Wednesday, November 28, 2012

Oh!!! Malaysia dan nazarku...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hati saya sangat ber-bunga2 dan suara saya semakin hilang... Semuanya gara2 perlawanan bolasepak di antara pasukan Malaysia dan Laos sebentar tadi, demi merebut piala AFF Suzuki 2012... Alhamdulillah, Malaysia berjaya mengumpul 4 gol berbanding Laos yang hanya memperoleh 1 gol...



Gol pertama Malaysia oleh Safiq Rahim pada minit ke-15, diikuti oleh Safee Sali pada minit ke-66,  Khyril Muhaymeen pada minit ke-75 dan Wan Zack Haikal pada minit ke-79...

Pada babak pertama, Laos telah menyerikan kedudukan 1 sama dan saat itu saya berasa agak kecewa... Kecewa yang amat sangat apabila memikirkan dan mengenangkan bahawa Malaysia sebenarnya terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol... Terlepas 9 peluang! Bayangkan...

Dan ketika itu saya telah bernazar sesuatu... Bernazar untuk setiap gol yang dijaringkan oleh Malaysia... Dan doa yang tidak ptutus2 juga dipanjatkan demi untuk melihat kemenangan Malaysia... Alhamdulillah, nazar dan doa saya didengari Allah SWT... Mungkin ada yang menganggap bernazar satu tindakan kurang bijak, tapi itu sudah nawaitu saya...

Apa2pun, kita nantikan perlawanan seterusnya yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, bersamaan dengan 1 Disember, di mana Malaysia akan menentang Indonesia... Mungkinkah ada nazar lagii dari saya? Wallahu'alam... Moga2 Malaysia menang lagi... InsyaAllah! Amin!


P/S : 'Nazraku' adalah lagu dari kumpulan Spider... (^_____^)V

No comments: