"Kenapa, Adik? Siapa buat Adik?". Macam2 soalan yang saya ajukan pada dia... Tapi tak ada jawapan... Lalu saya suruh dia masuk ke rumah... Sejurus itu, saya tanya lagi, "Adik kenapa? Nangsi2 ni...". Kemudian baru dia bersuara, "Nak ikut mak", sambil air mata dia berjujuran turun dari mata besar dia...
Baru saya teringat yang mak dan abah saya pergi hantar adik saya, Wani dan rakan2nya pulang ke kampus ADTEC di Batu Pahat... "Tu la... Tadi kan akak cakap jangan main kat luar, Adik degil... Kan dah tak dapat ikut...". Dia masih lagi menangis dan menuju ke sofa di ruang tamu... Saya yang lapar terus mencedok nasi dan lauk ke dalam pinggan seraya bertanya, "Adik nak makan tak? Sini akak suap...". Dia hanya menggelengkan kepala... Kemudian saya suruh dia mandi sebab hari dah lewat petang... Dia hanya menurutui arahan saya...
Tepat jam 7 malam, kami menonton cerita Boboi Boy di TV3... Kami berdua bergelak ketawa sama2 apabila tiba part2 yang lucu dalam cerita tu... Baru dapat tengok Adik ceria... Kalau tak, menangis je la... Sambil tengok cerita 'Boboi Boy', Adik memegang majalah 'Kawan' yang baru dibeli semalam... Tiba2 dia bersuara, "Ada lagi 2 orang laki...". Saya tanya, "Mana Adik tahu?". Adik menuju ke arah saya sambil menghulurkan majalah 'Kawan'... "Ni ha... Ada cerita pasal 'Boboi Boy'...". Saya pun menyelak ke bahagian terteranya rencana mengenai 'Boboi Boy' dan di belakang 'Boboi Boy' berdiri lagi 2 orang budak laki...
Sebelum Adik menyerahkan majalah tu pada saya, saya ada dengar dia mengeja nama watak2 untuk cerita 'Boboi Boy' yang terdapat dalam majalah 'Kawan' tu... Pandainya Adik...
Semasa saya sembahyang Maghrib, Adik masuk dalam bilik saya dan duduk di atas katil yang berada di belakang saya... Semasa saya membaca Al-Quran pulak, Adik bertukar ke katil di depan saya yang terletak di tepi tingkap... Adik menjenguk ke tingkap untuk merisik sama ada mak dan abah dah balik ke belum... Kesian Adik... Sebelum azan Isya', mak dan abah serta Amir sampai di rumah... Adik terus bertanya pada emak, "Mak beli apa?" dan mak jawab tak ada apa2... Kemudian dia terus duduk di bilik emak dari emak habis mandi samapi emak habis sembahyang...
Adik tak boleh berpisah dengan mak...
P/S : Adik tak akan benarkan abah tidur dengan mak... Dia akan mengamuk... (-_-")
comel je ade adik yg perangai macam2 kan.. =)
ReplyDeleteCiK aWeeN : Tau TaKPe... TaPi PeNaT La Nak LaYan KeReNaH DoRaNG... HuHu!~
ReplyDelete