Mesti korang ter-tanya2kan apa yang saya tak sabar sangat2... Saya tak sabar nak update my lovely blog ni!!!~ It's true!!!~ Dari siang tadi dok tahan jari ni dari menaip, dari siang tadi dok sabarkan hati yang tak tenang... Bukannya taknak update petang tadi, tapi kepenatan melanda diri...
Oklah... Seperti yang semua tahu (itupun kalau korang baca entry sebelum ini), saya telah menghadiri taklimat dari hari Rabu sampai hari ini (Jumaat yang penuh berkat) dan seawal jam 2 petang saya telah sampai ke rumah... Sila baca dengan satu nafas ye... Hehe!~ Kalau ikutkan tentatif yang diberi, taklimat akan berakhir pada pukul 6 petang... Tapi disebabkan setiap sesi taklimat berjalan dengan penuh cepat dan pantas, maka ianya berahir dengan awal... (^_____^)V
Hari Rabu hari itu, kami bertolak dari pejabat office seawal jam 1 petang... Lepas punch out, terus bergerak secara konvoi... Tapi bukan sebanyak 30 kereta, 3 kereta je... Hehe!~ Sebelum menuju ke Pasir Gudang, kami (saya, Cik Nurul, Cik Sima dan Kak Su) singgah di Kampung Melayu untuk makan makanan idaman kami... Nak tahu apa? Let's check it out!~
ABC tu paling mendapat sambutan!~ Bukan orang Jay Bee la kalau tak pernah makan...
Bubur yang sangat popular di kalangan orang2 Jay Bee!~
Selepas memenuhkan perut2 kami yang besar dengan makanan2 yang menyelerakan, kami meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang... Dan seawal jam 3 petang, kami sampai di Hotel Selesa... Dan kehadiran kami disambut oleh Encik Firdaus, salah seorang penyelia... Kami yang kedua check-in di hotel tu selepas Firdaus... Dah check-in, apalagi, golek2 atas katil la... Hehe!~ Saya duduk sebilik dengan Cik Sima... Cik Nurul di bilik sebelah kiri dan Kak Su di bilik sebelah kanan...
Inilah bilik saya dan Cik Sima... Kami selalu diganggu oleh panggilan misteri!~ Dan juga ketukan pintu misteri!~ Serta diganggu bunyi loceng yang misteri!~ (Dilakukan oleh budak lelalki bilik depan... Huh!~)
Sementara Cik Sima me-lompat2 seperti kanak2 riang di atas katil, saya mengisi masa lapang saya dengan meng-iron baju2 saya yang akan dilaramkan sepanjang taklimat berlangsung... Ada 4 pasang dan saya mengambil masa hampir 2 jam untuk meng-iron baju2 tersebut... 2 jam, ok!~ Oh, saya sangat anti renyuk!~ Pukul 8:30 malam ada taklimat oleh Puan Ezatul Nisha iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Johor... Pukul 10 malam taklimat pembukaan selesai dan kami menuju ke bilik untuk melihat rancangan 'Bang2 Boom' yang tak ada kena mengena dengan Abg Ben Ashaari... (^_____^)V
Pada keesokan hari, taklimat bermula jam 8:30 pagi tapi seawal 7:30 pagi kami dah keluar dari bilik untuk sarapan... Kalau nak tahu, kami diberi makan sebanyak 6 kali sehari... 6 kali sehari, ok!~ Oh, ini sesuatu yang heaven bagi saya dan Cik Nurul sebab kami kuat makan!~ Tapi kami tak gemuk2!!!~ Huh!~
Sedang mendengar taklimat, saya yang memakai baju batik warna biru (hari Khamis kakitangan kerajaan akan memakai baju batik) telah ditegur oleh seseorang yang saya tak kenal... Seorang budak lelaki dari POM (Pejabat Operasi Muar)... "Awak baju biru... Awak baju biru...". Saya dengar dia panggil, tapi buat2 tak dengar sebab malas nak layan + jual mahal... Dah nak dekat2 waktu lunch, dia panggil lagi... Saya toleh dan dan dia bertanya, "Dari POK (Pejabat Operasi Kluang) ea?". Saya jawab, "Tak...". Dia tanya lagi, "Dari J.B ea?". Saya angguk je... Cik Sima dan Cik Nurul dah gelak2... Adoyai!!!~ Lepas tu kami terus berlalu ke tempat lunch... Itu kali pertama dan terakhir saya nampak dia sebab lepas lunch group saya ditempatkan di dewan seminar yang lain... Sampai la hari ini...
Saya dan Cik Sima tengah 'khusyuk' layan taklimat...
Cik Nurul, Cik Sima dan saya... 'Dia' duduk depan budak lelaki 'berisi' tu...
Di bilik taklimat baru... (^_____^)V
Hari ini, hari terakhir taklimat... Macam semalam, seawal 7:30 pagi kami dah keluar bilik sebab nak sarapan punya pasal... Bila turun ke dewan makan, mak aih (!), tak ramai yang ada... Mesti yang lain masih 'membuta'... Selepas tu, seperti biasa, kami mendengar taklimat di dewan seminar yang baru... Ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan) sikit... Pukul 12 tengah hari taklimat selesai... So kami ber-duyun2 ke dewan makan... Budak2 di dewan seminar lama masih belum keluar lagi... Kami dah habis makan baru dorang selesai taklimat... So kami menuju ke bilik untuk packing barang2 dan jam 1 petang kami check-out...
Nak balik dah... (^_____^)V
Ada cerita di sebalik gambar ini... Akan menyusul satu hari nanti...
P/S : Lepas ni mungkin ada taklimat lagi... Kali ni jauh sedikit, di Melaka... Tapi tak confirm lagi jadi ke tak... (^_____^)V
pergh..kursus tuh...hhehe
ReplyDeletejom singgaj
Segmen Review Bersama Chegu Zubir
HeHe!~ BeSe La Lau DaH KiJe... KuRSuS Je MaNJaNG... (^_____^)V
ReplyDeleteABC tuuuu..perghhhh..x pndg lain dah kalo dpt tu
ReplyDeleteTau TaKPe... TaPi SiS KuRaNG MaKaN ABC SBaB adeR CoKLaT...
ReplyDelete