Monday, February 27, 2012

Oh!!! Perkara kelakar/pelik dalam filem/drama...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Semua sihat? Alhamdulillah andai sihat... Kepada yang tidak sihat, cepat2lah berikhtiar untuk menjadi sihat kerana sesungguhnya Allah SWT sukakan hamba-Nya yang sihat... Siapa di sini yang kaki filem dan drama? Tentulah semua... Di sini saya ingin 'bongkar' perkara2 pelik dan kelakar yang terdapat di dalam sesebuah filem atau drama yang dipertontonkan.. Ini semua adalah hasil dari pemerhatian saya selama ini...

Scene ini memang kelakar! Gambar ihsan dari Encik Google...


1. Kalau yang pelakon perempuan lipat baju, mesti sambil ber-bual2 dengan pelakon lagi satu di dalam scene tersebut... Lepas itu, lipat pun bukannya betul sangat dan kadang2 itu tidak kemas langsung... Nampak macam tiada pengalaman melipat baju... Kadang2 itu, bukannya mereka lipat pun baju itu... Gulung2 lepas itu 'campak' ke tepi (bahagian yang konon2nya untuk baju yang sudah dilipat)... Kadang2 itu, hendak melipat satu baju pun mengambil masa, dari scene tersebut bermula, sehinggalah scene itu habis!

2. Mengenai baju lagi... Kali ini pasal menyidai baju pula... Perasan atau tidak kalau pelakon2 menyidai baju di ampaian, mereka tidak pernah menggunakan sepit baju... Hebat tak hebat? Macam yakin sahaja baju2 yang disidai itu tidak akan berterbangan ditiup angin sepoi2 bahasa...

3. Kalau bawa kereta, siap boleh pandang sambil ber-bual2 dengan penumpang di sebelah dengan masa yang agak lama tanpa memandang ke hadapan... Lepas itu, stereng kereta tegak saja... Macam yakin sahaja jalan yang dilalui itu adalah jalan yang lurus...

4. Rambut perang, kuku panjang, lepas itu bawa watak soleh atau solehah... Eh, ini bukan perkara kelakar tetapi perkara menjengkelkan... Oh... (-_-")

5. Berlakon jadi orang miskin atau orang yang tidak berkemampuan, tapi pakai baju jenama Oakley, Nike, Adidas, Mango... Selipar pula jenama Crocs... Oh, ok2... Mungkin baju2 dan selipar yang mereka pakai itu mereka beli di kedai bundle atau baju2 itu jenis 'cetak rompak'...

6. Jikalau ada scene parti2 korporat yang melibatkan mak2 datin dan dato'2, pelakon2 tambahan yang berlakon sebagai mak2 datin dan dato2 selalunya mereka2 yang 'tidak layak' untuk berlakon watak sebegitu... Bukan hendak 'menjatuhkan', tetapi itulah hakikatnya... (-_-")

Nampaknya, itu sahaja perkara2 kelakar yang terlihat oleh pandangan mata saya semasa menonton filem/drama di televisyen mahupun wayang... Sila kongsi kalau anda ada perkara yang lebih menarik...


P/S : Jom tengok filem Adnan Sempit 2! (^_____^)V

Wednesday, February 22, 2012

Oh!!! Sunnah wajib Rasulullah SAW seharian...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Adakah anda tahu apakah amalan2 yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan Baginda setiap hari? Kepada yang tahu, baguslah... Kepada yang tidak tahu, meh saya kongsi...

1. Solat Sunat Tahajjud
Berapa ramai yang pernah melakukan solat sunat tahajjud? Dan berapa ramai yang istiqamah dalam melakukannya? Saya pasti ramai yang agak liat untuk melakukan solat sunat tahajjud kerana waktu pelaksanaannya yang bermula pada tengah malam... Tetapi itu tidak patut dijadikan alasan kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya... Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah meniggalkan solat sunat tahajjud walaupun banyak perkara dan 'tugasan' yang perlu dilaksanakan pada keesokan harinya...

2. Membaca Al-Quran
Bilakah kali terakhir kita semua menyentuh dan membaca Al-Quran? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? Sudah ber-tahun2? Jika jawapan kita adalah selain daripada semalam, maka kita semua di dalam situasi yang amat parah dan kritikal... Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Quran walaupun sehari kerana banyak faedah yang kita akan dapat dengan membaca Al-Quran... Bacalah dan sampaikanlah walau sepotong ayat...

3. Berjemaah di masjid
Dalam sehari, ada 5 waktu solat yang wajib kita lakukan... Dan di dalam ke-lima2 waktu tersebut, waktu solat yang mana yang akan kita lakukan secara berjemaah di masjid? Se-baik2nya, jejakkanlah kaki anda ke masjid untuk solat berjemaah walau untuk satu waktu... Selain memperoleh pahala sebanyak 27 kali ganda daripda sembahyang bersendirian, kita juga dapat memakmurkan masjid...

4. Menjaga Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha yang sinonim sebagai solat sunat yang membuka pintu rezeki... Rugi kalau kita melepaskan peluang untuk melakukan solat sunat Dhuha... Bagi yang bekerja, cuba curi2 masa untuk melakukannya kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan... Moga2 dengan melaksanakannya rezeki akan datang men-curah2 kepada kita...

5. Bersedekah
Bagi yang sentiasa menjejakkan kaki ke masjid setiap hari, mungkin tiada masalah untuk melakukan sedekah kerana adanya tabung yang diletakkan di dalam masjid... Bagi kaum wanita yang mungkin terdapat kekangan untuk melakukan ibadat di masjid, cukup hanya dengan melemparkan senyuman kerana senyuman merupakan satu sedekah... Sabda Rasulullah SAW : "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah..." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Abu Dzar).

6. Sentiasa berwuduk
Di sini, sentiasa berwuduk bermaksud kita hendaklah sentiasa menjaga wuduk kita tersu menerus... Se-elok2nya cuba untuk tidak membatalkan wuduk... Ini kerana, seseorang yang menjaga wuduk akan sentiasa didoakan oleh malaikat dengan doa, "Ampuni dosa dan sayangi dia, Ya Allah...". Selain itu, apabila kita sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk, banyak perkara2 maksiat yang dapat kita hindarkan...

7. Sentiasa beristighfar pada setiap masa
Dengan beristighfar, kita se-olah2 mengingatkan diri kita untuk menjauhi perkara mungkar yang dimurkai Allah SWT... Rasulullah SAW sentiasa melafazkan 'Astaghfirullah al'adzim' pada setiap saat kerana Baginda Baginda sentiasa meminta ampun kepada Allah SWT walaupun Baginda tidak pernah melakukan perkara mungkar... Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang membaca


Maksudnya : Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang hidup dan yang menguruskan makhluk-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya...


nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan...".

Gambar ihsan Encik Google...


Mari kita amalkan ber-sama2 sunnah Rasulullah SAW agar hidup kita sentiasa diberkati Allah SWT...


P/S : Peringatan untuk saya dan rakan2... (^_____^)V

Friday, February 17, 2012

Oh!!! Maaf dari hati...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Memaafkan dan meminta maaf adalah dua perkara yang berbeza walaupun ia datang dari kata dasar yang sama... Kebiasaannya ke-dua2 perkara ini dapat dilihat apabila terdapat kesalahan atau kesilapan yang dilakukan... Meminta maaf dan memaafkan adakalanya mudah untuk dilakukan dan ada ketikanya sukar untuk dilakukan... Ianya bergantung kepada tahap kesalahan sama ada ianya kesalahan berat atau ringan...

Tetapi, kebanyakan orang berpendapat bahawa memaafkan adalah perkara yang sukar untuk dilakukan berbanding dengan meminta maaf... Bagi saya, ke-dua2nya sama2 sukar kerana ayat "Saya minta maaf" dan "Saya maafkan kamu" perlu datang dari hati dan bukan hanya sekadar datang dari ucapan lisan...

Se-elok2nya bagi yang membuat kesilapan atau kesalahan sama ada yang kecil atau besar, haruslah meringankan mulut untuk mengungkapkan kata2 maaf kerana ia merupakan sesuatu yang mulia... Kenapa ia dianggap mulia? Kerana dengan kata2 maaf tersebut hubungan silaturrahim dapat dikekalkan... Kepada penerima maaf, ikhlaskan hati untuk menerima kata2 maaf orang lain kerana ia merupakan ciri2 orang yang bertaqwa...

Sesungguhnya perkataan maaf mempunyai kuasa yang tersendiri... Terpulang pada kita sama ada ingin mengaplikasikannya di dalam kehidupan harian ataupun tidak... Dan sebagai peringatan, bukan hanya pada bulan Syawal sahaja ungkapan maaf wajib diaplikasikan, tetapi terapkanlah ia di dalam kehidupan harian kita... Bagaimana caranya? Dengan memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur...

"Memberi maaf di atas kesalahan orang lain adalah salah satu ciri orang yang bertaqwa..." (Surah Al-Imran : 133 & 134).

Pintalah maaf dan maafkanlah seikhlas hati...



P/S : "Saya maafkan awak..." (^_____^)V

Friday, February 3, 2012

Oh!!! Jom ikut sunnah makan Rasululllah SAW...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Barangsiapa yang mengikut sunnahku, bererti dia cinta kepadaku... Dan barangsiapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku...".

Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah denga umatnya sehingga mengatakan sesiapa yang mengikut sunnahnya akan menyertai Baginda di syurga... Kebanyakan sunnah2 Baginda sangat mudah dan senang untuk diikuti seperti minum sambil duduk, menutup mulut semasa menguap, bersedekah dan memberikan salam kepada sesama muslim... Keuntungan yang kita akan dapat apabila mengamalkan sunnah2 Baginda adalah pahala yang berlipatganda dan keberkatan...



Sempena Maulid Nabi yang akan disambut pada hari Ahad ini (5 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H), saya ingin kongsikan sunnah2 Rasulullah SAW ketika makan...

1. Disunnahkan untuk membasuh tangan dan ber-kumur2 untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat pada tangan dan ketidakselesaan di dalam mulut...

2. Cara Rasulullah SAW duduk adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan... Maksudnya, peha dan lutut kanan ditegakkan secara berdiri, dan kita akan duduk di atas kaki kiri...

3. Membaca Basmalah dan doa sebelum makan... Ini adalah amalan yang harus dilakukan... Jika murid2 tadika boleh amalkan, mengapa tidak bagi  kita yang dewasa?

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : Ya Allah, berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka...

4. Mengambil makanan yang paling hampir dengan kita... Ini sebagai menghormati orang lain yang berada di meja makan dan supaya tidak nampak kegelojohan kita...

5. Makan dengan menggunakan tangan dan bukannya dengan sudu, garfu dan sebagainya... Pastikan anda menggunakan tangan kanan... Ada kajian membuktikan bahawa pada jari2 kita terdapat enzim (sistem pencernaan) yang 10 kali ganda lebih banyak daripada enzim yang ada di dalam air liur...

6. Se-elok2nya makan dengan menggunakan tiga jari... Kepada kaum Adam, jangan risau kerana anda tidak akan nampak seperti 'adik2' apabila menggunakan 3 jari...

7. Kunyah makanan sehingga 40 kali... Biar makanan itu dikunyah sehingga lumat... Ini dapat mengelakkan perut yang 'maju ke depan'... Dan memudahkan proses penghadaman...

8. Jangan selang selikan minum air ketika sedang makan... Se-baik2nya minum air selepas makan... Kalau hendak lebih baik, minum air selepas setengah jam selesai makan... Biar perut mencerna makanan dengan sempurna seketika...

9. Menjilat jari2 yang digunakan untuk menyuap makanan... Turutannya adalah dimulakan dengan jari hantu, jari telunjuk, ibu jari, jari kelingking dan jari manis... Ia dapat memudahkan proses pencernaan...

10. Baca doa selepas makan...

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang2 Muslim...

Rasulullah suka makan secara berjemaah... Kalau zaman sekarang disebut sebagai 'makan talam' iaitu makan di dalam dulang seramai 3 hingga 4 orang... Se-baik2nya, makanlah sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang... Rasulullah juga menggalakkan kita untuk membuat perbincangan semasa makan terutamanya dalam hal2 yang berkaitan ilmu...


P/S : Tidak susah dan tidak sukar untuk mendapatkan pahala 'percuma'... (^_____^)V