Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Sejak kebelakangan ini, saya selalu disogokkan dengan cerita2 mengenai kekecewaan dan kesedihan daripada teman2 saya... Kebanyakannya melalui fasa kekecewaan lantaran kehilangan orang yang disayangi, sama ada melalui perpisahan antara yang hidup dengan yang hidup (perpisahan antara pasangan yang berkasih) mahupun perpisahan antara yang hidup dengan yang telah meninggal dunia (perpisahan kerana kematian)... Memang perpisahan ini amat perit untuk dilalui, tidak kisahlah sama ada anda seorang perempuan mahupun lelaki... Oh, saya dapat rasakan keperitan itu sekarang walaupun saya tidak melalui fasa tersebut buat masa ini... Tetapi saya akui saya pernah melaluinya dan saya akui ianya amat perit untuk ditelan...
Saya percaya kalau masa bisa diundur, pasati ramai di luar sana yang ingin memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sehinggakan terjadinya perpisahan walaupun sebenarnya anda tidak melakukan sebarang kesalahan... Mungkin pasangan anda yang buta kerana tidak tahu untuk menghargai anda yang sanggup menerimanya seadanya...
Perpisahan, sesuatu yang amat menyakitkan lagi2 kalau perpisahan yang terjadi antara dua pasangan yang bercinta...Memang perit untuk ditelan... Silap2, ada yang akan mengambil tindakan kurang bijak seperti membunuh diri... Tetapi, sebagai orang mempunyai agama, perbuatan itu amatlah berdosa dan dimurkai Allah SWT...
Saya pernah mengalami pengalaman berpisah dengan orang yang tersayang sekitar 2008... Sehinggakan pada suatu masa saya seperti hilang arah panduan untuk hidup... Setiap hari hanya airmata yang menjadi peneman saya... Dan setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan ber-sungguh2 agar dijodohkan dengan Si Dia... Banyak nasihat yang diterima daripada rakan2 yang menyayangi diri saya, tetapi semuanya ibarat 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'... Namu semua itu telah berlalu... Itu semua adalah kisah lama...
Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza mengenai cinta yang tidak kesampaian... Ada yang dapat menerima kenyataan dan ada yang tidak... Bagi mereka yang tidak dapat menerima kenyataan dan masih di dalam proses pemulihan, saya sarankan anda ingat kata2 ini, "Allah tidak akan memberikan ujian atau dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hamba2-Nya... Maka bersabarlah dengan setiap ujian atau dugaan yang dihadapi kerana sesungguhnya ada hikmah disebaliknya... Sesungguhnya Allah menyayangi hamba2-Nya"...
Jujur saya akui, apabila saya berasa tertekan, tidak kiralah mengenai masalah apapun, kata2 tersebut yang akan saya ingatkan pada diri saya... Kata2 tersebut membuatkan saya lebih kuat dan tabah di dalam mengharungi ujian dan dugaan yang dihadapi... Selain itu, say juga mengalmalkan pembacaan Al-Quran kerana sejujurnya ia amat menenangkan hati dan pengubat segala duka... Dan jangan pula hanya membacanya ketika menghadapi masalah, tetapi jadikanlah sebagai amalan hidup seharian... Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya telah khatam Al-Quran beberapa kali... Lihatlah hikmah yang berlaku di sebalik perpisahan yang saya alami... Diri ini terasa semakin dekat dengan Allah SWT dan semakin tenang...
Mengapa perlu terjadinya perpisahan?
Mungkin Allah SWT sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian tersebut... Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehingga kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang... Memberi seluruh cinta anda bukanlah suatu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali... Jangan harapkan cinta sebagai balasan! Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka, tetapi sekiranya ia tidak berlaku, pastikan ia terus mekar di dalam hati anda... Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari utnuk menyintai seseorang, tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang... Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu dan jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut... Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram... Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan dia bahagia... Selalulah bayangkan anda di dalam kasut seseorang... Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan hati orang lain juga... Kebahagiaan terletak kepada mereka yang telah menangis, merak yang telah terluka, mereka ynag telah mencari dan mereka yang telah mencuba... Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan...Masa depan yang cerah berasaskan kehidupan yang telah lalu yang telah dilupakan... Anda tidak boleh meneruskan kehidupan yang sepmuran sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam... Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang sekeliling tersenyum... Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda meninggal dunia nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis...
Cukuplah setakat ini entry saya untuk kali ini... Apa2pun diharapkan agar entry ini dapat memberi sedikit motivasi kepada anda di luar sana... Semoga anda di luar sana bisa menjalani kehidupan yang lebih baik...
P/S : Ini adalah entry yang saya hasilkan pada 14 Januari 2011... Copy and paste sudah.... (^_____^)V
2 comments:
tak suka bila berdepan dengan perpisahan..tapi yelah kan,setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan :'(
Betul tu Onie... Moga2 kita tabah dalam menghadapi setiap perpisahan, sama ada dengan yang hidup atau yang mati... :)
Post a Comment