Wednesday, March 9, 2011

Oh!!!~ Semalam yang sangat penat!~ (-_-")

Apa yang korang faham dengan tajuk di atas? Apa yang saya cuba sampaikan adalah bukan hari semalam yang penat ataupun bukan 'Semalam Yang Hangat'... Hari semalam tak pernah merasakan kepenatan, tapi orang yang melalui hari semalam yang penat... Saya la tu... Oh!~ Penat, penat, penat... Kenapa penat? Bukan kerana saya kena kutip sampah di lebuhraya Utara-Selatan, ataupun saya kena menghadiri mesyuarat di Putrajaya untuk menggantikan Dato' Seri Mohd. Najib... Tapi ini adalah disebabkan kerajinan saya yang amat melampau dan sangat2 la terlampau... Pramugara terlampau pun tak sepenat saya tau!~ Walla!~

Semalam, dengan rajinnya saya telah menyelongkar bawah katil untuk mencari kasut saya yang diletakkan dalam sebuah kotak puaka... Sambil2 tu membersihkan sekali keadaan bawah katil tersebut yang saya tak tahu apa yang menghuni...Sebaik sahaja saya mengeluarkan kotak yang paling depan, saya terkesima + tergamam + terkedu + terkujat setelah melihat keadaan kotak tu dan keadaan bawah katil tu... "Astaghfirullah...", terkeluar perkataan tu dari mulut seksi saya ni... Ada satu spesis yang telah membuat rumah di bawah katil tu... Cik Anai2 dan se-kutu2nya... Pergghhhh!~

 Ni la rumah si kaum tu... Habis kotak senaman tu...


Saya dengan tenang pergi ambil penyapu dan penyodok... Lepas tu saya keluarkan isi2 kotak yang masih elok dan mengeluarkan kotak2 lain... Agak berpeluh jugak la, tapi baju tak basah, ketiak tak busuk sebab buat dalam keadaan ber-aircond... Haha!~ Sedih bila keluarkan surat tawaran kemasukan ke U yang turut menjadi makanan kaum anai2 tersebut...

(T_____T) Saya gunting bahagian yang dimakan tu... Lepas tu simpan surat ni dalam fail...


Tak lama lepas tu, mak masuk bilik untuk menolong saya angkat bahan buangan untuk dibuang ke dalam tong sampah blok... Banyak juga yang dibuang...

Ni antara yang dibuang... Ada la dalam 4 kotak barang yang kena buang...


Ada la dalam 3 jam saya mengemas bawah katil tu... Tapi saya langsung tak merungut atau mengeluh sebab hobi saya kalau tak ada kerja adalah mengemas rumah!~ Kenapa, tak percaya ke? Tolonglah percaya, ok... Dan ini adalah hasil kerja saya selama 3 jam tu...

Kena mop la lepas ni... (Lihat la hasil mengecat saya tu... Tak kemas!~ Haha!~ <--- Selingan)

Tu bekas sarang kaum anai2 tersebut...(Lihat la hasil mengecat saya tu... Tak kemas!~ Haha!~ <--- Selingan)


Lepas ni, kita tengok pulak ye hasil dari kerja kemas mengemas saya tu kat next entry... Hehe!~ (^_____^)V


P/S : Pesanan untuk diri sendiri dan blogger2 lain, janganlah ternak anai2... Kelak buku2 kesayangan anda akan binasa... Ternaklah ayam sebab ia boleh dimakan... Goreng pun sodap!~ Hingga menjilat jari... Tak gitu pakcik Colonel? (^_____^)V


10 comments:

  1. owh..pernah jadi perkara yang serupa..memang oenat + panas hati...macam nak masak sup je anai2 tu

    ReplyDelete
  2. uishhh baru tgk gambo dah rasa gatal badan

    ReplyDelete
  3. WaRNa WaRNi : HaHa!~ MaSaK SuP PuN SoDaP!~ SaBo YoLa NGaN KauM MeReKa Tu... GRrrrRr!~

    ReplyDelete
  4. CiK LeLoRD : HiKHiK!~ JanGan KaN BaDaN, TaNGaN KaNaN (NaK MSuK WiT La Tu) NGaN TaNGaN KiRi (NaK KuaR WiT La Tu) PuN GaTaL2... (^_____^)V

    ReplyDelete
  5. Anai2.. terasa meremang je bulu roma ha.. Mmg anai2 pemusnah barang2 kesayangan kita kan kak:)

    ReplyDelete
  6. Tau TaKPe... So janGaN La KiTeR TeRNaK aNai2... NTi OWaNG KSaYanGaN KiTeR PuN KNe MaKaN... HeHe!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  7. lepas ni mereka nak tinggal dekat mana....

    ReplyDelete
  8. iNCHiK PaRa2 : SaYeR DaH BiNa SaTu TeRaTaK TuK KauM MeReKa D BLaKaNG uNaH aNDa... (^_____^)V

    ReplyDelete
  9. iNCHiK HaMZaH : HeHe!~ BeSe La... NaMeR PuN PoMPuaN... PoMPUaN Kan SKe M'BaCeR... (^_____^)V

    ReplyDelete