Tuesday, December 11, 2012

Oh!!! Amir Aiman sudah 'besar'...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Semalam menjadi detik penting di dalam hidup Amir & Aiman kerana semalam secara kurang rasminya mereka menginjak ke alam 'dewasa'... Apa??? Budak umur 8 dan 10 tahun sudah dewasa??? Haha! Bukan2... Semalam ke-dua2 adik saya itu telah berjaya disunatkan dengan kerelaan mereka...

Actually, a few weeks ago, Aiman asyik menyatakan hasratnya untuk bersunat pada Emak... Ini lantaran daripada gambar di suratkhabar dan berita2 di televisyen mengenai budak2 berkhatan, yang telah saya sogokkan kepada dia... Sebenarnya agak terkejut dan kagum juga dengan Aiman sebab tiada riak2 takut diwajahnya tatkala menyatakan hasratnya...

Dan sebagai ganjaran, saya telah belanja kedua beradik itu membeli Komik-M... Berhabis RM60 jugalah... Tapi tak apa, yang penting mereka gembira...

And now, nah (!), bersunatlah kamu dua beradik di dalam aman dan tenang... Hehe!

Balik dari kerja semalam, masuk ruang tamu, saya lihat dua beradik itu duduk menonton televisyen dengan berkain pelikat... Wah! Lagak macam orang dewasa... Berkain pelikat gitu! Tiba2 datang mood nak nyanyi lagu Anuar Zain dan Ellina...

'Kain pelikat... La la la la..."


Bila saya tanya sakit atau tidak kena sunat, mereka dengan muka dan riak wajah yang ceria menjawab, "Tak!"... Kembang kuncup hidung masing2 dengan tahap kebanggaan yang melampau... Tapi, tiba waktu malam, mulalah buat hal... Tak mahu makanlah, merengek sakitlah, lemah2 badanlah... Mungkin kerana ubat yang dibius telah hilang kesannya... Serius saya kasihan melihat keadaan mereka... Kalaulah sakit itu boleh dipindah kepada saya, memang saya sudah ambil... Rasa tak sanggup lihat mereka di dalam keadaan menahan sakit... 5 hari tu tak lama... Lepas ni akak belanja beli Komik-M lagi ya...

Tabah dan sabarlah wahai adik2 akak... Nak jadi 'dewasa' memang memerlukan 'pengorbanan'... Tak ada jalan mudah untuk menjadi 'dewasa'... Moga adik2 akak membesar menjadi anak yang soleh dan boleh menjadi kebanggan Emak dan Abah...


P/S : Akak sayang Amir & Aiman... (^_____^)V