Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Hari ini saya nak berikan tips berpakaian... Bukan tips cara berpakaian tapi tips mengenai warna2 yang patut dipakai pada setiap hari... Terima kasih kepada adik saya, Fatin kerana 'mengingatkan' saya untuk membuat entry ini... Sudah lama bertangguh!~ Uhhh!~ Ok2, saya pun tak mahu berceloteh panjang... Di bawah ini saya senaraikan warna baju yang patut dipakai dari hari Isnin sehingga Ahad...
Isnin : Warna Putih
Warna putih dapat mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan azam yang baru... Biasanya pada hari Isnin inilah kita akan menyelesaikan kerja2 yang tertunggak dan dengan memakai pakaian berwarna putih InsyaALLAH kita dapat bekerja dengan lebih efisyen dan kreatif... Dari segi Sains, warna putih dapat merangsang kalenjar pineal dan kalenjar pituitari... Oleh itu, wajiblah bagi sesiapa yang bekerja untuk tidur awal pada hari Ahad supaya dapat bangun dengan bersemangat untuk pergi kerja pada hari Isnin... Jangan tanya saya apa itu kalenjar pineal dan kalenjar pituitari sebab saya malas nak google... (^_____^)V
Selasa : Warna Merah Jambu (Pink)
Ini merupakan warna kegemaran Yus dan Tokey dari kumpulan Jambu... Bak kata mereka, 'muka legend tapi hati cute'... Saya pasti ramai gadis2 di luar sana menyukai warna ini tetapi saya tidak suka warna ini... Warna merah jambu merupakan warna kasih sayang dan hari Selasa merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi dan meluahkan perasaan kepada pasangan... Bukan meluahkan perasaan benci, ok, tetapi perasaan kasih sayang... Apabila memakai pakaian berwarna merah jambu, kuasa untuk memujuk seseorang akan bertambah kuat... Bukan bermaksud pada hari Selasa korang suka2 hati bergaduh dengan seseorang, kemudian dengan suka2 hati memujuk mereka semula...
Rabu : Warna Biru
Oh, ini adalah warna kegemaran saya!~ Menurut Sains, warna biru dapat merangsang kalenjar tiroid dan merembeskan hormon throxine kepada paras yang optimum... Sila rujuk google untuk mengetahui apa itu throxine dan kalenjar tiroid... Hormon throxine dapat menjadikan segala yang dihasratkan hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata2... Jadi, apabila terasa diri nak bercakap banyak2, tunggulah pada hari Rabu, pasti korang tak akan kekeringan idea... Bercakaplah sampai berbuih mulut, mesti korang akan rasa puas...
Khamis : Warna Kuning / Oren
Warna kuning amat penting untuk sistem penghadaman... Ini kerana asid folik dihasilkan dengan banyak pada hari Khamis berbanding hari2 biasa... Jadi, korang dinasihatkan untuk tidak makan terlalu banyak sehingga membuncitkan perut yang sedia buncit supaya sistem penghadaman dapat berjalan dengan lancar pada malam hari... Maka, hari Khamis amatlah sesuai bagi mereka yang ingin berdiet kerana kandungan asid urik, lemak dan protein dapat dipecahkan dan ditukarkan menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak... Lagi satu (!!!), warna oren pula dapat merangsang kesuburan lelaki dan wanita... Jadi hari Khamis amatlah sesuai bagi mereka yang sudah bernikah untuk merancang zuriat...Hanya untuk mereka yang sudah bernikah, ok!~ (^_____^)V
Jumaat : Warna Hijau
Warna hijau ni dapat merangsang fungsi jantung dan paru2... Jadi, sangat sesuai kalau kita melakukan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah kerana pada hari Jumaat oksigen paling banyak dibebaskan oleh aktiviti klorofil tumbuhan hijau dan ianya berlaku satu jam setelah matahari tergelincir ke Barat (satu jam setelah atau ketika solat Jumaat)... Jadi, kepada kaum Adam, anda digalakkan memakai baju melayu atau kemeja warna hijau semasa solat Jumaat...
Sabtu : Warna Merah
Warna ini menyamai bahagian usus, otot, darah dan saraf dan organ2 ini paling banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh... Hari Sabtu merupakan hari yang amat sesuai untuk keluar bersosial, bersukan dan melakukan aktiviti2 lasak... Jadi, pemakaian warna merah dapat merangsang fungsi organ2 tersebut untuk rawatan fizikal tubuh...
Ahad : Warna Hitam
Warna ini dapat mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh memudaratkan... Jadi, kalau rasa taknak kuasa2 jahat menguasai diri, pakailah pakaian yang berwarna hitam pada hari Ahad kerana kuasa2 jahat hanya akan menyerng pada hari Ahad... Tak percaya? Cuba buka Astro Ceria, sepanjang hari ditayangkan cerita Ultraman yang menentang kuasa jahat...
P/S : Confirm esok ramai officemates saya pakai baju warna hijau... (Bajet diorang baca blog saya la...) Huhu!~ (^_____^)V
16 comments:
saye suke merah hehee
salam sis nad......eham..hehe..rupanya kita nie sama warna fav yer..hahaha....uis...patut ke kena pakai pakaian berlainan warna setiap ari?..hehe..ntah lah..tp kalo aku x tntu..
suka warna hijau. kiranya sihat la ni? ^_^"
jom terjah blog sy lak
sekarang ni suka sangat pakai baju kaler merah. menonjol. hehehe. eh kenapa warna turqoise tak masuk?
Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya
boleh try ni...tp isnin kdg2 kene pakai baju korporat kaler biru..hehe..
nk pink! hehehe
xde bju kolor pink ngan oren.. huhu..
suka biruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Cik Ezan Idma : Sis suka merah jugak... Sebab Manchseter united!~ Hehe!~ (^_____^)V
Inchik Jo : Tak salah untuk mencuba kan? Tapi Sis pun tak pakai pun ikut hari... (^_____^)V
Inchik Syazwan : Kamu nampak sihat!~ (^_____^)V
Miss Y : Merah itu cantik... Turqoise tu lebih kurang biru la kan? Hehe!~ (^_____^)V
Cik Dyla : Takpe... Sekadar info bersama je... Tapi tak salahkan untuk mencuba... (^_____^)V
Ku Azhar : Erkkk... Haha!~ (^_____^)V
Inchik Saiazuan : Takpe... Boleh cuba warna lain... (^_____^)V
Inchik Arul : Sis pun samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... (^_____^)V
Post a Comment