Friday, October 19, 2012
Oh!!! Jawapan apabila orang kirim salam...
Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Pernah tak seseorang datang dekat dengan anda, tak kiralah anda kenal atau pun tidak, dan dia beritahu ada seseorang kirim salam... Pernah tak? Saya confirm mesti pernah... Dan adakah anda jawab salam yang disampaikan itu? Atau anda hanya biarkannya tanpa sebarang jawapan?
Bagi yang tak jawab tu, maka berdosalah baginya kerana menjawab salam itu hukumnya adalah wajib... Dan bagi mereka yang menjawab salam itu, adapun pahalalah baginya... Tetapi adakah jawapan salam anda itu betul? Mesti pelikkan dengan soalan tu?
Ok, di sini ingin saya kongsikan apa yang saya peroehi melalui laman Muka Buku... Tentang jawapan salam yang sepatutnya kita jawab apabila ada seseorang berkirim salam pada kita...
97% muslim yang saya jumpa bila diberitahu :
"Wei, Kamarul... Ina kirim salam..."
Maka akan dijawab oleh Kamarul :
"Iya ke? Wa'alaikumsalam"
Ok, nampak macam tak ada masalah bukan? Tapi sebenarnya ada masalahnya... Jelas di dalam hadis Nabi SAW, baginda mengajar apabila salam itu disampaikan melalui orang tengah, maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam itu bukannya 'wa'alaikumsalam' tetapi 'WA'ALAIKI WA'ALAIHASSALAM'...
Sebab apa?
Ina suruh Aida kirimkan salamnya pada Kamarul dan Kamarul menjawab "Wa'alaikumsalam", sedangkan maksud 'wa'alaikumsalam' adalah salam sejahtera ke atas KAMU... 'Kamu' di sini adalah Aida dan bukannya Ina... Jadi salam Ina itu tidak berjawab kerana Kamarul mendoakan salam itu kepada Aida... Padahal Aida adalah orang tengah...
Jawapan yang sepatutnya adalah 'Wa'alaiki wa'alaihassalam' yang bermaksud dan salam sejahtera ke atas Kamu dan juga kepada DIA... Maka salamnya telah terjawab...
Tetapi, di dalam hal ini, jawapan salam yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan si pengirim dan penyampai salam tersebut... Contohnya, jika ianya seperti situasi di atas, maka jawapan salam yang sepatutnya dijawab oleh Kamarul adalah "Wa'alaki wa'alaihassalam..." di mana pengirim dan penyampai salam adalah perempuan...
Ka = Awak bagi lelaki (penyampai salam)
Ki = Awak bagi perempuan (penyampai salam)
Hi = Dia lelaki (pemberi salam)
Ha = Dia perempuan (pemberi salam)
Adapun, ini semua sebagai perkongsian dari saya... Moga kita dapat mengamalkannya ber-sama2...
P/S : Sudah lama tidak menerima kiriman salam dari orang lain... (^_____^)V
Sunday, October 14, 2012
Oh!!! Berharga dan manis...
Assalamualaikum semua! (^____^)V
Tanggal hari kelmarin - 12 Oktober 2012 (ayat yang sangat tidak betul), pejabat saya, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor, ICU JPM telah menjadi ursetia bagi satu majlis yang sangat besar... Very3 big event! Dan hampir kesemua pegawai terlibat di dalam menguruskan majlis tersebut... Majlis yang dipanggil 'Sesi Dialog Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam' a.k.a SKMTPA itu dihadiri oleh VVVVVVIP yang sangat terhormat...
VVIP yang hadir adalah YABhg Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi (Pengerusi SKMTPA) - bekas Ketua Hakim Negara ke-12 (2008), YBhg Tan Sri Ismail Adam (Timbalan Pengerusi SKMTPA) - bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (2005-2010), YBhg Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom - bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (2007), YBhg Tan Sri Dato' Dr Hadenan bin A. Jalil - bekas Ketua Audit Negara (2000-2006), YBhg Tan Sri Hussin bin Ismail - bekas Timbalan Ketua Polis Negara (2010), YBhg Mejar Jeneral Dato' Paduka Che Hasni bin Che Ahmad - bekas Panglima Latihan Tentera Darat dan YBhg Dato' Omar bin Osman - Presiden CUEPACS...
Majlis tersebut merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya apabila saya diamanahkan untuk menjadi lift stewardess di mana saya antara orang pertama yang akan berjumpa dengan VVIP tersebut... (Lif ada dua... Saya menjaga salah satu lif...) Perasaan gementar dan gugup becampur baur tatkala menantikan kemunculan VVIP di muka pintu lif di mana sesi dialog akan berlangsung...
Sepanjang sesi dialog berlangsung selama 2 jam, saya dan beberapa teman sepejabat hanya duduk di luar dewan dan saya sentiasa melihat ke arah jam tangan kerana selepas sesi dialog berakhir, para VVIP akan menjamu selera dan kemudian tugas saya akan bermula sekali lagi... Tugas membawa turun para VVIP semua...
Pengalaman yang sangat manis apabila saya menjadi lift stewardees yang membawa turun para VVIP semua (lif ada dua)... Sangat ber-debar2 apabila membawa turun para VVIP menggunakan lif yang saya jaga... Dan sangat gugup apabila berada satu lif dengan mereka... Semasa mereka keluar dari lif, yang terpacul dari mulut saya hanyalah "Terima kasih, Tuan"... Semasa dalam lif lagi saya ber-kira2 untuk memanggil mereka Tan Sri atau Tuan... Tapi seperti apa yang penyelia saya beritahu, panggil sahaja 'Tuan'... Sambil keluar dari lif, mereka menganggukkan kepala dan senyum ke arah saya... Oh, manisnya (kenangan itu)!
P/S : Bukan 'Memori Daun Pisang...' (^_____^)V