Friday, December 16, 2011

Oh!!! Lafaz akad nikah seorang lelaki!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Entry ini adalah khas untuk kaum Adam, tetapi kalau kaum Hawa nak teruskan pembacaan hingga ke akhir ayat, amat digalakkan... Sebagai renungan kita bersama juga... Kalau korang nak tahu, akad nikah yang dilafazkan oleh kaum Adam semasa hari pernikahan adalah amat berat, seberat lori 3 tan... (Ehem2... Promote LORI 3 TAN sikit! Hehe!). Kita kaum Hawa yang mendengarnya, secara automatik akan mengalirkan airmata kerana sebak untuk meninggalkan keluarga... Tetapi sepatutnya kaum Adamlah yang patut menangis pada hari pernikahan tersebut! Kenapa? Ini kerana maksud yang tersirat di sebalik lafaz akad nikah tersebut...

Kebiasaannya kita akan mendengar si Adam menjawab lafaz akad nikah dengan ayat berikut :

"Aku terima nikah Si Dia Binti Ayah Dia dengan mas kahwinnya RM (berapa banyak yang dipersetujui) tunai / hutang...".

Noktah! Bunyi macam senang kan? Tetapi, apa yang tidak kita ketahui adalah maksud di sebalik lafaz akad nikah tersebut... Nak tahu? Jom baca...

"Aku tanggung dosa2 Si Dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak2 aku... Kalau aku gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku...".

Jadi kepada kaum Adam, sediakah anda untuk memperisterikan wanita yang anda cintai itu? Jika ya, maka bersedialah untuk mendidik mereka dalam mencari keredhaan Allah SAW... Sesungguhnya syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami... Jika suami tidak pandai mendidik isterinya, maka pincanglah rumahtangga yang dimeterai...

Si suami harus mengemudi bahtera rumahtangga dengan baik...

Suami soleh, isteri solehah... (^_____^)V


P/S : Sesungguhnya perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah SAW... (^_____^)V

9 comments:

J.Syazwana said... [Reply]

insya allah. berusaha untuk menjadi wanita yang terbaik untuk suami kelak :)

Halimatun Sa'adiah said... [Reply]

x sabonye nk de suami..hehhehee

SiS NaD said... [Reply]

Syazwana ---> Bagus... Jadilah yang terbaik untuk mereka dan InsyaAllah mereka juga akan menjadi yang terbaik utnuk kita... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Halimatun ---> Kan... Hikhik.... (Gelak gatal) (^_____^)V

Unknown said... [Reply]

tp ada persoalan disni emngapa di malaysia cra akad nikahnya mcm tu.di thailand indonesia malah arab cara akad nikah nye begini..aku trima nikahnya sipolan binti polan dgn mas kawin sbuah AL-QURAN dan sepersalinan solat kerana ALLAH TAALA..bukamkah sgala perbutan baikmesti kerna ALLAH TAALA?

SiS NaD said... [Reply]

Bukan2... Sememangnya lafaz akad nikah di Malaysia lebih kurang sama sahaja dengan lafaz akad nikah di Indonesia dan Thailand... Apa yang saya post kan di atas adalah bahasa kiasan sahaja... Maksudnya, setelah seorang lelaki melafazkan akad nikah, maka tanggungjawabnya adalah seperti lafaz kiasan di atas... (^_____^)V

Mengenai mas kahwinnya, sememangnya setiap negara ada ketetapan masing2... Dan mas kahwin Malaysia adalah dari segi nilai wang ringgit... Tetapi ada juga yang menjadikan Al-Quran sebagai mas kahwin mereka... Ia bergantung kepada persetujuan di antara ke-dua2 pihak...

Dan mengenaia pengakhiran lafaz akad nikah dengan ayat "kernana ALLAH Ta'ala" itu, sememangnya kami tidak mengamalkannya... Mungkin juga ada yang menyertakan ayat tersebut, tetapi tidak ramai.... Seperti yang saya katakan di awal tadi, setiap negara ada ketetapan masing2 di dalam cara melafazkan akad nikah...

Moga jawapan saya ini bisa menjawab persoalan saudara... Wallahu'alam...

Segala yang baik sememangnya datang dar ALLAH SWT...

Unknown said... [Reply]

1st: Tugas si suami mendidik ank dan isteri tentang Islam. Andai diantara mereka masih ingkar, dosa tidak lg dibebani suami. Ini kerana dosa itu ditanggung oleh pelaku.
2nd: Al-Quran ada sesetengah ulama' mengatakan haram dijadikan mas kahwin, ini kerana merendahkan martabat Al-Quran itu sendiri. Jika niat si isteri meminta Al-Quran sebagai mas kahwin dgn niat si suami dpt mengajar si isteri dgn Al-Quran tersebut, maka diharuskan. Persoalannya, berapa ramai suami zaman sekarang meMperlakukan sedemikian.
3rd: Lafaz akad nikah sebenarnye senang saje, just perlu jawab aku terima nikahnya, sudah sah. X perlu panjang2. Wallohualam.

Rujukan ustaz zaharuddin/ustaz azhar idrus

Unknown said... [Reply]

1st: Tugas si suami mendidik ank dan isteri tentang Islam. Andai diantara mereka masih ingkar, dosa tidak lg dibebani suami. Ini kerana dosa itu ditanggung oleh pelaku.
2nd: Al-Quran ada sesetengah ulama' mengatakan haram dijadikan mas kahwin, ini kerana merendahkan martabat Al-Quran itu sendiri. Jika niat si isteri meminta Al-Quran sebagai mas kahwin dgn niat si suami dpt mengajar si isteri dgn Al-Quran tersebut, maka diharuskan. Persoalannya, berapa ramai suami zaman sekarang meMperlakukan sedemikian.
3rd: Lafaz akad nikah sebenarnye senang saje, just perlu jawab aku terima nikahnya, sudah sah. X perlu panjang2. Wallohualam.

Rujukan ustaz zaharuddin/ustaz azhar idrus

SiS NaD said... [Reply]

Saya setuju dengan Encik Helmi... Tapi mengenai mas kahwin Al-Quran itu saya ada juga pernah terdengar mengenainya... Apa2pun, terima kasih di atas perkongsian anda... Amat dihargai... Wassalam... (^_____^)V