Sunday, May 12, 2013

Oh!!! Kerana politik umat berpecah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ayoyo! PRU-13 sudah habis, tapi orang sekeliling masih tidak habis2 becakap... Ibarat bak kata pepatah, 'rumah sudah siap, pahat masih berbunyi'... Err, betul ke? Yang tidak berpuashati dengan keputusan PRU-13 masih lagi setia memperdebatkannya... Yang berpuashati hanya memandang dari tepi dan ada antara mereka yang membalas tohmahan2 mereka yang tidak berpuashati...

Disebabkan politik, habis berpecah belah umat manusia... Kalau berlainan agama atau kaum mungkin boleh diterima, tapi ini berlaku sesama agama... Kerana berbeza ideologi politik dan berbeza matlamat yang diperjuangkan, masing2 sanggup bermasam muka dan bertikam lidah untuk menunjukkan siapa yang betul, siapa yang hebat...

Seorang rakan pernah bercerita pada saya... Kebanyakan orang yang menetap jauh dari kampung halaman, mereka akan mencuri masa untuk pulang ke kampung bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi... Kawan saya adalah salah seorang dari mereka... Abangnya yang menetap di Kuala Lumpur turut pulang ke kampung... Dan peluang berkumpul bersama keluarga cuba dimanfaatkan sebaik mungkin...

Tetapi lain pula yang jadi... Semasa si rakan dan si abang duduk bersembang mengenai politik untuk memberi pendapat masing2... Si abang yang terlalu taksub dengan sebuah parti politik tidak semena-mena telah memberi pendapat yang lebih kepada mengutuk parti politik lain... Si rakan cuba memberi pendapatnya dan memperbetulkan si abang tetapi si abang tidak dapat terima... Namapun 'sesi memberi pendapat', maka si abang seharusnya menerima pendapat si adik (rakan a.k.a si rakan) tanpa  mengeluarkan kata caci makian terhadap parti politik lain dan juga si adik... Kasihan si adik, tidak pasal2 dilabel sebagai 'bodoh'!

Itukah yang kita inginkan? Institusi kekeluargaanpun boleh goyah gara2 politik, inikan pula sesama masyarakat...

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran : "Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) . Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Surah Al-Hujurat, ayat 13 ~ 49:13 )

Memang susah untuk menyatukan setiap orang lebih2 lagi masing2 mempunyai ideologi yang berlainan... Melainkan Malaysia melaksanakan sistem parti dominan iaitu hanya satu parti politik yang wujud di dalam negara... Tetapi itu tidak akan terjadi... Apa2 yang akan berlaku selepas ini, hanya Allah SWT sahaja yang tahu... Nasib seseorang pemimpin, nasib sesebuah parti, nasib setiap rakyat dan nasib sesebuah negara, semuanya sudah tertulis...

Tetapi ingat, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendri yang mengubah apa2 yang pada diri mereka" (Surah Al-Rad, ayat 11 ~ 13:11)



Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku...


P/S : Sudah seminggu PRU-13 berlalu... (^_____^)V

No comments: