Tuesday, July 24, 2012

Oh!!! Kerusi amat diperlukan di Masjid/Surau...

Assalamualaikum semua!~ (^____^)V

Macam mana dengan puasa anda setakat ini? Ada ponteng2 tak? Jangan, jangan dan jangan sesekali ponteng puasa tanpa sebarang 'keuzuran'... Allah marah... Macam mana pula dengan terawih anda? Ada tertinggal tak? Rugi kalau ada tertinggal sebab setahun sekali je... Esok lusa entahkan masih bernyawa lagi atau tidak... Jadi rebutlah peluang yang ada selagi hayat dikandung badan...

Oklah... Kali ini saya nak ketengahkan isu kemudahan di masjid / surau bagi mereka yang kurang berkemampuan dari segi tahap kesihatan apabila hendak melakukan solat jemaah sama ada yang wajib mahupun yang sunat... Bukan kemudahan buang air atau kemudahan untuk berwuduk, tetapi kemudahan bagi mereka yang tidak dapat melakukan solat secara berdiri... Apa yang saya maksudkan adalah kemudahan KERUSI... Ya, KERUSI...



Jarang sekali kita melihat adanya kerusi di masjid / surau yang terdapat di Malaysia... Hanya sesetengah masjid / surau sahaja yang menyediakan kemudahan tersebut... Nampak macam perkara biasa dan terpencil, tetapi inilah yang patut dititikberatkan oleh masjid2 / surau2 di Malaysia... Selalunya perkara2 yang mudah dan terpencil seperti ini yang selalu dipandang ringan oleh masyarakat di Malaysia...

Ketiadaan kemudahan ini di masjid / surau di Malaysia se-akan2 membataskan hak mereka yang tidak berkeupayaan ini untuk melakukan solat secara jemaah di masjid / surau... Se-olah2 kita telah menyekat keinginan mereka yang turut ingin merasai keindahan solat secara berjemaah...

Harap2 selepas ini masjid / surau yang ada di Malaysia dapat menyediakan beberapa buah kerusi di bahagian solat Lelaki dan Wanita untuk kemudahan jemaah2 yang tidak berkemampuan untuk melakukan solat secara berdiri, sama ada kerana kecederaan mahupun kelainan upaya Moga2 masjid / surau di Malaysia mampu menjadi tempat beribadah yang unggul dan dikagumi...

P/S : Ayuh solat berjemaah! (^_____^)V

Wednesday, July 18, 2012

Oh!!! Perlu cetak surat tawaran sendiri?

Assalamualaikum semua!~ (^____^)V

"Zaman dah berubah, dunia dah maju"... Ingat lagi tak dengan ayat tersebut yang pernah dikatakan seseorang di dalam sebuah iklan? Apa yang saya cuba ketengahkan di sini bukannya mengenai pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia, tetapi sesuatu yang berkaitan dengan bakal penuntut institut pengajian tinggi...

Kalau dahulu, kita hanya perlu menunggu surat tawaran sampai ke pintu rumah, tetapi sekarang ini bakal penuntut harus mencetak sendiri surat tawaran melanjutkan pelajaran yang boleh didapati dengan melayari internet... Persoalannya di sini, adakah semua bakal penuntut mempunyai kemudahan komputer peribadi, internet dan pencetak?


Cetak, cetak dan cetak lagi...


Tidak semua bakal penuntut dari golongan yang berkemampuan... Ya, memang kemudahan itu ada disediakan di kedai2 seperti cyber cafe, tapi tidak terfikirkah kemungkinan lokasi terletak jauh dari rumah bakal penuntut tang tidak berkemampuan? Jikalau dekat pun, tidak terfikirkah kemungkinan wang digunakan untuk mencetak setiap helai surat2 tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting?

Baiklah, baiklah... Memang betul kata pepatah Melayu, 'hendak seribu daya, tak nak seribu dalih', tetapi kalau bakal penuntut memang benar2 'tidak berdaya' bagaimana?

Kenapa saya ketengahkan isu ini, ini kerana selama ini saya menjadi pemerhati di sebalik 'kesusahan' mereka dan ada segelintirnya yang datang 'mengadu' kepada saya... Saya hanya boleh menjadi pendengar yang baik, dan bukan penyelesai yang baik kepada masalah mereka... Apa yang saya mampu tolong, saya tolong...

Tapi saya tidak salahkan pihak tersebut 100% kerana mungkin mereka lakukan sistem baru ini dengan sebab2 tertentu seperti supaya surat2 tawaran tersebut tidak 'hilang' ketika proses penghantaran dan tidak sampai kepada bakal penuntut... Kasihan pula kepada mereka yang layak tetapi masih tidak menerima surat tawaran tersebut...

Apa2pun, tahniah kepada mereka yang bakal bergelar pelajar IPT... 'See U Di IPT' bak kata UNIC... (^_____^)V

P/S : Tidak semua yang ada di muka Bumi ini dilahirkan dengan kemewahan...

Wednesday, July 4, 2012

Oh!!! Ku mohon pada-Mu...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini saya rasa macam serba tidak kena... Asyik nak marah2... Asyik memikirkan yang bukan2... Tapi saya segera tersedar bahawa setiap perkara negatif yang berlaku dan difikirkan tidak akan selesai dengan hati yang tidak tenang, jiwa yang tidak tenteram...

Lantas ingatan segera mengingati Allah, tuhan yang empunya sekalian alam...



"Ya Allah, Ya Tuhanku... Sempena malam Nisfu Sya'aban yang kau temukan sekali lagi dengan diriku, dengan nyawa yang telah Kau berikan padaku, ku mohon padaMu, agar ditetapkan keimananku terhadapMu tanpa ragu2... Ampunkan segala dosa yang telah kulakukan kerana aku hanyalah insan yang sering lupa dan alpa dengan nikmat dunia...

Ya Allah, Ya Tuhanku... Ku mohon Padamu, agar dipermudahkan perjalanan hidupku dari segala segi dan aspek... Kuatkanlah diriku di dalam menghadapi segala cabaran dan dugaanMu kerana sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah dan kerdil di sisiMu...

Ya Allah, Ya Tuhanku... Tanamkanlah segala sifat mahmudah ke dalam diriku dan buangkanlah segala sifat mazmumah dari hatiku...

Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon, meminta dan mengadu... Perkenankalnah doa hambaMu ini... Amin Ya Rabbal 'Alamin..."