Oh, rindunya hendak menulis blog! Rindu sangat2 setelah 2 minggu menyepikan diri dari ber'blogging'... Entah kenapa rindu sangat2 hendak ber'blogging' padahal sebelum ini pernah sahaja meninggalkan blog ber-bulan2 sampai naik bersawang... Huhu!
Sepanjang minggu ini saya mengalami kesibukan yang melampau... Sibuk berjalan ke sana ke mari... Penat sangat2 walaupun ianya tidak memerlukan saya untuk berjalan kaki kerana ada pemandu yang tolong bawa saya ke destinasi yang ingin dituju...
1 JUN 2012 (JUMAAT)
Saya dan beberapa rakan sepejabat telah diminta untuk ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan bagi menyertai beberapa pertandingan sukan bagi persiapan untuk sukan peringkat akhir yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada hujung bulan ini... Kami ke Negeri Sembilan untuk berlawan bagi peringkat zon Selatan sebelum wakil yang menang akan bertanding di peringkat akhir...
2 JUN 2012 (SABTU)
Semua sukan yang dipertandingkan berlangsung... Saya menyertai pertandingan karom beregu campuran (beregu campuran??? Haha!). Ok, saya dan pasangan saya kalah kepada Negeri Smbilan... Tidak mengapa kerana kami sengaja bagi laluan kepada Negeri Sembilan untuk bertanding di peringkat akhir... Johor akan mewakili zon Selatan dalam pertandingan badmintan beregu wanita, ping pong beregu lelaki, ping pong beregu wanita, ping pong campuran, ping pong perseorangan lelaki (Johor bolot semua perlawanan ping pong) dan dart perseorang wanita... Malamnya pula ada dinner, siap dengan karaoke...
Tinggal sisa sahaja untuk tontonan umum... (^_____^)V
3 JUN 2012 (AHAD)
Hari terakhir di USIM... Pemenang perlawanan futsal (Negeri Sembilan) mengadakan perlawanan persahabatan dengan USIM... Semua wakil kontinjen Johor, Negeri Sembilan dan Melaka pulang ke kediaman masing2, kecuali SAYA! Ya, saya masih lagi di USIM menemani adik saya (Farah) yang belajar di situ... Konon2nya kami merancang untuk pulang ke kampung ber-sama2 pada keesokannya... Petangnya saya dan adik telah pergi menonton wayang di Alamanda, Putrajaya ber-sama2 dengan seorang rakan adik saya... Rakankah? 'Aku Ada, Kau Ada???' Hehe! Di Alamanda, duit saya agak mengalami kebocoran yang amat dahsyat kerana dengan murah hati telah membelanja mereka menonton wayang dan makan2.. Huhu!
4 JUN 2012 (ISNIN)
Nampaknya hanya saya seorang yang pulang ke kampung di Melaka kerana adik saya tidak mahu turut serta... Takut penat katanya kerana hari Rabu dia ada study group dengan rakan2 sekuliahnya untuk peperiksaan akhir semester... Adik saya dengan rela dan dalam keterpaksaan menghantar saya ke Terminal One, Seremban kerana saya bukannya tahu selok belok Negeri Sembilan... Mula2 naik bas yang menggunakan angin semulajadi untuk ke stesen KTM... Selepas itu naik KTM untuk ke Terminal One... Sampai di perhentian KTM Seremban, saya dengan me-ngada2nya mengajak adik menaiki teksi untuk ke perhentian bas Terminal One yang jaraknya lebih kurang 1km dengan alasan saya malas untuk berjalan di dalam cuaca panas terik... Semasa di dalam KTM, kawan saya, Cik Syahirah telah menghantar SMS sebab ingin berjumpa... Saya menyatakan persetujuan... Dari Terminal One, saya ambil tiket bas ke Melaka Sentral... Malam tersebut, saya tidur di rumah Cik Syahirah di Alor Gajah setelah menemani dia membeli sedikit barang untuk majlis pertunangannya semalam...
5 JUN 2012 (SELASA)
Cik Syahirah menghantar saya pulang ke rumah Nenek... Sebelum itu, kami singgah di pasaraya di Masjid Tanah untuk membeli beberapa barang untuk majlis pertunangan Cik Syahirah... Sebenarnya, pada hari Selasa itu juga, Nenek mengadakan kenduri tahlil arwah Atok yang meninggal pada 2008... Malangnya, saya tidak sempat menghadirinya kerana ia diadakan pada jam 11 pagi... Jam 2 petang baru sampai di rumah Nenek... Saya dan Cik Syahirah makan2 sekejap, kemudian saya hantar Cik Syahirah pulang... Ke keretanya... Hehe! (P/S : Ada rakan2 yang ingatkan saya yang akan bertunang... Tunggu ceritanya di entri akan datang)...
Tidak perlu menyewa pinggan mangkuk orang lain... Nenek punya pinggan mangkuk sahaja boleh menampung 100 orang makan... (^_____^)V
6 JUN 2012 (RABU)
Saya dan keluarga saya (Abah, Emak, Amir, Aiman) telah bertolak ke Kuala Lumpur dari Melaka untuk melawat adik saya (Wani) yang sedang menjalani latihan industri di Danau Kota... Nasib baik ada Pakcik Amran yang sudi menunjukkan jalan... Sampai di tempat Wani, kami makan2 dahulu... Sementara menunggu Wani habis bekerja, saya dan keluarga telah ber-jalan2 di Festival City... Oh, duit saya mengalir lagi... Huhu! Kemudian saya telah membelanja keluarga saya makan Tutti Frutti (Tutt Turutt Turutt)... Malam tersebut, saya dan keluarga saya tidur di rumah sewa Wani... Tuan rumahnya baik sangat2...
Abah bayar... Hehe! (^_____^)V
7 JUN 2012 (KHAMIS)
Seawal jam 8:30 pagi, saya dan keluarga telah check-out dari rumah sewa Wani dan menghantar dia ke tempat dia praktikal... Selepas bersarapan bersama, saya dan keluarga bertolak ke Bangi, Selangor untuk melawat sepupu saya... Selepas sarapan untuk kali kedua di rumahnya, kami bertolak ke USIM, Nilai untuk 'melawat' Farah... Melawatlah sangat... Pergi Tesco, pusing2 Giant, hendak dekat tiga jam kami di sana... Saya sudah mulai risau kerana saya perlu pulang ke Johor pada hari itu juga... Hari Jumaat saya kerja... Huhu! Dalam jam 4:30 petang, Abah, Emak, Amir dan Aiman hantar saya ke Terminal One, Seremban... Sampai sesat2... Huhu! Dapat tiket bas jam 5:30 petang, tapi bas bertolak jam 6 petang... 9 malam, saya sampai di rumah... 3 jam perjalanan! Haha!
Kucing sepupu saya yang sangat unik! Nama dia Snowy... (^_____^)V
P/S : Bulan ini bulan yang sibuk! (^_____^)V
Salam perkenalan juga... Thanks sebab follow blog saya... InsyaAllah, kalau ada kelapangan, saya lawat blog anda... (^_____^)V
ReplyDelete