Macam mana dengan puasa anda setakat ini? Ada ponteng2 tak? Jangan, jangan dan jangan sesekali ponteng puasa tanpa sebarang 'keuzuran'... Allah marah... Macam mana pula dengan terawih anda? Ada tertinggal tak? Rugi kalau ada tertinggal sebab setahun sekali je... Esok lusa entahkan masih bernyawa lagi atau tidak... Jadi rebutlah peluang yang ada selagi hayat dikandung badan...
Oklah... Kali ini saya nak ketengahkan isu kemudahan di masjid / surau bagi mereka yang kurang berkemampuan dari segi tahap kesihatan apabila hendak melakukan solat jemaah sama ada yang wajib mahupun yang sunat... Bukan kemudahan buang air atau kemudahan untuk berwuduk, tetapi kemudahan bagi mereka yang tidak dapat melakukan solat secara berdiri... Apa yang saya maksudkan adalah kemudahan KERUSI... Ya, KERUSI...
Jarang sekali kita melihat adanya kerusi di masjid / surau yang terdapat di Malaysia... Hanya sesetengah masjid / surau sahaja yang menyediakan kemudahan tersebut... Nampak macam perkara biasa dan terpencil, tetapi inilah yang patut dititikberatkan oleh masjid2 / surau2 di Malaysia... Selalunya perkara2 yang mudah dan terpencil seperti ini yang selalu dipandang ringan oleh masyarakat di Malaysia...
Ketiadaan kemudahan ini di masjid / surau di Malaysia se-akan2 membataskan hak mereka yang tidak berkeupayaan ini untuk melakukan solat secara jemaah di masjid / surau... Se-olah2 kita telah menyekat keinginan mereka yang turut ingin merasai keindahan solat secara berjemaah...
Harap2 selepas ini masjid / surau yang ada di Malaysia dapat menyediakan beberapa buah kerusi di bahagian solat Lelaki dan Wanita untuk kemudahan jemaah2 yang tidak berkemampuan untuk melakukan solat secara berdiri, sama ada kerana kecederaan mahupun kelainan upaya Moga2 masjid / surau di Malaysia mampu menjadi tempat beribadah yang unggul dan dikagumi...
P/S : Ayuh solat berjemaah! (^_____^)V
2 comments:
bukan dipandang ringan rasanya dik.. tapi langsung orang tak perasan.. mungkin sebab ajk masjid/surau bukan terdiri dari OKU agaknya..
tapi selipar pun boleh hilang..agaknya kerusi boleh hilang jugak tak ek?
Hehe! Mungkin juga, kak... Harap2 lepas ni ada yang ambil berat...
Pasal hilang2, susah nak cakap... Tapi masing2 pun tahu apa hukum mengambil yang bukan hak... (^_____^)V
Post a Comment