Sunday, June 5, 2011

Oh!!!~ Jom kita SL1M kan diri... (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Taknak bicara tentang pageviews saya yang memang bisa membuatkan hati ini menangis, dan taknak cerita pasal kehilangan saya selama 4 hari... Sekarang ni, saya nak kongsi maklumat dengan korang semua... Bukan maklumat macam mana nak slimkan badan tapi maklumat penting untuk graduan2 ijazah yang masih menganggur dan yang bekerja yang tidak setaraf dengan kelulusan...

Ok2... Unit Perancang Ekonomi Negara (UPEN) telah mewujudkan satu program untuk graduan2 yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan di atas... Program yang diberi nama Skim Latihan 1 Malaysia itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan...

Kumpulan sasaran adalah mereka yang mempunyai CGPA se-kurang2nya 2.5 ke atas, tak kiralah sama ada korang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari dalam atau luar negara... Tiba2 rasa nak bergosip pulak... Ada seorang officemate saya lulusan dari 'Oxford' tapi bekerja macam saya... Sambilan... So, saya rasa dia patut join program ni... Tamat gosip... Pengambilan akan bermula pada bulan Julai 2011...

Sesiapa yang memohon akan menjalani latihan selama 6 bulan secara soft-skills dan on-the-job training... Maksudnya sesiapa yang memohon akan menjalani latihan di GLC yang mengambil bahagian... Di samping itu, peserta juga akan diberi elaun berdasarkan jumlah yang ditentukan GLC terlibat...

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.epu.gov.my/sl1m ...

Logo SL1M... (^_____^)V


P/S : Jom pakat ramai2 isi borang permohonan... (^_____^)V

No comments: