Hari ini saya review mengenai sebuah novel... Novel yang amat kelakar! Paling kelakar yang pernah saya baca! Sebelum itu saya hendak cerita dahulu macam mana saya boleh bertemu dan seterusnya jatuh cinta pada novel tersebut...
Pada 4 November 2011 (2 hari sebelum hari yang sangat2 bersejarah), saya dan rakan2 sepejabat telah meringankan diri untuk ke sebuah pusat membeli belah yang popular di Johor Bahru iaitu Plaza
Sedang saya meneliti setiap novel yang ada di situ, saya terjumpa satu novel yang tatkala membaca kulit depan sahaja boleh membuatkan urat kentut saya putus kerana gelak tak hengat dunia! Lalu saya memanggil rakan2 saya dan kami semua ketawa sambil membuat larian setempat setelah membaca apa yang tertulis di kulit depan novel tersebut... Jadi, saya membuat keputusan untuk membeli novel tersebut...
Arakian sampai di pejabat office, habis satu pejabat office telah saya offer untuk membaca kulit depan novel tersebut... Maka gamatlah satu pejabat office dengan gelak hilai ketawa rakan2 ibarat pontianak2 sedang ketawa semasa menonton filem 'Hantu Kak Limah Bergigi Jongang'... Baik yang gred 17 mahupun yang gred 41, semuanya melepaskan ketawa yang membolehkan pankreas menjadi senak!
Dan untuk pengetahuan semua, dalam masa seminggu, novel tersebut telah habis dijual padahal semasa saya beli novel tersebut, terdapat hampir 100 novel bertajuk sama yang tersusun di rak buku... Sampaikan Jumaat lepas kawan saya terpaksa mencari novel tersebut di City Square... Ada dua kedai buku di situ dan kami pergi ke ke-dua2 kedai buku tersebut... Nasib baik jumpa... Tapi jumpa di tapak jualan murah untuk buku di tingkat 1... Itupun tinggal satu!~
Ok, cukuplah 5 perenggan mukadimah saya... Novel yang saya maksudkan adalah 'GELAK TERGOLEK' karya Wann Azlan... Novel ini sangat santai dan untuk pengetahuan semua, ia juga turut memaparkan jalan cerita 18SG, 18SX dan macam2 18 lagilah... Jadi, novel ini tidak digalakkan sangat untuk mereka yang bawah umur atas sebab2 yang tidak diingini... Haha!
Jadi, ayuhlah ramai2 menuju ke kedai2 buku berhampiran untuk mendapatkan 'GELAK TERGOLEK' yang pastinya akan membuatkan korang gelak tergolek sampai 5 tahun lamanya... (^_____^)V
P/S : Selamat bergelak dan selamat bergolek! (^_____^)V
12 comments:
nak beli jugak la...hehe
macam bes..
hmm~
kalo re-stock wish to buy one
macam best jerk buku ni..tp saya x minat novel..tp kalau kelakar mcm yg akak cita ni..rasa nk beli plak..
baca ni dan komen lah sekali..
http://shazrizalshahmy.blogspot.com/2011/11/cita-cita-aku-ingin-menjadi-doktor.html
Best kan sis!!!
btw how abt you buy novel M.A.I.D
novel ni pn ok gak...
bestnya. saya suka benda kelakar2 ni. sebab kerja kan stress so kene happykan diri. hehehe.
semalam makan piza tapi tak try pon ultimate 7 cheese tuh. sedap ke?
siyes lawakk gelakk x hengat hahaha
Cik Mumui ---> Beli jangan tak beli... (^_____^)V
Cik Zara ---> Mesti re-stock punya sebab masa Sis beli dah cetakan ke-13!~ (^_____^)V
Inchik Shazrizal ---> Memang kelakar habis!~ Beli jangan tak beli!~ Berbaloi... (^_____^)V
Cik Eizny ---> Semalam Sis pergi pesta buku dan terfikir nak beli M.A.I.D, tapi duit tak ada... Huhu!~ (^_____^)V
Cik Syazwana ---> Cuba try test beli... Tak akan menyesal punya!~ (^_____^)V
Ulitimate 7 Cheese tu ok la... Cuma yang unik sebab cheese ball tu... (^_____^)V
Cik Diana ---> Tahu takpe!~ (^_____^)V
Post a Comment