Monday, December 24, 2012

Oh!!! Kesejukan yang melampau!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ya Allah... Malasnya nak bangun pagi hari ini... Dengan erti kata lain, malas nak pergi kerja... Yalah, esok kan cuti... Uhhh! Memikirkan banyak lagi kerja yang belum diselesaikan di pejabat, nak tak nak kenalah kuatkan jiwa dan gagahkan diri untuk bangun jam 5:40 pagi, seperti yang telah disetkan pada alarm... Confirm ramai yang cuti hari ini... Sepanjang jalan menuju ke offiice pun tak banyak kereta...

Sampai sahaja di office, masih lagi terasa panas lantaran aircond bangunan belum dihidupkan... Bila aircond dihidupkan, ambil kau (!), menggiggil kesejukan... Nak buat kerja taip menaip pun jadi ter-ketar... Ketidak ramaian pekerja di dalam office ini menambahkan lagi kesejukan... Elok2 ada 5 orang di bahagian saya, tinggal dua sahaja (3 orang sedang seronok bercuti)... Tapi yang seorang tu sekejap2 hilang, sekejap2 hilang... Hehe! So, boleh dikatakan saya hanya berseorangan di sini...

Disebabkan tak tahan dek kesejukan yang melampau, saya pun sekejap2 hilang, sekejap2 hilang... Bukan hilang ke mana pun... Ke bilik air jua kaki menuju... Sebab apa? Sebab nak memanaskan badan di bawah hand-dryer yang terdapat di dalam bilik air... Haha! Duduk bawah hand-dryer lama2 macam duduk di depan unggun api... Sambil gosok2 tapak tangan... Perghhh! Memang sedaplah bila dapat panaskan badan...

"Marang kerapu kepunden marang skeper..."

Setiap setengah jam sekali, terus menuju ke bilik air... Sebelum ni ada bawa sweater... Tapi disebabkan bulan ni asyik ada orang datang nak audit untuk 5S dan ISO, maka terpaksalah membawa pulang sweater pemanas diri... Kerana 5S, saya sanggup berkesejukan sampai naik biru kuku2 jari tangan saya... Haha! Saya memang suka 5S 5S ni... Yalah, meja nampak bersih je sebab semua segala benda di atas meja kena angkut bawa balik rumah... Hahahahahaha!!! (Ketawa gembira yang amat sangat ni!) Bila dah habis audit 5S dan ISO, habis lupa nak bawa semula barang2 penyemak meja kembali ke office...

Eh, dah masuk tajuk lain pula... Oklah... Tangan meng-gigil2 taip ini entri... Sekian...


P/S : Nak pasang pemanas di meja... Ngeh3! (^_____^)V

4 comments:

Unknown said... [Reply]

tu laa kn sis nad..kat opis selalu aircond nya melampau sejuk...x boleh di control ke level hawa sejuk nya?

As Yusra said... [Reply]

amboi-amboii...hehe ;p

suite A lagi sejuk dari suite B tau.! >_<'

emarieys said... [Reply]

tak menahan tgk gambar tu...

محمد رازيق said... [Reply]

hehe. sejuk benr cik nad. ni kena pakai sweater tebal2. hehe. btw selamat tahun baru 2013 ;)