Saturday, July 30, 2011

Oh!!!~ Bila perangai macam tahi!!!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

InsyaALLAH, lagi dua hari nak puasa... Tapi tajuk entry saya agak kasar kedengaran... Bukannya apa, tiba2 rasa geram dan marah... Apa perasaan korang kalau korang berhempas pulas menolong rakan korang, tapi dia langsung tak kenang budi korang? Oklah, bukan nak mengungkit atau apa... Tapi terasa macam pertolongan kita selama ini pada dia nampak macam tidak berbaloi... Kalau macam tu, baik tak payah tolong...

Lagi kita tolong, lagi dia cakap kita tak pernah tolong... Patutkah macam tu? Oh!~ Dunia akhir zaman... Kalau pertolongan yang sebesar bapak gajah pun dia tak nampak dan tak pandai nak hargai, apalagi kalau pertolongan itu sekecil zarah!~ Ini hakikat, ok!~

Ramai kawan2 yang berada di sekeliling dia, tapi dengan kita juga dia minta tolong... Apa, kawan2 yang lain tu 'kawan2 masa senang' sahaja ke? Kalau rasa2 mereka tak boleh tolong bila susah, don't make freind with them la!~ Lepas tu, bila dah tolong, boleh pula kata kita tak pernah tolong dia dan boleh pula tu labelkan kita ni hanyalah kawan masa dia senang!~

Entahlah, dah tak tahu nak cakap macam mana lagi... Saya bukan nak buruk2kan sesiapa apalagi menghentam sesiapa, tetapi 'siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya'... Apa2pun, termia kasih untuk semuanya!~

Terima kasih, KAWAN!!!~


P/S : Saya akan simpan mesej tersebut, KAWAN!!!~

9 comments:

A.N.I.S.A. said... [Reply]

FOLLOW ME BACK YE...
http://itsmenysa.blogspot.com/

Alang AD said... [Reply]

Tolong sahaja selagi mampu. Yang penting Ikhlas. Memang kadang kita ralat dengan perlakuan kawan yg macam dimaksudkan tu. Tapi, tak salah kalau ikhlas dan halal kan sahaja. Lama2 nanti dia sedarlah. Kan?

Salam Ramadhan.. ;)

fara feroza said... [Reply]

berapa kali dah jmpe org cam ni... dan berapa kali dah tolong orang yg sama..walaupun sakit hati dengan balasan yg diberi..tp setiap kali muka yg sama mintak tolong...tolonggggg la jugak kan... takpe lah... Allah akan balas apa kita buat..:)



main rembat

EykaJmy said... [Reply]

sis...ika pon ada kawan camni..time susah cari kita..time senang,lupa sume..siap dabik dada lg..huhu..hmm..org kata,biar je laaa,nnt bila SUSAH dia tahu lah sape kwn sape lwn...tapi, tu bila susah...bila dia dah senang balik nnt??kita pon dia campak tepi...(haisy..panjang nye sy membebel).ngee~

SiS NaD said... [Reply]

Cik Anisa : Okies!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Bard : Wah!~ Bard ada blog jugak? Hehe!~ Tu la pasal... Tapi manusia ni tak pernah nak berubah... (-_-")

SiS NaD said... [Reply]

Cik Fara : Kita yang terseksa sebab tolong dorang.. Dorang pula sedap2 nak mengata bukan2 pasal kita... Sabar je la... (-_-")

SiS NaD said... [Reply]

Cik Eyka : Kadang2 tak faham dengan orang2 macam tu.... Apa yang dia nak, kita bagi... Bila dah bagi, lain pula jadinya... (-_-")

Alang AD said... [Reply]

Ade la.. apa takde lak. Akekee.. Lama dah blog ai tu.. Kikikik .. Sila folow dgn jayanya yer...