Friday, October 19, 2012

Oh!!! Jawapan apabila orang kirim salam...


Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pernah tak seseorang datang dekat dengan anda, tak kiralah anda kenal atau pun tidak, dan dia beritahu ada seseorang kirim salam... Pernah tak? Saya confirm mesti pernah... Dan adakah anda jawab salam yang disampaikan itu? Atau anda hanya biarkannya tanpa sebarang jawapan?

Bagi yang tak jawab tu, maka berdosalah baginya kerana menjawab salam itu hukumnya adalah wajib... Dan bagi mereka yang menjawab salam itu, adapun pahalalah baginya... Tetapi adakah jawapan salam anda itu betul? Mesti pelikkan dengan soalan tu?



Ok, di sini ingin saya kongsikan apa yang saya peroehi melalui laman Muka Buku... Tentang jawapan salam yang sepatutnya kita jawab apabila ada seseorang berkirim salam pada kita...

97% muslim yang saya jumpa bila diberitahu :
"Wei, Kamarul... Ina kirim salam..."

Maka akan dijawab oleh Kamarul : 
"Iya ke? Wa'alaikumsalam"

Ok, nampak macam tak ada masalah bukan? Tapi sebenarnya ada masalahnya... Jelas di dalam hadis Nabi SAW, baginda mengajar apabila salam itu disampaikan melalui orang tengah, maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam itu bukannya 'wa'alaikumsalam' tetapi 'WA'ALAIKI WA'ALAIHASSALAM'...

Sebab apa?

Ina suruh Aida kirimkan salamnya pada Kamarul dan Kamarul menjawab "Wa'alaikumsalam", sedangkan maksud 'wa'alaikumsalam' adalah salam sejahtera ke atas KAMU... 'Kamu' di sini adalah Aida dan bukannya Ina... Jadi salam Ina itu tidak berjawab kerana Kamarul mendoakan salam itu kepada Aida... Padahal Aida adalah orang tengah...

Jawapan yang sepatutnya adalah 'Wa'alaiki wa'alaihassalam' yang bermaksud dan salam sejahtera ke atas Kamu dan juga kepada DIA... Maka salamnya telah terjawab...

Tetapi, di dalam hal ini, jawapan salam yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan si pengirim dan penyampai salam tersebut... Contohnya, jika ianya seperti situasi di atas, maka jawapan salam yang sepatutnya dijawab oleh Kamarul adalah "Wa'alaki wa'alaihassalam..." di mana pengirim dan penyampai salam adalah perempuan...

Ka = Awak bagi lelaki (penyampai salam)
Ki = Awak bagi perempuan (penyampai salam)
Hi = Dia lelaki (pemberi salam)
Ha = Dia perempuan (pemberi salam)

Adapun, ini semua sebagai perkongsian dari saya... Moga kita dapat mengamalkannya ber-sama2...


P/S : Sudah lama tidak menerima kiriman salam dari orang lain... (^_____^)V

6 comments:

Jos Revalution said... [Reply]

hi sis..lama x berbalas komen kan..huhuhu..terjenak seketika lepas baca entry ni sbb selama ini bila ada orang kirim salam sy balas wa'alaikumsalam je..rupanya jawaban tu salah.. :(.. xpe lepas ni sy akan jwb dgn betul..hehe..tanks atas perkongsian ni..

SiS NaD said... [Reply]

Hai Joe... Dah lama kita tak bertegur sapa... Baru malam tadi Sis baca entri2 Joe... Blog Joe dah semakin maju... Tahniah! :)

Apa2pun thanks sebab masih sudi menjengah ke blog Sis... U're most welcome... Jangan lupa amalkan... (^_____^)V

Anonymous said... [Reply]

salam, bru terjumpa blog nih
alamdulillah pengisian blog yg bagus, blh x sy nk tau dr hadis mne ya? teringin nk berkongsi dengan kawan tp bukankah lebih baik diisikan bersama hadis yng sahih, insyaallah kita sama-sama saling bantu membantu menyebarkan ilmu dan pengetahuan kepada org lain :)

SiS NaD said... [Reply]

Salam kembali...

Maafkan saya kerana tidak dapat memberikan hadis yang sahih mengenai perkara ini... Ini pun saya ambil 'copy & paste' dari post yang kawan letakkan di FB... Maaf sekali lagi... Ini adalah kesilapan saya kerana tida mencari hadis2 yang berkaitan untuk dijadikan rujukan... Tapi apa yang baik itu kita jadikan amalan... Lagi sekali saya minta maaf...

Awang Kilat said... [Reply]

Terima kasih. Mohon izin untuk dikongsikan kepada yang lain.

Abdul Rahim b. Abdul Hamid said... [Reply]

boleh saya tahu hadith nya?