Monday, March 26, 2012

Oh!!! Kerana manusia, Facebook jadi mangsa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Kerana tangan manusia (pengguna Facebook) menaip, Facebook yang menjadi mangsa...

Kerana si suami / isteri bertemu kekasih lama di Facebook dan menjalinkan hubungan terlarang sehingga bercerai berai, Facebook yang menjadi mangsa...

Kerana gadis mudah terpedaya dengan pujuk rayu teman lelaki yang baru dikenali di Facebook kemudian menjadi mangsa penipuan dan rogol, Facebook yang menjadi mangsa...

Kerana pengguna Facebook cuba melepaskan amarah terhadap seseorang di Facebook sehingga mengaibkan seseorang itu, Facebook yang menjadi mangsa...

Kerana artis mengenali 'rakan bisnes' di Facebook baru beberapa hari dan menjadi mangsa penipuan ribuan ringgit, Facebook yang jadi mangsa...

Kerana adanya manusia 'gila' yang sanggup menubuhkan group di Facebook yang menghina orang itu dan ini, Facebook yang menjadi mangsa...

Kerana ada yang sanggup menyamar sebagai artis itu dan ini di Facebook sehingga peminat tertipu, Facebook yang menjadi mangsa...

Kerana kekasih memutuskan hubungan melalui Facebook sehingga menyebabkan pasangan mengambil jalan untuk membunuh diri, Facebook yang menjadi mangsa...

Kerana para pelajar selalu melayari Facebook sehinggakan pelajaran terabai dan mengakibatkan mereka mendapat keputusan yang teruk di dalam peperiksaan, Facebook yang menjadi mangsa...

Kerana para pekerja leka melayari Facebook sehinngakan kualiti hasil kerja merosot, Facebook yang menjadi mangsa...

Apa2pun, gunakanlah kemudahan Facebook secara berhemat dan berilmiah... Kita semua diberikan akal untuk berfikir... Jangan mudah terpedaya dan jangan mudah memperdaya orang lain... Pesanan ikhlas ini dibawakan khas oleh pemilik blog 'Oh NADIAH MUHAMMAD !'


Saya pencinta Facebook... (^_____^)V


P/S : Cinta Muka Buku... Nantikan 'sequel' kedua... (^_____^)V

No comments: