Baru sahaja nak baik demam, saya telah diduga lagi... Pagi tadi semasa sahur, sedang minum air masak (baru gelas yang kedua, selalunya saya akan minum 4-5 gelas setiap kali waktu sahu r), saya rasa lain macam... Dan apa yang saya risaukan telah berlaku... Oh!~ Dah agak dah!~ Keuzuran untuk kali kedua dalam bulan Ramadhan!~ Uhhh!~ Kepada Cik Sima, kita seri!~ (^_____^)V
Ok ya, pagi tadi saya melaksanakan misi I.N.I. dimana misi ini telah saya rancang dari awal bulan Ramadhan lagi... I.N.I. stand for 'It's Not Impossible'... Kalau ikutkan, asalnya misi ini bernama misi N.I.N.I. iaitu singkatan daripada 'Nadiah, It's Not Impossible'... Tetapi disebabkan panjang sangat, maka saya membuat keputusan untuk meringkaskannya lagi... Nak tahu apa itu misi I.N.I.? Misi tersebut adalah misi mengecat rumah!~ Hehe!~ Kenapa saya namakan ia sebagai sesuatu yang tidak mustahil? Kerana kalau ikutkan, saya hanya akan mengecat rumah dua tahun sekali... Tetapi disebabkan keadaan dinding yang penuh dengan lukisan grafiti hasil kerja tangan oleh anak2 yang Emak jaga, maka saya mengambil keputusan untuk mengecat dinding rumah pada tahun ini... Kalau tahun lepas tema adalah warna ungu, tahun ini warna oren menguasai...
Saya mengecat sorang2!~ Serius!~ Tapi itu sudah menjadi kebiasaan... Sebelum2 ini pun saya memang mengecat sorang2... Penat memang penat tetapi ia merupakan satu kepuasan bagi saya... Saya mula mengecat pada jam 9:30 pagi dan habis mengecat dalam jam 2 petang... Sebenarnya tahap kesihatan saya masih belum pulih dan ada ketikanya sewaktu mengecat saya rasa nak pitam... Tapi disebabkan sesi mengecat sudah bermula, maka saya habiskan juga... Setelah selesai mengecat, sesi mengemas barang2 yang dialihkan kepada kedudukan asal bermula + mengelap cat2 yang tumpah...
Sebenarnya semasa mengecat pagi tadi, ada satu insiden yang berlaku... Insiden tersebut adalah cat di dalam mangkuk cat telah tertumpah di atas sofa dan lantai... Banyak gila!~ Penat nak mengelap... Kalau lap lantai ok lagi, ini kena lap sekali sofa yang terkena tumpahan cat itu... Uhhh!~ Pitam2... Terima kasih kepada Wani yang ringan tulang menolong saya mengelap lantai... (^_____^)V
(Sila klik gambar untuk tumbesaran)
Home Sweet Home... (^_____^)V
Selepas habis mengecat, saya ber-siap2 untuk keluar dengan Emak dan Wani... Keluar membeli belah sedikit... Esok dah nak balik kampung... Yahoo!~
P/S : Malam ni nak packing baju2 raya!~ (^_____^)V
6 comments:
aiyook!!! nk main cat jgak!!
salam sis nad...wah..pandainye mengecat ye..hehe..pape pun selamat hari raya adilfitri..
waaaa.. taon ni udin x cat umah pon.. :P
Ku Azhar : Jom2!~ Kita cat muka masing2 ea... Haha!~ (^_____^)V
Inchik Jo : Hehe!~ Hobi di masa lapang la Jo.... Selamat hari raya juga.. (^_____^)V
Inchik Deen : Takpe... Tahun depan boleh.... (^_____^)V
Post a Comment