... Jangan ingat buat majlis di dewan maka rumah akan kelihatan suci bersih ye...


P/S : Masih terasa-rasa lagi masakan Abang Farid and the team... (^_____^)V

Tuesday, February 10, 2015

Oh!!! Wed Prep #3 : Jalan2 cari bridal...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Untuk entri kali ini saya nak bercerita mengenai bridal... Kebanyakan bridal yang saya cari adalah melalui Inchik Google... Tak lupa juga pada kawan2 yang telah melangsungkan majlis perkahwinan... Banyak bridal yang saya dapat... Dan setiap bridal tersebut saya senaraikan pakej yang mereka sediakan...

Seawal 6 bulan sebelum majlis saya, saya sudah mengumpulkan beberapa nama bridal sekitar Johor Bahru... Berikut adalah senarai bridal yang saya survey dan pakej2 yang mereka ada... Semua survey saya lakukan melalaui mesej di Facebook... Gunakan teknologi yang ada...

1. Miracle Touch By Nill Abaka

Ok... Ini adalah bridal milik kawan saya... Mula2 haruslah kena support kawan... Kalau tak berkenan bolehlah cari bridal lain... Kan kan kan... Bridal kawan saya ini terletak di Taman Permata, Johor Bahru... Ada seorang kawan kami pernah menggunakan khidmat Nill Abaka ini... Dan hasilnya memang cantik... Tapi saya tak berkenan dengan harga sebab saya nak cari yang lagi murah...




2. Izan Yacob Bridal

Ini merupakan bridal milik sepasang suami isteri... Sebelum ini bridal mereka terletak di Taman Tampoi Indah tetapi sekrang sudah berpindah ke Stulang Baru... Kalau berhubung melalui telefon, kemudian anda tanya' "Boleh saya bercakap dengan Izan?" dan seorang perempuan menjawab "Ya, saya", kemudian hari berikutnya anda telefon lagi dan anda tanya " Boleh saya bercakap dengan Izan?" dan kali ini lelaki pula menjawab "Ya, saya", jangan terkejut pula kerana kebetulan nama pasangan suami isteri ini adalah sama...

Ini merupakan bridal idaman saya... Pernah jadi wedding planner untuk majlis resepsi Mawi dan Ekin di Permas Jaya... 



3. Leenz Bridal and Deco House

Bridal ini terletak di Permas Jaya... Good respond bila saya bertanyakan mengenai pakej dewan yang mereka ada... Good respond maksudnya mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan saya... Tetapi disebabkan kedudukan bridal mereka yang agak jauh dari rumah, maka saya putuskan untuk tidak mengambil mereka...

Oh ya, mengenai pakej mereka, harga berbaloi-baloi... Bolehlah follow page mereka di Facebook ataupun instagram mereka...





Boleh dikatakan bridal ini merupakan bridal yang sangat ekonomi... Bagi mereka yang mahu berjimat tetapi inginkan hasil yang cantik dan sedap mata memandang, bolehlah memilih pakej dari bridal ini... Ala2 kayangan nanti pelamin anganku musnah anda... Yalah, namapun Bridal Kayangan kan... Saya turut menggunakan khidmat bridal ini, bukan untuk dekorasi pelamin tetapi untuk gubahan hantaran... Gubahan hantaran untuk satu dulang bermula dari RM28... Dan haruslah saya ambil pakej paling murah... Walaupun murah tetapi hasilnya memang da bomb!





AZ Bridal ini agak popular... Di mana-mana ada sahaja nama bridal ini... Tapi tak tahulah ianya adalah branch yang sama atau tidak... Di Johor Bahru juga ada, berhadapan dengan Balai Bomba Larkin... Tetapi yang saya jumpa di Facebook adalah yang dari Kluang... Walaupun jauh dari rumah, saya tetap survey pakej yang mereka tawarkan untuk hilangkan kebosanan saya...


Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi mereka...




Jeng jeng jeng! Inilah bridal rasmi saya... Pakej di dalam kemampuan saya dan hasilnya terbaik... Salah seorang kawan baik saya pernah menggunakan khidmat bridal ini yang diterajui oleh Abang Farid... Sudah lama sebenarnya saya follow page Abang Farid di Facebook... Oh ya... Nama owner bridal adalah Farid... Sangat mesra... Begitu juga dengan pekereja-pekerjanya...

Setiap bulan saya pergi ke butik mereka untuk berbincang mengenai konsep yang saya inginkan... Dan kerjasama yang diberikan amat memuaskan hati... Sebab saya mengambil pakej dari bridal ini adalah kerana bridal ini terletak berhampiran dengan dewan untuk majlis resepsi saya... Dalam 500 meter... Memang dekat sangat2 dan senang kalau saya nak terjah mereka kalau ada problem pada hari kejadian... Hehe!

Ok... Tak mahu cerita panjang lebar... Nantikan entri seterusnya untuk melihat hasilnya...




Sebenarnya ini juga merupakan bridal yang saya inginkan tetapi apabila tengok harga pakej mereka, telan air liurlah jawabnya... Memang mahal, tetapi hasil memang gempak cantik tertarik kau memang da bomb! Selalunya yang mahallah yang cantik... Tetapi saya ingat salah satu iklan di televisyen yang berbunyi "Yang cantik tak semsetinya mahal, yang mahal tak semestinya cantik"... Untuk sedapkan hati.... Huhu! Kawan sekolah saya pernah ambil bridal ini dan hasilnya memang menjadi pujaan hatiku... 

Terletak di Bandar Baru Uda, berhadapan Jalan Skudai, sederet dengan office News Straits Times (NSTP)... Betul2 tepi jalan besar... Dan setiap kali lalu, mesti saya akan pandang bridal tersebut walaupun majlis saya sudah lama berlalu... Huhu!




Astana Bridal... Nama ala2 bangsawan... Mesti hasilnya pun kebabom... Tengok brochure sahaja pun boleh buatkan hati terpikat apatah lagi kalau tengok hasil dekorasinya... Tapi nak menunggu respond agak lambat sedikit... Mungkin mereka busy...

Harga pakej agak berpatutan... Kalau mahu melihat hasil kerja mereka, bolehlah menjengah ke page mereka...



Ok... Setakat itu sahaja bridal yang sempat saya survey secara online... Terdapat beberapa bridal lain yang boleh anda pilih dan survey sendiri... Saya tak pasti mengenai harga pakej bridal pada tahun ini sama dengan tahun lepas atapun tidak... Tambahan pula dengan GST yang akan dilaksanak pada bulan April ini... Di bawah ini saya senaraikan beberapa bridal lain sekitar Johor Bahru yang boleh di survey.... Selamat memilih...

1) Molly Bridal
2) Adly Glam Bridal
3) Esa Wedding Gallery
4) Rozaini Bridal
5) Seri Delima Bridal


P/S : Sudah hampir sebulan menjadi isteri seseorang... (^_____^)V