Thursday, November 8, 2012

Oh!!! Potret indah bersamamu...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Yeay2! Hari ini my parents dan adik2 yang lain balik rumah... Tak sabar nak jumpa mereka balik kerja nanti... Lagi2 dengan dua orang adik lelaki yang bongsu... Nak peluk2 macam selalu, nak gigit2 bahu mereka macam selalu, nak tarik2 mereka duduk atas riba saya macam selalu, nak main gaduh2 atas katil dalam bilik Emak macam selalu dan macam2 nak lagilah... Hehe!

Potret saya, hasil karya saya... (^_____^)V


Korang pernah tengok tak rancangan 'Bersamamu' yang pernah disiarkan di TV3 tu? Saya pun tak ingat sudah masuk musim keberapa dah rancangan itu... Oh, saya memang pengikut tegar rancangan tersebut sejak dari awal ia bersiaran sehingga episod akhir musim yang latest... Dulu masa study di sebuah IPTA di Kedah, pernah saya dan rakan2 kuliah merancang untuk membuat projek bersama dengan 'Bersamamu'... Excited sangat2 masa itu... Excited sebab tak sabar nak tunggu depan televisyen sebab nak tengok muka masuk tv... Haha! Tapi tak menjadi... Rancangan itu ditukar kepada projek yang lain...



Berbalik kepada rancangan 'Bersamamu', setiap kali saya menonton rancangan tersebut, hati saya pasti akan terdetik, apakah yang akan berlaku pada keluarga2 yang dibantu pada masa akan datang... Dan nah (!), sekarang saya memperoleh jawapannya melalui rancangan 'Potret Bersamamu'...

'Potret Bersamamu' memaparkan kejayaan2 yang dikecapi oleh keluarga2 'Bersamamu' yang pernah dibantu suatu ketika dahulu... Apabila menonton episod pertama 'Potret Bersamamu', saya berasa bangga dengan anak2 'Bersamamu' kerana kejayaan2 yang mereka perolehi... Salah seorang bakal menjadi seorang doktor... Terasa betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh krew2 'Bersamamu' di dalam usaha menaiktarafkan kehidupan keluarga2 'Bersamamu' menjadi yang lebih baik...

'Potret Bersamamu' boleh ditonton pada setiap hari Rabu, jam 9:20 malam...


P/S : Sentiasa Bersama Blog... (^_____^)V