Tuesday, December 11, 2012

Oh!!! Pekerja perempuan ber-puak2?

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sudah lama saya perhatikan perkara ini... Perkara yang mungkin terjadi di kebanyakan pejabat, tidak kiralah sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta... Jika pekerja wanitanya ramai, pasti dan pasti akan adanya puak... Bukan puak orang asli mahupun puak 'Abang Besar'... Ini adalah puak yang lebih dikenali sebagai geng... Kau geng aku, dia geng Joyah... Juga boleh dikategorikan sebagai geng gosip... Jadi, apabila 'Kau Geng Aku' bergosip (bergosiplah sangat), selalunya mengenai 'Dia Geng Joyah'... Begitulah sebaliknya...

Selain itu, kewujudan puak atau geng ini juga kerana adanya keserasian bersama... Maksudnya, kalau siapa2 nak join 'Kau Geng Aku' haruslah seorang yang otak gila2... Kalau nak join 'Dia geng Joyah', haruslah bermulut tempayan...

Tetapi tidak semua tempat kerja yang pekerja wanitanya mengamalkan puak2 kerana di tempat saya bekerja sekarang, tiada pekerja wanita yang ber-puak2... Mungkin kerana bilangan pekerja yang sedikit, maka 'membataskan' kami untuk mewujudkan 'kumpulan' sendiri... Lagipun seronok bila tak ber-puak2 ni... Tak perlu nak selindung apa2, tak perlu nak rahsiakan apa2, tak perlu nak sakit hati dengan sesiapa... Tak adalah kita pun sakit hati atau terasa hati dengan sesiapa... Kerja dilakukan dalam keadaan fun tanpa ada persengketaan...

Apa2pun, amalkan budaya hidup yang sihat di dalam persekitaran kerja... Tak perlu nak berpuak atau bergeng sangat... Tak ada faedahnya pun... Dapat dosa lagi adalah...

Bersatu padu amalan yang mulia...


P/S : Bukan puak politik... (^_____^)V

2 comments:

SHAZRIZAL SHAHMY said... [Reply]

perempuan nih kalau berpuak-puak tak lain tak bukan BRERRRRRRRRRRGosip...

SiS NaD said... [Reply]

Hehe! Gosip dan wanita tidak dapat dipisahkan... Tapi tak semua perempuan macam tu... (^_____^)V