Saturday, November 19, 2011

Oh!!! Didenda kerana tertidur!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pernah tak korang tertidur di dalam kelas sebab bosan dengan apa yang diajar cikgu, tertidur di pejabat office kerana tiada kerja yang korang nak lakukan ('pekerja cemerlang' sahaja yang tiada kerja), tertidur semasa memandu kereta yang boleh membahayakan nyawa orang lain ataupun tertidur di dalam tandas semasa korang sedang melepaskan hajat besar? Setelah itu, apa tindakan a.k.a denda yang korang dapat?

Ok2, straight to the point... Di Dubai, seorang pelajar Amerika Syarikat telah didenda sebanyak 300 dirham iaitu bersamaan RM257 hanya kerana tertidur ketika menaiki kereta api Dubai Metro... Sangat2 tidak munasabah apatah lagi munasarawak, tetapi itulah yang berlaku kepada pelajar tersebut...

Untuk pengetahuan semua, kalau sesiapa yang tidur di dalam kereta api di Dubai, maka orang tersebut akan didenda... Saya pun kurang pasti apakah yang menyebabkan seseorang itu didenda... Mungkin kerana yang tertidur itu mengganggu ketenteraman penumpang lain dengan bunyi dengkuran tahap ekzos Harley Davidson...

Setelah saya membuat 'risikan' kepada laman2 web 'Mat Salleh' yang saya memang faham Bahasa Inggerisnya, maka dapatlah saya katakan di sini bahawa di dalam setiap stesen kereta api di Dubai ada tertulis mengenai undang2 ketika berada di kawasa stesen mahupun di dalam kereta api dan salah satu di antaranya adalah denda apabila tidur di kawasan menunggu, kawasan perlindungan (tempat berteduh) dan di tempat2 yang diharamkan...

Di bawah ini saya senaraikan antara kesalahan2 yang boleh dikenakan denda semasa anda berada di kawasan stesen kereta api di Dubai... Dan denda yang dikenakan adalah antara AED (Arab Emirates Dirham) 100 hingga AED 2000...

  • Memasuiki kabin yang salah dan duduk ditempat duduk yang telah disimpan untuk penumpang lain...
  • Meletakkan kaki di atas tempat duduk...
  • Makan dan minum di dalam kereta api...
  • Menggunakan lif atau eskalator tanpa kesopanan dan kesusilaan...
  • Melompat atau memanjat di dalam mana2 stesen dan kenderaan awam...
  • Memasuki kawasan2 larangan...
  • Membawa masuk binatang ke dalam kenderaan awam kecuali anjing bantuan untuk mereka yang buta...




P/S : Pernah tidak tidur di dalam bas semasa dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Sintok, Kedah!~
 (^_____^)V

2 comments:

A.I.N.S.Y.A.H said... [Reply]

wahh law kat sna camtu ye..nsb baik kat msia x..

*need ur help, kalau x mnyusahkan plz like , cmment, +1 on my latest entry bleh. tq ;D

SiS NaD said... [Reply]

Tahu takpe... Lain negara, lain caranya... (^_____^)V