Wednesday, January 30, 2013

Oh!!! Journey to my BFF's wedding...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

This is a chronology before my BFF's wedding... Kronologilah sangat! Haha!


23 Januari 2013 ---> Sesat di Terminal Bandar Tasik Selatan...

Bas dari JB bertolak jam 5 petang dan dijangka sampai di TBS pada jam 9:30 malam... Dan jangkaan saya memang tepat! (sebab dah biasa berulang-alik ke K.L)... Sampai di TBS, saya dikehendaki untuk menaiki LRT untuk ke Stesen Cempaka (ayat macam arahan treasure hunt la pula!) kerana saya tumpang tidur di rumah Sarah di Ampang... Dan semasa men-cari2 stesen LRT, saya telah sesat! Ya, saya telah sesat! Saya telah turun sehingga ke tingkat paling bawah (padahal stesen LRT hanya perlu turun ke tingkat 2 sahaja)... Tetapi saya bernasib baik kerana berjumpa dengan seorang gadis pemarah peramah yang baru sahaja keluar dari kereta seseorang... Nurul namanya... Seperti nama BFF2 saya... BFF dari sekolah rendah dipanggil Nurul, begitu juga BFF semasa belajar di UUM dan BFF semasa masuk ke alam pekerjaan... Adakah Nurul yang baru saya jumpa akan menjadi BFF 'sesat' saya? Hehe! Nurul telah menenangkan hati saya yang resah dengan membawa saya ke stesen LRT... Dan yang saya sangat2 terharu, dia sanggup turun di stesen Cempaka se-mata2 untuk menemani saya! Padahal dia sepatutnya turun di stesen Ampang... 'Nurul, terima kasih banyak2 kerana sudi menolong saya'!


24 Januari 2013 ---> Merah itu menyerlah...

Merupakan hari pernikahan BFF saya semasa belajar ber-sama2 di UUM... Nurul namanya... Hehe! Saya dan Sarah berpakat untuk membuat tema warna pakaian sendiri (padahal tiada sebarang tema warna pun untuk majlis pernikahan)... Merah hitam, itulah pilihan kami... Memang agak menyerlah apabila kami berdua berdiri di sisi pengantin... 'Maaf, Puan Pengantin kerana menenggelamkan sedikit keserlahan anda'... Tapi apa2pun, awak tetap gorgeous the bomb di hati saya! Serius, talak tipu punya... Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, BFF kesayangan saya sah menjadi isteri kepada senior kami iaitu Abe Lil... Hok aloh... Demo dari qlate...


25 Januari 2013 ---> The bride become a babysitter...

Puan BFF a.k.a Puan Pengantin telah menjadi babysitter kepada saya! Ya, betul punya cerita... Saya telah 'ditinggalkan' di rumah Nurul oleh Cik Sarah kerana Cik Sarah kena pergi bekerja walaupun sudah mengambil cuti... Kerja yang sangat penting! Kasihan Puan BFF kerana mengalami demam selesema... Kehadiran saya dirasakan seperti membebankan dia sahaja walaupun dia tidak kisah... Tahap keserbasalahan saya amat menebal... Sepanjang saya 'ditinggalkan', banyak yang kami bicarakan dan gosipkan (oh, girls)... Dan saya telah membantu Puan BFF mencari beberapa lagu yang akan dimainkan sepanjang majlis resepsi esok hari... Tok Kadi telah berpesan untuk memainkan lagu 'Barakallah'... Disebabkan lagu tersebut tiada di dalam simpanan handphone masing2, maka terpaksalah kami memuatturun secara harem lagu tersebut dari internet... Tapi, nasib baik lagu utama iaitu 'Penghujung Cintaku' by Pasha Ungu feat Adelia ada di dalam simpanan handphone tak berapa canggih saya... Pada malamnya pula, kami berdua saling inai menginai jari jemari antara satu sama lain... Mula2 saya pakaikan Puan BFF inai, kemudian Puan BFF pula memakaikan inai pada jari jemari saya... Puan BFF yang memaksa saya memakai inai itu... Haha!




26 Januari 2013 ---> Reunion + Kuning diraja!

Hari ini telah diadakan majlis resepsi bagi pihak Puan BFF... Dan selalunya di majlis resepsi mana2 pengantin pun, akan berlakunya satu situasi atau persitiwa penting, iaitu reunion rakan2... Wah! Memang terbaiklah! Walaupun tak dapat jumpa kesemuanya kerana ada yang tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu, itu sudah cukup memadai... Rakan2 yang telah hampir 10 tahun tidak jumpa pun boleh 'dipertemukan' di majlis resepsi perkahwinan... Kak Huda, Kak Shima, As... Walaupun 3 orang, tapi cukup bermakna!  Tema bagi resepsi hari ini adalah kuning bagi pihak pengantin perempuan, dan kelabu bagi ke-dua2 mempelai... Dan sebagai wakil bagi pihak perempuan, haruslah saya memakai baju berwarna kuning...




27 Januari 2013 ---> I'm coming home, coming home, tell the world I'm coming home...

Hari terakhir di Kuala Lumpur... Dan baruku tahu esok Johor cuti, sempena dengan Thaipusam... Oh, lam mim bu betul! Macam manalah saya boleh tak tahu... Apa2pun, saya memang ingin balik ke Johor pada hari ini... Sebelum itu, wajib jumpa BFF since form 1, Miss Sakeena... After almost 14 years, we meet again... Even though, we have to face a little bit problem, finally, we make it! What a wonderful meeting... Kami berjumpa di KLCC, dan setelah di-kira2 perjumpaan kami hanya berlangsung selama 3 jam setengah... Oh, terlalu singkat! Apa sangatlah yang boleh kami lakukan di dalam masa sesingkat itu... Dengan nak mengejar bas saya lagi... Huhu! Apa2pun, telah kami potretkan pertemuan kami itu di dalam bentuk gambar...



Apa2pun, saya sangat2 enjoy dengan apa yang saya lalui sepanjang 5 hari tersebut... Kepada Puan BFF, moga kamu hidup berbahagia ber-sama2 Abe Lil... You deserve it after 7 years menyulam kasih melalui alam percintaan... Moga kamu menjadi isteri yang solehah buat Abe Lil, dan kurang2kan sikit rajuk kamu tu... Saya sayang kamu...

Buat all my friends yang saya jumpa sepanjang saya di Kuala Lumpur, Cik Sarah, Puan As, Kak Shima, Kak Huda dan Cik Sakeena, moga pertemuan kita itu mengeratkan lagi ukhuwah di antara kita...


P/S : I LOVE YOU, GUYS!!! (^_____^)V (Tiba2 berasa sedih semasa menaip penutup entri ini)...

No comments: