Thursday, May 30, 2013

Oh!!! Mari kenali kumpulan qasidah Malaysia!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sejak akhir2 ini kita sering mendengar lagu qasidah bertajuk 'Ya Hanana' di mana2, even di pejabat saya, ada seorang staf yang menjadikan qasidah 'Ya Hanana' sebagai nada dering telefon bimbitnya... Qasidah 'Ya Hanana' yang bermaksud 'Betapa Beruntungnya Kami', jika dihayati maksud keseluruhan qasidah tersebut, sangat meruntun jiwa...

Bukan qasidah 'Ya Hanana' yang ingin saya bicarakan tetapi mengenai sekumpulan anak muda yang telah  menubuhkan kumpulan qasidah di bawah bimbingan Habib Syech Bin Abdul Qodir Assegaf yang turut dikenali sebagai Habib Syech Assegaf (orang yang bertanggungjawab mempopularkan qasidah 'Ya Hanana')... Kumpulan qasidah tersebut telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2012 dengan nama Fatah Al-Madah, tetapi telah mendapat pengikitirafan dan ditukar namanya kepada Ahbaabul Musthofa Malaysia oleh pengasasnya iaitu Habib Syech Assegaf...



Dianggotai oleh sekumpulan 15 orang anak muda, Ahbaabul Musthofa Malaysia telah pun menjelajah hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk memperdengarkan lagu2 qasidah yang lunak lagi merdu irama dan bait2 lagunya... Mereka juga sering diundang untuk mengadakan persembahan di masjid2, surau2, madrasah2 dan tidak terkecuali di institusi2 pengajian yang terdapat di Malaysia... Kumpulan qasidah ini juga turut mengiringi Habib Syech Assegaf ke hampir kesemua siri  program 'Malam Cinta Rasul'...


Kumpulan qasidah ini yang melantunkan lagu2 qasidah yang dicipta oleh Habib Syech Assegaf boleh dihubungi melalui Facebook Ahbaabul Musthofa Malaysia untuk sebarang pertanyaan, atau untuk diundang untuk membuat persembahan di tempat anda...  Moga perjuangan dan dakwah mereka diberkati dan diredhai Allah SWT...


P/S : 'Ya Hanana'... (^_____^)V

Wednesday, May 29, 2013

Oh!!! Petua dengan ais!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pernah makan ais? Pernah minum air berais? Pernah duduk dalam peti ais? Tahukan anda bahawa ais sebenarnya mempunyai banyak manfaat? Sedarkah anda bahawa ais yang dibuat dari air paip atau air masak itu sebenarnya sangat berguna?

Jika jawapan anda bagi semua soalan di atas adalah 'tidak', maka anda wajib membaca apa yang bakal saya sampaikan... Dan jika jawapan anda adalah 'ya', pun anda digalakkan untuk membaca... Berikut adalah petua petui dengan menggunakan seketul ais...

Mengekalkan Make-up :
Jika anda mempunyai temujanji dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengenakan solekan, ais boleh menjadikan kulit anda kelihatan berseri walaupun tanpa sebarang solekan tebal... Caranya adalah dengan menambil satu kiub ais, kemudian balutkannya dengan kain lembut atau tisu dan sapukan ke muka anda... Kemudian sapukan bedak padat ke muka anda... Hasilnya bedak tersebut akan bertahan lebih lama di wajah anda... Dan jangan lupa untuk memakai seoles gincu...



Meratakan warna kulit :
Sifat ais yang sejuk mampu memberikan ketenangan dan kesejukan apabila digunakan pada kulit... Disebabkan itu, ia mampu untuk mengurangkan ketidaksamaan warna kulit sama ada kulit wajah mahupun anggota badan... Hanya sapukan ketulan ais ke kawasan yang terjejas selama beberapa minit dan hasilnya menakjubkan... Ia merupakan kaedah yang sangat efektif untuk dilakukan tatkala sedang bersantai di rumah...



Merehatkan mata :
Berasa letih selepas seharian di tempat kerja atau setelah merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama? Cubalah silap mata ini demi kecantikan mata anda... Ambil beberapa ketul ais dan balutkan ke dalam kain yang lembut, kemudian sapukan ke sekeliling mata anda... Ini bukan sahaja akan melegakan tekanan yang anda alami tetapi ia turut akan menghapuskan bengkak pada mata anda... Anda akan berasa lebih santai dan segar selepas itu...

Merawat jerawat :
Dengan menyapukan ais pada wajah anda bukan sahaja akan melembutkan kulit wajah anda malah ia turut mengecilkan liang2 pori pada wajah anda dan menghalang bakteria daripada memasuki liang2 kulit wajah anda... Caranya adalah dengan pegang ais dengan kain yang bersih dan sapukan ais tersebut pada kulit muka anda selama 10 minit setiap hari... Ia mampu mengecilkan liang2 pori dan mengurangkan keradangan pada kulit wajah...

Menghilangkan gula2 getah :
Opsss! Ini bukan buat magik gula2 getah yang sedang dikunyah di dalam mulut hilang secara tiba2 tetapi ini petua untuk menanggalkan gula2 getah yang melekat pada rambut atau pakaian anda... Hanyya sapukan ketulan ais pada bahagian yang terjejas, kemudian tanggalkan gula2 getah tersebut dengan jari anda atau penyepit tanpa merosakkan rambut atau pakaian anda...



Mengeluarkan selumbar :
Selumbar atau serpihan kayu kadangkala akan tercucuk pada jari apabila anda memegang kepingan papan atau kayu yang tidak 'dikemaskan' dengan sempurna... Jika jari anda tercucuk selumbar, sapukan ais pada bahagian tersebut dan cabut selumbar tersebut menggunakan penyepit... Ianya akan menjadi mudah dan tidak menyakitkan...

Menghilangkan kedut / renyuk :
Jika pakaian anda dari jenis yang renyuk atau kedutannya susah hendak hilang, di sini ada tip untuk menghilangkannya terutamanya apabila anda perlu keluar untuk bertemujanji... Caranya adalah dengan gosokkan ketulan ais yang dibalut dengan kain yang lembut pada kawasan renyuk atau kedut tersebut dan kemudian seterika kawasan tersebut tanpa perlu menunggu kesan ais tersebut kering... Hasilnya amat menakjubkan!

Mengurangkan lepuh :
Apabila ada anggota badan anda yang melepuh atau terbakar, ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain yang bersih... Kemudian sapu perlahan-lahan pada kawasan yang melepuh atau terbakar selama beberapa saat... Selain mengurangkan kesakitan di kawasan yang terjejas, ia juga dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada kawasan tersebut... Selain itu ia mampu mengurangkan bengkak pada kawasan tersebut...

Merawat sengal2 otot :
Setelah berhempas pulas melakukan kerja berat, pasti ada beberapa kawasan otot yang akan berasa sakit dan sengal... Hanya perlu gosokkan ketulan ais pada bahagian yang berasa sengal selama beberapa ketika untuk mengurangkan rasa sengal tersebut...

Memanaskan nasi :
Memanaskan semula nasi yang sejuk akan menyebabkan nasi tersebut bertambah kering dan kurang sedap... Jadi untuk mengelakkan perkara itu terjadi, letakkan beberapa ketul ais di bahagian atas nasi dan panaskannya... Ais yang cair akibat pemanasan tersebut akan melembapkan nasi yang dipanaskan semula itu...

Sakit mencabut :
Bagi wanita yang suka membentuk kening dengan mencabut bulu kening, pasti anda akan merasa sakit tatkala kening anda dicabut... Jadi, untuk mengurangkan kesakitan tersebut, gosokkan kiub ais pada kening anda terlebih dahulu sebelum mencabut... Ulang prosedur tersebut setiap kali sebelum anda mencabut bulu kening anda... Cara ini akan mengurangkan kesakitan dan mencegah kulit disekeliling kening anda menjadi kemerah-merahan...

Sumber ---> Dari Yahoo.com


P/S : Jika suka makan ais, boleh menyebabkan gigi rosak! (^_____^)V

Wednesday, May 22, 2013

Oh!!! Apabila Maria Elena menjadi idola...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sesiapa yang mengikuti blog saya pasti mengetahui betapa saya amat kagum dan adore dengan Maria Elena... Untuk dunia blog, dialah yang menjadi idola saya... Haha! Oleh itu saya telah 'meminjam' sedikit keyakinan beliau untuk diri saya... Dan inilah hasilnya! Hahahahahahahahaha! (Gelak puas!)

Dari atas (kiri) : Muka buat2 faham minta pelempang, muka predator terhidu bau kentut, muka itik yang terkejut, muka terkincit, muka bosan gila babun, muka pontianak yang gembira...


Tips untuk mengambil gambar yakin yang amat seperti di atas, haruslah semasa ketiadaan seorang makhluk manusia di kawasan sekitar dan haruslah di kawasan yang tersorok... Hahahahahahahahahaha!


P/S : Tiba2 Pengarah berdiri di belakang... (^_____^)V

Sunday, May 12, 2013

Oh!!! Kerana politik umat berpecah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ayoyo! PRU-13 sudah habis, tapi orang sekeliling masih tidak habis2 becakap... Ibarat bak kata pepatah, 'rumah sudah siap, pahat masih berbunyi'... Err, betul ke? Yang tidak berpuashati dengan keputusan PRU-13 masih lagi setia memperdebatkannya... Yang berpuashati hanya memandang dari tepi dan ada antara mereka yang membalas tohmahan2 mereka yang tidak berpuashati...

Disebabkan politik, habis berpecah belah umat manusia... Kalau berlainan agama atau kaum mungkin boleh diterima, tapi ini berlaku sesama agama... Kerana berbeza ideologi politik dan berbeza matlamat yang diperjuangkan, masing2 sanggup bermasam muka dan bertikam lidah untuk menunjukkan siapa yang betul, siapa yang hebat...

Seorang rakan pernah bercerita pada saya... Kebanyakan orang yang menetap jauh dari kampung halaman, mereka akan mencuri masa untuk pulang ke kampung bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi... Kawan saya adalah salah seorang dari mereka... Abangnya yang menetap di Kuala Lumpur turut pulang ke kampung... Dan peluang berkumpul bersama keluarga cuba dimanfaatkan sebaik mungkin...

Tetapi lain pula yang jadi... Semasa si rakan dan si abang duduk bersembang mengenai politik untuk memberi pendapat masing2... Si abang yang terlalu taksub dengan sebuah parti politik tidak semena-mena telah memberi pendapat yang lebih kepada mengutuk parti politik lain... Si rakan cuba memberi pendapatnya dan memperbetulkan si abang tetapi si abang tidak dapat terima... Namapun 'sesi memberi pendapat', maka si abang seharusnya menerima pendapat si adik (rakan a.k.a si rakan) tanpa  mengeluarkan kata caci makian terhadap parti politik lain dan juga si adik... Kasihan si adik, tidak pasal2 dilabel sebagai 'bodoh'!

Itukah yang kita inginkan? Institusi kekeluargaanpun boleh goyah gara2 politik, inikan pula sesama masyarakat...

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran : "Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) . Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Surah Al-Hujurat, ayat 13 ~ 49:13 )

Memang susah untuk menyatukan setiap orang lebih2 lagi masing2 mempunyai ideologi yang berlainan... Melainkan Malaysia melaksanakan sistem parti dominan iaitu hanya satu parti politik yang wujud di dalam negara... Tetapi itu tidak akan terjadi... Apa2 yang akan berlaku selepas ini, hanya Allah SWT sahaja yang tahu... Nasib seseorang pemimpin, nasib sesebuah parti, nasib setiap rakyat dan nasib sesebuah negara, semuanya sudah tertulis...

Tetapi ingat, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendri yang mengubah apa2 yang pada diri mereka" (Surah Al-Rad, ayat 11 ~ 13:11)



Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku...


P/S : Sudah seminggu PRU-13 berlalu... (^_____^)V

Thursday, May 9, 2013

Oh!!! Hati manyak sedih ooo!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Eh, kenapa tajuk entri ini macam ada gaya orang Cina cakap Melayu? Sebab 'Ini kalilah!'. Kalau diikutkan, 'Ini Kalilah' bukanlah proper Malay sentence. Kalau ikutkan proper Malay language, sepatutnya ia berbunyi 'Kali Inilah!'. 'Ini Kalilah!' tu gaya orang Cina cakap Melayu.

Ok2, cukuplah pasal politik. Nanti saya akan ulas pasal politik pada entri akan datang.

Berkenaan dengan tajuk entri hari ini, memang hari ini hati ada sedikit sedih juga (Gaya orang India cakap Melayu pula. Ke gaya orang Bangladesh cakap Melayu? Opsss!). Kalau anda perasan sesuatu pada blog saya, anda akan dapat jawapannya.

Lihat pada cursor saya, lambang apakah yang tertera? Ya (!), logo Manchester United! Dan semalam adalah hari terakhir Sir Alex Ferguson berkhidmat sebagai pengurus bagi Manchester United. Setelah hampir 27 tahun. Tiba2 hati menjadi sebak yang amat!



Lepas ini, tiada lagi sambutan hari lahir saya ber-sama2 beliau. Kalau nak tahu, pada hari lahir sayalah beliau mula menjadi pengurus pasukan Manchester United. Tarikh yang sama dan tahun yang sama! Maksudnya, umur saya sama dengan tempoh beliau berkhidmat untuk pasukan Manchester United. What a coincidence!

Setelah memperolehi 38 trofi di dalam pelbagai liga, beliau mengumumkan persaraan beliau. Mungkin juga faktor umur yang mendorong beliau bersara dari arena bolasepak. Kagum dengan beliau sebab sehingga umur beliau 71 tahun, beliau masih cekal untuk mengurus kelab yang berprestij di dunia. Dan kerana beliaulah Manchester United berjaya mencapai kejayaan.

Sedikit info mengenai beliau :
Nama : Sir Alexander Chapman Ferguson
D.O.B : 31st December 1941
P.O.D : Glasgow, Scotland

Apa2pun, moga Sir Alex baik2 sahaja selepas ini. Terima kasih kerana membawa pasukan Manchester United ke tahap yang membanggakan. Kami akan merinduimu, Sir Alex Ferguson!




P/S : Glory Glory Man United! Welcome to David Moyes! (^_____^)V

Monday, May 6, 2013

Oh!!! 'Keputusan Pilihanraya'!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ini adalah parodi lirik kedua oleh saya... Parodi lirik kali ini adalah dari lagu 'Suasana Hari Raya' yang dinyanyikan Anuar Zain dan Elliana... Tajuk parodi ini adalah 'Keputusan Pilihanraya'...


Berlalulah sudah debaran sebulan menantikan
Kini ku tahu jawapan siapa jadi pilihan
Bukan susah nak kalah bukan senang nak menang
Itulah yang dinamakan adat pertandingan

Janganlah bermasam muka sesama pihak lawan
Yang menang teruskan perjuangan yang kalah jangan kesal
Jalankan tanggungjawab tunaikanlah perjanjian
Kalau tidak rakyat akan menentang habisan

Bila dah undi calitlah pada jari
Dakwat kekal nama diberi
Tibalah masa untuk mengira undi
Biar SPR yang mengadili

BN dah menang itu pilihan rakyat
PR juga tak kurang hebatnya
Jangan bergaduh kalau tak puashati
Kita jumpa 5 tahun lagi


Berlalulah sudah debaran sebulan menantikan
Kini ku tahu jawapan siapa jadi pilihan
Bukan susah nak kalah bukan senang nak menang
Itulah yang dinamakan adat pertandingan


Sila klik gambar untuk tumbersaran... 


P/S  : Ini negara demokrasilah! (^_____^)V

Sunday, May 5, 2013

Oh!!! Pilihlah dengan bijak!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Tidak lama lagi Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13)... Jangkaan tarikh PRU 13 adalah pada 24 April 2013... Dan semalam (3 April 2013) secara rasminya Parlimen telah dibubarkan, serentak dengan genapnya 4 tahun pemerintahan Datuk Sri Najib bin Tun Abdul Razak...

Jika dilihat kini telah 'berlangsungnya' perang bendera di setiap pelusuk negara... Tidak kurang juga propaganda politik turut diwujudkan bagi 'memeriahkan' lagi kemuncak PRU 13... Di sana sini orang bercerita mengenai politik... 'Parti ini bagus, parti itu tidak bagus'... 'Parti ini yang layak memerintah, parti itu tidak layak'...

Pelbagai andaian dan jangkaan telah dibuat oleh mereka yang bertauliah dan tidak bertauliah... Yang bertauliah memberikan pandangan2 yang bijak lagi bernas manakala yang tidak bertauliah hanya memberikan  pandangan sesedap rasa diiringi kata2 kurang enak...

Jika hati tidak kuat, mungkin kita bisa berubah arah atau menjadi lalang2 di tengah padang... Ditiup ke kiri, ke kirilah kita, ditiup ke kanan, ke kananlah kita...

Jika anda seorang yang bijak, anda akan duduk diam2 sebagai pemerhati senario politik Malaysia, kemudian anda akan adili keadaan politik semasa, dan diakhiri dengan membuat pilihan yang tepat semasa PRU... Itulah yang dinamakan 'diam2 ubi berisi'... Baiklah, tiada kena mengena pun...

Apa2pun, buatlah pilihan yang bijak... Fikirkan masa depan generasi akan datang... Undi anda penentu masa depan negara...



Oh ya... Anda juga boleh merujuk cara untuk memilih calon yang terbaik semasa mengundi nanti melalui video di bawah... Terbaiklah matluthfi90!



P/S : Tidak sabar ingin mengundi untuk kali pertama... Yeay! (^_____^)V