Thursday, January 31, 2013

Oh!!! Perginya seorang sahabat...

Assalamualaikum semua! (Without smile emoticon)

Hari ini, pada waktu rehat, telah diniatkan dihati untuk 'mencuri' beberapa gambar dari profil Facebook rakan2, sempena majlis malam tadi... Tapi niat itu terbantut setelah saya berjaya mendaftar masuk laman web sosial tersebut... Terlalu banyak notifications untuk gambar kelas saya... Gambar kelas semasa saya darjah 4...

Setelah di-view gambar tersebut, terus mata terpaku apabila membaca komen2 dari rakan2 sekelas... Salah seorang rakan sekelas kami telah pergi meninggalkan kami... Saya terkedu, terpaku, tergamam dan macam2 lagi... Perasaan mula bercampur baur... Rasa sedih, terkilan... Sedih kerana kehilangan sahabat, rakan dan saudara yang saya sayang...

Terkilan kerana tidak pernah untuk bertanyakan khabar dia walaupun sejak dua menjak ni saya selalu teringat dan terfikirkan arwah... Dari minggu lepas saya pasang niat untuk mesej arwah, bertanya khabar, tapi entah kenapa tak terlaksana... Ya Allah, terkilannya rasa dihati... Sedih...

Cerita di antara kami... Baru 4 tahun lepas saya tahu yang kami ada 'bau2 bacang'... Pakcik saya rupa2nya mengahwini makcik arwah... Dan saya hanya mengetahuinya daripada Sri... Sri, officemate saya semasa kerja di Malaya Glass Products (M) Sdn Bhd... Suami Sri merupakan sepupu kepada arwah... Terasa kecil sahaja dunia ini padahal saya dan arwah berada di dalam kelas yang sama sejak dari Darjah 3, sehinggalah ke Darjah 6...

Selepas mengetahui kami ada 'bau2 bacang' yang tak berapa nk bau, baru 3 kali saya bertemu dengannya... Pertama, semasa wedding cousin kami... Itupun berjumpa tanpa bicara kerana masing2 terkedu... Kali kedua semasa dia membantu saya format CPU saya... Dan kali ketiga pula semasa perkahwinan Sri... Sudah lama pertemuan kali ketiga itu berlaku... Lebih kurang 3 tahun lepas... Selepas itu, hanya mesej menjadi penghubung silaturrahim kami... Itupun kadang2...

Sepanjang perkenalan kami, saya dapati arwah seorang yang baik... Tak pernah cari pasal dengan sesiapa... Teringat kembali memori di zaman persekolahan... Semasa darjah 3... Arwah memakai beg gambar dinosaur, di mana kalau ditekan pada gambar dinosaur tu, mata dinosaur itu akan mengeluarkan lampu... Semasa beratur di belakang arwah untuk pulang ke rumah, saya tak berhenti menekan gambar dinosaur tersebut, tetapi arwah langsung tidak marah... :)  Sebak tiba2...



"Aizat3... Kenapa cepat kau pergi? Tak sempat aku nak bertanya khabar kau... Menyesal tak sudah aku di sini... Tapi aku kena pasrah... Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali... Rasa terkilan masih berbuku dihati aku... Tapi Allah lebih sayangkan kau... Aku doakan kau aman dan tenang di sana, disisi para solihin... Aku halalkan segalanya walaupun aku tahu aku tak pernah beri kau apa2... Aku ampunkan segala dosa kau walaupun aku tahu kau tak pernah buat salah pada aku... 

Bersalahnya aku pada kau, walaupun aku tahu kau sakit, aku tak pernah meluangkan masa untuk menjenguk kau... Aku ingatkan kau sakit biasa2... Tapi aku tak tahu seteruk itu sakit kau... Aku tahu kau menderita... Maafkan aku... Aku sayangkan kau! Rest in peace, sahabat...".

Tak sanggup rasanya untuk saya memberitahu Abah dan Emak mengenai pemergian arwah... Takut airmata mengalir deras... Cukuplah sekali di office...

Siapa2 yang membaca coretan ini, harap dapat sedekahkan bacan Al-Fatihah kepada arwah... Moga arwah tenang di alam sana...


P/S : Airmata masih mengalir...

Wednesday, January 30, 2013

Oh!!! Journey to my BFF's wedding...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

This is a chronology before my BFF's wedding... Kronologilah sangat! Haha!


23 Januari 2013 ---> Sesat di Terminal Bandar Tasik Selatan...

Bas dari JB bertolak jam 5 petang dan dijangka sampai di TBS pada jam 9:30 malam... Dan jangkaan saya memang tepat! (sebab dah biasa berulang-alik ke K.L)... Sampai di TBS, saya dikehendaki untuk menaiki LRT untuk ke Stesen Cempaka (ayat macam arahan treasure hunt la pula!) kerana saya tumpang tidur di rumah Sarah di Ampang... Dan semasa men-cari2 stesen LRT, saya telah sesat! Ya, saya telah sesat! Saya telah turun sehingga ke tingkat paling bawah (padahal stesen LRT hanya perlu turun ke tingkat 2 sahaja)... Tetapi saya bernasib baik kerana berjumpa dengan seorang gadis pemarah peramah yang baru sahaja keluar dari kereta seseorang... Nurul namanya... Seperti nama BFF2 saya... BFF dari sekolah rendah dipanggil Nurul, begitu juga BFF semasa belajar di UUM dan BFF semasa masuk ke alam pekerjaan... Adakah Nurul yang baru saya jumpa akan menjadi BFF 'sesat' saya? Hehe! Nurul telah menenangkan hati saya yang resah dengan membawa saya ke stesen LRT... Dan yang saya sangat2 terharu, dia sanggup turun di stesen Cempaka se-mata2 untuk menemani saya! Padahal dia sepatutnya turun di stesen Ampang... 'Nurul, terima kasih banyak2 kerana sudi menolong saya'!


24 Januari 2013 ---> Merah itu menyerlah...

Merupakan hari pernikahan BFF saya semasa belajar ber-sama2 di UUM... Nurul namanya... Hehe! Saya dan Sarah berpakat untuk membuat tema warna pakaian sendiri (padahal tiada sebarang tema warna pun untuk majlis pernikahan)... Merah hitam, itulah pilihan kami... Memang agak menyerlah apabila kami berdua berdiri di sisi pengantin... 'Maaf, Puan Pengantin kerana menenggelamkan sedikit keserlahan anda'... Tapi apa2pun, awak tetap gorgeous the bomb di hati saya! Serius, talak tipu punya... Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, BFF kesayangan saya sah menjadi isteri kepada senior kami iaitu Abe Lil... Hok aloh... Demo dari qlate...


25 Januari 2013 ---> The bride become a babysitter...

Puan BFF a.k.a Puan Pengantin telah menjadi babysitter kepada saya! Ya, betul punya cerita... Saya telah 'ditinggalkan' di rumah Nurul oleh Cik Sarah kerana Cik Sarah kena pergi bekerja walaupun sudah mengambil cuti... Kerja yang sangat penting! Kasihan Puan BFF kerana mengalami demam selesema... Kehadiran saya dirasakan seperti membebankan dia sahaja walaupun dia tidak kisah... Tahap keserbasalahan saya amat menebal... Sepanjang saya 'ditinggalkan', banyak yang kami bicarakan dan gosipkan (oh, girls)... Dan saya telah membantu Puan BFF mencari beberapa lagu yang akan dimainkan sepanjang majlis resepsi esok hari... Tok Kadi telah berpesan untuk memainkan lagu 'Barakallah'... Disebabkan lagu tersebut tiada di dalam simpanan handphone masing2, maka terpaksalah kami memuatturun secara harem lagu tersebut dari internet... Tapi, nasib baik lagu utama iaitu 'Penghujung Cintaku' by Pasha Ungu feat Adelia ada di dalam simpanan handphone tak berapa canggih saya... Pada malamnya pula, kami berdua saling inai menginai jari jemari antara satu sama lain... Mula2 saya pakaikan Puan BFF inai, kemudian Puan BFF pula memakaikan inai pada jari jemari saya... Puan BFF yang memaksa saya memakai inai itu... Haha!




26 Januari 2013 ---> Reunion + Kuning diraja!

Hari ini telah diadakan majlis resepsi bagi pihak Puan BFF... Dan selalunya di majlis resepsi mana2 pengantin pun, akan berlakunya satu situasi atau persitiwa penting, iaitu reunion rakan2... Wah! Memang terbaiklah! Walaupun tak dapat jumpa kesemuanya kerana ada yang tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu, itu sudah cukup memadai... Rakan2 yang telah hampir 10 tahun tidak jumpa pun boleh 'dipertemukan' di majlis resepsi perkahwinan... Kak Huda, Kak Shima, As... Walaupun 3 orang, tapi cukup bermakna!  Tema bagi resepsi hari ini adalah kuning bagi pihak pengantin perempuan, dan kelabu bagi ke-dua2 mempelai... Dan sebagai wakil bagi pihak perempuan, haruslah saya memakai baju berwarna kuning...




27 Januari 2013 ---> I'm coming home, coming home, tell the world I'm coming home...

Hari terakhir di Kuala Lumpur... Dan baruku tahu esok Johor cuti, sempena dengan Thaipusam... Oh, lam mim bu betul! Macam manalah saya boleh tak tahu... Apa2pun, saya memang ingin balik ke Johor pada hari ini... Sebelum itu, wajib jumpa BFF since form 1, Miss Sakeena... After almost 14 years, we meet again... Even though, we have to face a little bit problem, finally, we make it! What a wonderful meeting... Kami berjumpa di KLCC, dan setelah di-kira2 perjumpaan kami hanya berlangsung selama 3 jam setengah... Oh, terlalu singkat! Apa sangatlah yang boleh kami lakukan di dalam masa sesingkat itu... Dengan nak mengejar bas saya lagi... Huhu! Apa2pun, telah kami potretkan pertemuan kami itu di dalam bentuk gambar...



Apa2pun, saya sangat2 enjoy dengan apa yang saya lalui sepanjang 5 hari tersebut... Kepada Puan BFF, moga kamu hidup berbahagia ber-sama2 Abe Lil... You deserve it after 7 years menyulam kasih melalui alam percintaan... Moga kamu menjadi isteri yang solehah buat Abe Lil, dan kurang2kan sikit rajuk kamu tu... Saya sayang kamu...

Buat all my friends yang saya jumpa sepanjang saya di Kuala Lumpur, Cik Sarah, Puan As, Kak Shima, Kak Huda dan Cik Sakeena, moga pertemuan kita itu mengeratkan lagi ukhuwah di antara kita...


P/S : I LOVE YOU, GUYS!!! (^_____^)V (Tiba2 berasa sedih semasa menaip penutup entri ini)...

Tuesday, January 29, 2013

Oh!!! Perempuan memang macam tu ke?

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Oh, almost 3 weeks I didn't update my blog... Miss my blog much! Before this, I can update my blog at my office, but not for nowadays... Since my dashboard have been updated to the new look, I can't update my blog at my office anymore, because the window can't support it... Oh... (Sigh).

Ok2, back to the point... A few days ago, I met my friend and he asked me a question... A question about women behaviour... Oh ya, dia sudah beristeri, ok...

Dia : Nadiah, nak tanya boleh? 

Saya : Boleh... Nak tanya apa? Macam suspen je...

Dia : Perempuan kalau marah memang suka baling2, hempas2 barang ke?

Saya : Certain je... Tak semua macam tu...

Dia : Kenapa ye?

Saya : Sebab perempuan suka ikutkan emosi... Lagipun perempuan cuma dikurniakan 1 akal, yang 9 lagi tu nafsu semata... Kenapa, isteri awak buat macam tu ke?

Dia : ................ (Diam seribu bahasa...)

Saya tersenyum pada dia dan membiarkan dia melayani perasaannya... Saya harap jawapan saya mampu memuaskan hati dia walaupun ringkas...



Untuk pengetahuan kaum Adam di luar sana, tidak semua perempuan yang suka ikutkan emosi... Tetapi kebanyakannya memang suka ikutkan emosi... Bagi sesetengah wanita, apabila mereka berada di dalam keadaan marah, mereka lebih suka menunjukkannya dengan perbuatan... Dengan cara itu, mereka akan berasa lega kerana ia se-olah2  mengeluarkan kesemua perasaan marah pada ketika itu...

Dan ada sesetengah wanita pula lebih suka mendiamkan diri ketika marah... Hanya memendamkan kemarahan tanpa apa2 luahan sama ada dari segi lisan mahupun perbuatan...Wanita jenis ini ada dua... Pertama, apabila kemarahannya memuncak, maka akan terjadinya tsunami kerana segala apa yang dipendamkan selama ini akan terhambur keluar... Yang kedua pula, wanita itu memang jenis yang cool... Dengan erti kata lain, tak pernah marah2 dan kemungkinan juga tidak tahu apa itu marah...

Jadi, kepada kaum Adam, jagalah hati wanita yang anda sayangi... Dan wanita2 lain yang berada di sekeliling anda kerana kaum Hawa ni jenis yang cepat terasa... Jagalah kata2 dan perbuatan anda... Kepada kaum Hawa pula, cuba belajar mengawal emosi anda, takut akan menyesal di kemudian hari...

Tips untuk mengawal amarah... Sila klik DI SINI... 

P/S : Lebih suka pendam dan menangis apabila marah... (^_____^)V

Friday, January 11, 2013

Oh!!! Salah faham nada masej...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pernah tak korang menerima mesej daripada seseorang melalui handphone, tapi korang tersalah nada a.k.a tersalah tafsir dalam membacanya... Orang yang menghantar mesej sebenarnya menaip ayat dengan nada biasa tetapi korang membacanya dengan nada yang luarbiasa... Masih tak faham? Ok2, sila lihat contoh di bawah...

Situasi 1 (kejadian benar)...

Mesej yang dihantar : "Kenapa tak beritahu awal2? Saya ingatkan barangnya tak ada..."

Nada penghantar mesej sebenarnya bertanya secara lembut konon2nya dia bertanya seperti ini, "Kak, kenapa akan tak beritahu saya awal2? Saya ingatkan barang yang saya pesan tu tak ada... Huhu!". Ambil kau, siapa ada 'huhu!' lagi...

Tapi telah di salah tafsir oleh si penerima, konon2nya si penghantar menghantar mesej bengang2 seperti ayat  ini, "Akak ni! Kenapa tak beritahu awal2??? Saya ingatkan barang tu memang tak ada!".

Mesej di atas telah dihantar seorang rakan saya kepada seorang penjual barangan online... Setelah 3 hari rakan saya menunggu jawapan dari si penjual (rakan saya bertanya barang yang dia ingin beli ada dalam stok atau tidak), barulah si penjual membalas mesej rakan saya itu dan menyatakan barangan yang dipesan itu ada dalam stok... Lantas, rakan saya mengahantar mesej di atas tanpa ada apa2 perasaan marah atau bengang... Tapi si penjual telah salah faham dengan nada mesej itu... Lalu si penjual telah menghantar mesej balas yang agak kurang sopan kepada rakan saya kerana menyangkakan rakan saya itu marah + bengang terhadap dia...

Situasi 2 (juga kejadian benar)

Mesej yang dihantar : "Saya kat ataslah..."

Nada penghantar mesej sebenarnya memeberikan keterangan dengan lembut konon2nya berbunyi seperti ini, "Awak, saya ada kat atas..." dan bukannya seperti apa yang ditafsirkan oleh penerima yang berbunyi seperti ini, "Ish awak ni, saya kat ataslah!".

Situasi ini saya alami sendiri... Semasa bertemujanji dengan seseorang, kami berjanji untuk berjumpa di sebuah shopping complex... Semasa dia bertanya saya berada di mana, maka saya menjawab seperti mesej di atas... Tetapi ia telah disalah tafsirkan oleh si dia... Oleh itu, dia telah menjawab secara acuh tak acuh mesej saya... Dia hanya menjawab 'K!'. Oh, pantang bagi saya apabila orang membalas mesej saya dengan menjawab 'K'... Dia pun tahu saya tak suka orang menjawab mesej saya dengan huruf itu... Dari situ saya tahu ada sesuatu yang tidak kena kerana sebelum itu, kami beerbalas mesej dalam keadaan yang harmoni... Belek2 semula mesej yang saya hantar, saya agak yang dia telah salah tafsir nada mesej saya...



Kesimpulan

Cuba anda baca ke-dua2 mesej di atas dengan nada lembut dan nada marah atau bengang... Ternyata mesej tersebut boleh jadi sesuatu yang menyenangkan ataupun tidak bagi si penerima mesej... Sebenarnya, si penghantar mesej hanya ingin meringkaskan seringkas yang boleh ayat yang ingin disampaikan... Tetapi ianya telah membuatkan si penerima menyalah tafsir mesej tersebut...

Oleh itu, sebelum menghantar mesej, baca semula mesej yang dihantar agar ia tidak memebuatkan si penerima tersalah nada atau tersalah tafsir akan mesej yang dihantar...


P/S : Sudah jarang mesej... (^_____^)V

Monday, January 7, 2013

Oh!!! Hari pertama bekerja...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan 'Selamat Tahun Baru 2013' kepada semua... Orang lain semua sudah mula untuk mencapai azam tahun baru, saya baru ter-hegeh2 nak ucapkan selamat... Hehe!

Oh, hari ini saya mula bekerja semula setelah 6 hari bercuti sakan... Orang lain semua sudah seminggu bekerja, saya baru hari ini masuk kerja... Bercuti bukan kerana suka2, tapi cuti yang bersebab... Break service katanya... Hehe!

Biasalah kalau sudah lama bercuti, tahap kemalasan untuk bangun pagi haruslah berada di tahap yang tinggi... Ditambah lagi dengan malam tadi saya mengalami insomnia... Sungguh menyeksakan!

Puas saya mengubah posisi tidur... Dari berbaring kepada duduk, dari duduk kepada menonggeng, dari menonggeng kepada berdiri, tapi mata masih tidak dapat dilenakan... Akhirnya, nak dekat jam 3 pagi, baru saya dapat 'matikan sebentar' diri saya...

Sepanjang percutian saya, tiada apa yang dilakukan... Plan2 yang dirancang habis musnah gara2 saya mengalami deman terkejut... Entah apa yang diterkejutkan oleh saya, saya pun musykil... Sepanjang diri berbaring di katil, puas memikirkan kenapa saya demam tiba2...

Hari ini, masuk sahaja jam 8, terus mata menatap skrin komputer, jari jemari rakus menekan papan kekunci di bawah skrin, memerhatikan setipa butir abjab yang muncul, sambil ber-bual2 dengan teman2 sepejabat yang sudah lama tidak bersua muka... Banyak cerita yang dikongsikan, banyak gosip yang dibualkan...

Hari ini juga diadakan sesi penyerahan hadiah perpisahan buat ketua seksyen saya WALAUPUN beliau kemungkinan meninggalkan kami pada hujung bulan ini... Present in advance orang kata... Nasib baik tak buat majlis perpisahan in advance... Hehe!

YM Ungku Walid (kanan) sedang menyampaikan cenderamata kepada Encik Radzi (kiri)...


Hari ini juga, ramai yang menegur mengenai baju saya... I'm wearing white today... Yang menegur termasuklah beliau yang mendapat present in advance di atas dan kakak yang menjual kain bagi baju yang saya pakai hari ini... "Nadiah, awak pakai baju baru ya?"... Baju baru, semangat baru! (^_____^)V


P/S : Esok kerja... Moga2 malam ini dapat tidur... (^_____^)V

Wednesday, January 2, 2013

Oh!!! Saya dapat bungkusan misteri!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sejak beberapa hari ini, saya serinh mendapat emel... Emel dari mereka yang say tidak kenali... Dan bila dibuka emel tersebut, lambang yang tertera pada emel tersebut amat saya kenali... Ya, lambang sebuah syarikat kurier yang terkenal... Berdasarkan emel yang diterima, saya dikehendaki menuntut beberapa bungkusan yang dihantar oleh syarikat kurier di pejabat pos yang berdekatan... Hmmm...



Saya ter-fikir2 barang terbaru apakah yang telah saya beli secara online? Baju? Ya, memang saya ada membeli baju, tetapi penjual menggunakan khidmat PosLaju... Dan rata2 penjual secara online menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menghantar barang2 yang dibeli oleh para pelanggan mereka...

Saya memang tidak percaya dengan emel2 seperti itu...Saya sudah banyak membaca dan mendengar kisah2 mereka yang pernah tertipu dengan emel2 sebegitu... Mereka diminta untuk membayar sekian2 RM sebelum 'bungkusan' yang dikirimkan sampai ke tangan mereka... Di dalam emel tersebut ada diminta untuk memuat turun resit dari pihak kurier, tetapi apabila saya selesai muatturun, ternyata dokumen yang dimuatturun tidak boleh dibuka...





Adakah emel2 sebegitu yang telah berjaya memperdaya ramai orang di Malaysia terutamanya wanita? Apa2pun, jangan mudah mempercayai sesuatu... Ya, mungkin ianya menimbulkan keterujaan di dalam hati, tetapi beringatlah sebelum terkena sesuatu yang lebih parah...


P/S : Ber-hati2 di jalanraya... (^_____^)V