Tuesday, November 15, 2011

Oh!!! Bestnya Siti di Malaysia!!!~

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ada sesiapa yang dapat 'tangkap' tajuk di atas tak? Haha! Hari ini saya nak ulas mengulas mengenai berita yang menjadi isi di dalam suratkhabar dan yang menjadi topik di konti Hot.fm pagi tadi... Ya! Obesiti atau nama panjangnya adalah 'Oh Bestnya Siti'...

Seperti apa yang dilaporkan di dalam akhbar Harian Metro, Malaysia merupakan 'Juara Gemuk di ASEAN'... Wah! Bangga sekejap sebab Malaysia pegang title JUARA... Tetapi tidak boleh berbangga sangat sebab Malaysia menjadi juara dalam perkara negatif...

Punca utama berlakunya obesiti di kalangan penduduk Malaysia adalah kerana pengambilan gula yang berlebihan sama ada di dalam makanan ataupun minuman... Dari situ dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia sukakan makanan yang manis... Jadi jangan nak salahkan sangatlah rakyat Pantai Timur... Selain itu ini juga berpunca daripada senyuman rakyat Malaysia yang diakui sangat manis bak gula2 kapas...

Kasihan pada Kementerian Kesihatan Malaysia sebab sanggup berhempas pulas mengadakan kempen kurangkan pengambilan gula, tapi tiada hasil yang memberangsangkan... Siap buat iklan mengenai kurangkan pengambilan gula...

Tetapi, usah khuatir... Dr Rozmey sedia membantu pihak kementerian dengan senang hati dan tanpa paksaan... "Gunakanlah Jus Mate 5", kata Dr Rozmey... "Pasti berkesan!~ Usah ragu2... Gunakanlah tanpa was2...", tambah beliau lagi. Itu adalah kata2 dari Dr Rozmey... Saya cuma sampaikan... (^_____^)V



Apa2pun, jagalah kesihatan anda sebaik mungkin kerana sesungguhnya Allah SWT sukakan mereka yang sihat... (^_____^)V


P/S : Oh!~ Nampaknya saya terpaksa lupakan azam yang saya azamkan pada setiap tahun... (-_____-")

4 comments:

ZIEMA said... [Reply]

mana tak gemuknya tengoklah kedai makan 24 jam ada. pilih je nak makan apa. hehe

J.Syazwana said... [Reply]

saya sedang berdiet.
hoyeh hoyeah.
:D

SiS NaD said... [Reply]

Cik Ziema ---> Tahu takpe... Sepanjang masa makanan sentiasa ada walau di mana kita berada... Huhu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Syazwana ---> Wah!~ Teruskan usahamu!~ (^_____^)V