Wednesday, December 12, 2012

Oh!!! Lamaranku gagal...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Tanggal semalam (ayat macam tak kena), bersamaan 11 Disember 2012, saya dengan beraninya telah melamar seorang jejaka... Melamar untuk dijadikan kekasih halal saya... Saya tidak menghantar wakil, kerana saya sendiri yang telah melamar dia... Ya (!), saya sendiri yang melamar dia... Mungkin situasi wanita melamar lelaki adalah sesuatu yang kurang dapat diterima oleh masyarakat hari ini, tetapi tidak pada zaman Rasulullah SAW, di mana Baginda dipinang oleh Saidatina Khadijah...

Sebenarnya, sebelum saya melamar dia, saya banyak berfikir sama ada tindakan saya betul atau tidak... Terlalu banyak yang fikir... Sampaikan ada ketikanya saya berdoa semoga dia sudah berkahwin... Hati saya tidak tetap sebenarnya... Saya terlalu memikirkan agamanya... Ya (!), agamanya... Itu membuatkan saya jadi tak yakin dengannya... Dan lagi satu, saya terfikirkan kata2 rakan2 dan adik saya yang menyatakan dia bukanlah seorang yang sesuai untuk dijadikan suami!

Tetapi bila memikirkan sudut positif mengenai dirinya, lantaran dia pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya pada suatu ketika dahulu, saya jadi yakin untuk melamar dia, walaupun ada ketikanya perkara2 'negatif' mengenai dia menerjah di fikiran... Postifnya adalah dia telah mempunyai pekerjaan tetap, dan ada ciri2 idaman (dari segi fizikal) yang saya idamkan... Dan keluarganya merupakan dari keluarga yang hebat agamanya (cuma dia kurang dari segi itu)...

Dan semalam, saya tetap dengan keputusan untuk melamar dia... Dan jawapan yang saya terima, dia telah berkahwin... Ironinya, tiada secalit perasaan sedih mahupun frust dengan jawapan dia... Hati ini sangat2 tenang dengan jawapan yang diterima... Apa2pun, saya hanya dapat mendoakan kebahagiaan dia...




P/S : Cuba menjadi seperti Saidatina Khadijah... (^____^)V

5 comments:

محمد رازيق said... [Reply]

tak apa. banyak lagi kumbang menanti pasni. hehe

As Yusra said... [Reply]

asalam kak nad....

ehem...siape lah tu...hehe ;)

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Ayie Abas ---> Haha! Saya dah terlalu nekad, itu yang datang keberanian di dalam diri... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Raziq ---> Ya3! Anda betul... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik As Yusra ---> W'salam... Haha! You already know... :p