Sunday, April 28, 2013

Oh!!! 'Menjelang Pilihanraya'...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ini adalah parodi lirik 'Menjelang Hari Raya' oleh DJ Dave yang telah diubahsuai oleh saya mengikut situasi semasa... Hehe!

Gambar ihsan dari Encik Sinar...


Menjelang pilihanraya
Semua sibuk 'bekerja'
Pacak2 bendera
Gantung2lah poster

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Pemimpin turun padang
Tunjuk sifat penyayang

Oh...
Beginilah suasana
Pabila pilihanraya di Malaysia 
Oh...
Sungguh bahagianya
Nasib rakyat semua akan terbela 
(InsyaAllah)

Selamat hari raya
Bukan raya puasa
Tapi pilihanraya
Hari2 pun raya


P/S : Tunggu parodi seterusnya... (^_____^)V

Friday, April 26, 2013

Oh!!! Manifesto harus ditepati!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Tinggal lebih kurang seminggu saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi, untuk kali pertama... Ya, untuk kali pertama...

Baru2 ini saya ada membaca manifesto2 yang dibentangkan oleh parti2 yang bertanding dalam PRU-13... Jika dilihat segala hujah yang dibentangkan, baik oleh pihak kerajaan mahupun pakatan pembangkang, sangat menarik, tertarik dan memang da bomb la...

Kantoi gambar ambil dari SinarHarian online... Hehe!


Apabila membaca manifesto parti pembangkang, terasa macam nak mengundi pembangkang tetapi apabila membaca manifesto kerajaan BN, terasa macam nak mengundi kerajaan pula... Opsss (!), saya bukan lalang ok! Tetapi tidak salah bukan kalau kita memilih yang mana lebih baik...

Dan seperti biasa, manifesto2 yang dibentangkan lebih mengutamakan rakyat... Yalah, nama pun mahu memikat hati dan meraih undi rakyat, haruslah mengutamakan dan mendahulukan kebajikan rakyat... Tidak kisahlah parti mana yang akan mengepalai  DUN, mengetuai parlimen, menguasai negeri dan memerintah negara, yang pasti, janji2 yang ditabur di dalam manifesto masing2 haruslah ditepati...

Jangan hanya pandai ber-kata2 dan bermulut manis sebelum pilihanraya, tetapi selepas itu janji dimungkiri... Jangan sekadar hanya janji kosong, nanti rakyat kecewa... Jangan hairan apabila rakyat mula membenci kerana apa yang mereka harapkan tidak dituruti...

Hargailah rakyat yang mengundi dengan melaksanakan apa yang dijanjikan di dalam manifesto yang panjangnya berjela, yang patah perkataannya tidak terkira, yang hujahannya menusuk jiwa dan idea2nya merangsang minda... Sebagaimana rakyat menghargai parti politik yang menang dengan mengundi mereka, maka hargailah rakyat dengan sebaiknya...

Di sini saya sertakan manifesto2 dari beberapa parti yang bertanding untuk PRU-13...

Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Parti Maju Sabah (SAPP)

Apa perasaan anda selepas membaca manifesto2 tersebut? Anda bijak membaca, bukan? Jadi anda harus bijak memilih...


P/S : Menghitung hari untuk mengundi... (^_____^)V

Monday, April 22, 2013

Oh!!! Berkempenlah secara bersih!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada 22 April 2013 bersamaan hari sabtu yang lalu, saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia setia dan bersabar menunggu di depan televisyen untuk mendengar pengumuman calon2 yang akan bertanding untuk PRU13... Saya juga tidak terkecuali dan semestinya saya menantikan pengumuman bagi DUN Kempas...

Sejurus selepas penamaan calon, parti2 politik telah diberikan 'keizinan' untuk berkempen dengan cara masing2...Tapi kalau diikutkan, sebelum penamaan calon lagi parti2 politik telah menjalankan kempen masing2... Antaranya adalah dengan memasang bendera2 parti politik...

Apa yang saya faham, tujuan berkempen adalah untuk 'menghasut' pengundi, dengan erti kata lain adalah untuk meyakinkan para pengundi agar mengundi mereka yang bertanding, yang datangnya dari parti2 politik yang berbeza...

Di dalam berkempen, terdapat etika2 yang perlu dipatuhi agar kempen yang dijalankan tidak dianggap 'kotor' oleh sesetengah pihak... Pada pendapat saya (macam karanganlah pula), jika berkempen secara lisan (memberi ucapan), tidak perlulah diselitkan dengan kata2 cacian atau maki hamun terhadap parti lain kerana tiada faedahnya pun... Orang sekeliling hanya akan memandang serong sahaja kerana seorang pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar...

Kepada para penyokong pula, tidak perlu untuk mempunyai sifat PHD (perasaan hasad dengki)  dengan 'memusnahkan'  bendera2 parti lain... Dari pengamatan saya di kawasan saya, terdapat bendera2 parti yang se-olah2 telah dikoyakkan dan diputuskan dawai2 pengikat bendera di tiang2 lampu... Kalaupun ingin meraih undi, tidak perlu untuk 'menghancurkan' segala usaha dan penat lelah mereka yang sanggup bersengkang mata untuk menggantung bendera parti masing2... Siap sanggup bergadai nyawa untuk memanjat tiang lampu atau elektrik yang paling tinggi untuk menggantung bendera...



Dan baru2 ini saya mendapat mesej di telefon bimbit yang bertanyakan kesetiaan saya terhadap parti kerajaan mahupun parti pembangkang... Tidak dapat dipastikan mesej tersebut dari parti politik mana, namun bagi saya tidak perlu untuk menghantar mesej rambang seperti itu kerana tidak semua suka 'disogok' sebegitu... Ini berdasarkan feedback dari kawan2 saya yang turut menerima mesej tersebut...

Apa2pun, setiap parti politik boleh berkempen mengikut cara masing, cuma diharapkan ianya adalah secara bersih...


P/S : Belum buat keputusan untuk mengundi siapa... (^_____^)V

Sunday, April 7, 2013

Oh!!! Fitnah politik di alam siber...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

"Dah lama dah", bak kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau ingin melepaskan jawatan yang disandangnya ketika bersidangnya Perhimpunan Agong UMNO pada 2004, begitu jugalah dengan fitnah politik yang berlaku di dalam negara kita...

Ahli2 dan pengikut2 parti ini mengutuk parti itu, ahli2 dan pengikut2 parti itu mengherdik parti ini... 'Drama' tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketara sejak adanya medium media sosial seperti Facebook (dan Facebook pun bertanya, 'Why Me???')... Melalui medium itu, semua saling tuduh menuduh, salah menyalahkan antara satu sama lain...

Berbalik kepada soal fitnah... Mengapa saya katakan ianya fitnah? Kerana ianya menyentuh keaiban orang lain... Niat mereka yang asalnya adalah baik, akhirnya telah menjadi niat yang 'tidak baik' kerana niat baik itu diiringi dengan kata-kata makian dan kata-kata yang kurang enak didengar... Sedihnya kerana 'pertelingkahan jari jemari' tersebut adalah di antara sesama Islam...

Selain itu, dengan me-repost video2 kenyataan ahli2 parti di laman sosial, dengan diiringi caption yang menghina juga menjadi salah satu trend sekarang... Secara tidak langsung, ia telah membuatkan mereka 'yang tidak tahu apa2' turut memberikan komen yang berunsurkan negatif, menghina dan fitnah...

Sebenarnya niat2 pengikut parti politik itu baik keranan bertujuan untuk membuka mata masyarakat tetapi dalam masa yang sama, tanpa disedari, ianya telah menjadikan mereka mempunyai hati yang tidak baik... Juga dalam masa yang sama ia turut menambahkan dosa 'mereka'... Nabi Muhammad SAW tidak mengajar umatnya saling hina menghina di antara satu sama lain...

Sabda Rasulullah SAW : "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintai keaiban... Sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada di dalam rumahnya sendiri..." (Hadis riwayat Abu Daud).



Apa2pun jangan terlalu ikutkan perasaan, nanti mati...


P/S : Berfikir sebelum bertindak... (^_____^)V