Wednesday, May 16, 2012

Oh!!! 'Selamat Hari Guru'!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Tanggal 16 Mei setiap tahun, memang hari yang di-tunggu2 oleh semua warga pendidik di seluruh dunia kerana pada hari tersebut mereka dirai dengan gilang gemilang lagi terbilang oleh murid2 yang 'cemerlang'... Ya (!), murid2 'cemerlang' yang tahu menghargai jasa2 mereka sebagai pendidik anak bangsa...

Sesungguhnya tugas sebagai pendidik memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi demi melayan kerenah anak2 murid yang pelbagai... Ada yang sejuk mata memandang, ada yang rasa macam hendak kena lempang...

Dikesempatan ini, saya dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru2 yang pernah mendidik saya tanpa mengenal erti jemu... Daripada saya di tadika sehingga saya ke universiti, banyak ilmu yang saya dapat (walaupun ada sebahagiannya telah hilang dari memori saya) hasil daripada didikan semua tenaga pengajar yang mengajar saya...

'SELAMAT HARI GURU' buat guru2 di :

  • Pasti ABIM Al-Ummah, Johor Bahru
  • Sekolah Rendah Perempuan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1), Johor Bahru
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA, Johor Bahru
  • Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor Bahru
  • Kolej Matrikulasi Melaka, Melaka
  • Universiti Utara Malaysia, Kedah
  • Sekolah Agama Taman Cempaka, Johor Bahru
  • Sekolah Agama Bandar, Johor Bahru
  • Ustazah2 yang pernah mengajar saya mengaji sampai khatam

Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1)... Spot me!(^_____^)


Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru... Spot me! (^_____^)V


P/S : Terima Kasih, Cikgu! (^_____^)V

No comments: