Tuesday, November 22, 2011

Oh!!! Glory Glory Harimau Muda (2)!!!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

12:00 a.m.

Tidak tahu macam mana hendak gambarkan perasaan yang bergelodak di dalam dada ini... Gembira yang teramat sangat! Sampaikan air mata bergenang... Gembira dengan kemenangan Malaysia di dalam perlawanan akhir bolasepak untuk Sukan SEA 2011... Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan kemenangan Malaysia ini...

Tetapi, seawal tayangan perlawanan, ada sesuatu yang membuatkan saya terdiam terkaku bak mayat yang sejuk membeku... Ketidakmatangan penyokong2 Indonesia yang membuat bising semasa lagu Negaraku berkumandang amatlah membuatkan saya tidak berkenan... Sampaikan pengulas sukan di Astro Arena mempersoalkan tindakan penyokong2 Indonesia yang dianggap agak melampau... Agak terdiam seketika saya ketika itu sehinggakan apa yang dibicarakan antara ke-dua2 pengulas sukan terbabit se-olah2 sayup2 kedengaran...

Tidak mengapalah... Harap2 perkara sebegitu tidak akan terjadi di Malaysia jika negara pelawat terutamanya dari Indonesia datang untuk bertanding di sini...

Dalam banyak2 acara yang dipertandingkan, hanya sukan bolasepak yang mendapat perhatian kerana ianya 'ibu segala sukan'... Eh, ada ya istilah itu? Haha! Saya tidak mahu ulas sangat mengenai corak permainan pasukan Malaysia kerana bagi saya pasukan Harimau Muda bermain dengan penuh semangat dan ber-sungguh2 walaupun banyak kali terlepas peluang untuk menjaringkan gol...

Kasihan kepada pemain2 muda itu kerana terpaksa bermain selaman 120 minit + 5 minit masa tambahan... Satu jangkamasa perlawanan yang agak lama bagi permainan bolasepak... Pada minit ke-90 dan ke atas, dapat dilihat bahawa pemain2 Malaysia sudah kelesuan dan keletihan, tetapi mereka tetap gigih untuk terus bermain dan memberikan komitmen yang tinggi...

Dan akhirnya kejayaan yang diperolehi diperolehi daripada sepakan2 penalti apabila ke-dua2 pasukan seri 1 sama... Indonesia mendapat gol hasil jaringan melalui Gunawan ('5) manakala Malasyia mendapat 1 gol melalui tandukan Asrarudin ('34)... Walaupun kemenangan adalah melalui sepakan2 penalti, menang tetap menang!~ Semuanya berkat doa rakyat Malaysia yang mengiringi pasukan Hairmau Muda... Apa2pun, Harimau Malaya pasti akan mengaum walau di mana mereka berada...

Terbaik! (^_____^)V


P/S : Tahniah Harimau Muda! (^_____^)V

10 comments:

marinahunny said... [Reply]

tahniah malaysia..

singgah sini pagi2 dgn senyuman :)

:: Mrs.Eady :: said... [Reply]

tahniah harimau muda!!

J.Syazwana said... [Reply]

orang Indonesia tak belajar adab kot. sampaikan sanggup bakar kaunter tiket negara sendiri. kalau negara sendiri pon tak hormat ape tah lagi negara asing. huhu

d_LA said... [Reply]

bergegar rumah semalam lps disahkan menang..suka gila sbb dorang dah berhabis-habisan main kan..

SyAhiRah LaLAla said... [Reply]

naddddd!!
adakah kita dh terlupa nk wish bday awk???isk.
happy belated birthday Nad!
jom dtg melaka!

SiS NaD said... [Reply]

Cik Marian ---> Tahniah pada Harimau Muda!~ (^_____^)V


Senyum seindah suria...

SiS NaD said... [Reply]

Mrs Eady ---> Sekalung tahniah buat Harimau Muda!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Syazwana ---> Mereka terlalu beremosi... Mungkin emosi mereka tak dapat nak dibendung lagi... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Dila ---> Memang suka3 sangat3!~ Hehe!~ Samalah dengan Sis... Hilang suara dok jerit2... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Syera ---> Ni yang nak merajuk ni... Sampai hati tak ingat my birthday... T_____T Nanti ada masa free, kita turun sana... (Eh, kampung kita kan kat sana.... Haha!~) (^_____^)V