Monday, August 19, 2013

Oh!!! Demam bola bermula!

Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Makan bola! Tidur bola! Mandi bola! Demam bola! Semuanya tak ada kaitan dengan saya kerana saya makan nasi macam orang normal, saya tidur beralaskan bantal macam orang normal, saya mandi dengan air paip macam orang normal dan saya demam bila suhu badan meningkat macam orang normal yang lain...

Tapi saya tetap menyokong sukan bolasepak sama ada dalam mahupun luar negara... Dan untuk menunjukkan tanda sokongan yang tak berbelah bahagi saya terhadap sukan bolasepak, maka saya telah memujuk diri untuk 'menceburkan diri' di dalam liga fantasi Piala Malaysia dan English Premier League (EPL)...

Setelah hampir 3 tahun 'merehatkan' akal dan minda daripada berhempas pulas menyusun strategi untuk memastikan kemenangan yang sememangnya tidak pernah berpihak kepada saya, akhirnya tahun ini saya mengambil keputusan untuk menyertai liga fantasi ke-dua2 perlawanan, seiring dengan memerah idea dari otak beku saya ini...

Untuk EPL, saya hanya kenal dengan pemain dari pasukan Manchester United sahaja... Maka agak susah untuk saya menyusun pemain bagi pasukan saya kerana saya kurang mengetahui kekuatan dan kelemahan pemain daripada pasukan EPL yang lain... Tapi tidak bagi Piala Malaysia kerana semua pemain Malaysia saya kenal! Tanah tumpah darahku!

Setelah berhempas pulas menyusun pemain dengan merujuk suratkhabar dan laman2 sesawang, maka inilah hasilnya...

 Saya tahu kekuatan dan kelemahan mereka (dengan nada berlagak)!

Ini yang paling susah... Ambil masa 3 hari untuk atur pemain... Pfffttt!


Piala Malaysia akan bermula esok maka sesi untuk mengatur pemain akan tamat pada hari ini... Manakala bagi EPL pula telah bermula pada hari Sabtu yang lepas tetapi anda masih berpeluang untuk mengatur pemain bagi pasukan anda... Cuma kelemahannya, anda akan kekurangan mata (point)... Setiap jaringan oleh pemain yang kita atur, kita akan mendapat point...

Sekian sahaja celoteh saya kali ini... Akhir kata, 'Majulah Sukan Untuk negara'!


P/S : Mahu sertai liga fantasi? Klik pada gambar di atas... (^_____^)V
P/S : Terima kasih pada Encik Ikmal kerana setiap tahun menjemput saya menyertai Liga Fantasi... (^_____^)V

Monday, August 5, 2013

Oh!!! Ragam Ramadhan 2013 : Puasa ke-24 dan ke-27!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

InshaAllah, mengikut perkiraan bulan2 Islam, lagi dua umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal, yang sememangnya dinantikan oleh semua umat Islam sebagai tanda kemenangan... Kemenangan mengawal hawa nafsu, kemenangan menjalani ibadah puasa selama sebulan, kemenangan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia, kemenangan menemui malam Lailatul Qadar...

Hari ini, hari isnin, saya masih lagi bekerja dan esok InshaAllah saya akan pulang ke kampung yang terletak di Melaka... Oh, tak sabarnya! Mood bekerja pada hari ini agak kurang sedikit, jadi jari jemari ini asyik 'mengular' menaip laman web-laman web yang menawarkan kerja kosong... Tak lupa juga, 'mengular' menaip entri ini... Hehe!



Oh ya, bercakap mengenai kerja kosong, pagi tadi semasa membuka emel, mata saya tertancap apada satu emel yang agak menarik perhatian... Setelah dibuka emel tersebut, ianya merupakan satu perkhabaran gembira... Alhamdulillah, saya telah terpilih untuk menhadiri sesi temuduga dari SPA... Syukur, rezeki bulan Ramadhan... Sejurus membaca emel tersebut, saya terus menelefon Abah...

Saya ingin mengimbas kembali  puasa ke-24, iaitu hari Jumaat lepas... Pada hari tersebut, kita melakukan solat sunat terawih ke-25... Kalau mengikut para ulama', malam Lailatul Qadar akan tiba pada malam2 ganjil pada 10 Ramadhan terakhir... Pada malam ke-25, seperti malam2 sebelumnya, saya, Emak dan Wani pergi sembahyang solat terawih di surau yang mengambil masa lebih kurang 30 saat sahaja dari rumah saya...

Sampai di surau, kami bersembahyang jemaah bersama-sama Imam, Bilal dan jemaah2 yang lain, bagi solat Isya dan solat sunat terawih... Ketika rakaat ke-6 solat sunat terawih, tiba2 hujan turun menimpa bumbung surau... Seperti biasa, saya hanya buat 8 rakaat solat sunat terawih dan 3 solat sunat witir... Semasa hendak memakai selipar, saya melihat kaki lima surau basah akibat hujan yang turun sebentar tadi... Tetapi apa yang mengejutkan, jalan tar dan kenderaan2 yang berada di sekitar surau tidak basah langsung! Ya, tidak basah langsung! Puas say memikirkan perkara misteri tersebut, tetapi Allah SWT yang lebih mengetahui akan segalanya...



P/S : Ramadhan diberkati, Syawal disyukuri... (^_____^)V